Bab 84

Romance Completed 1445138

Kata kata Dr Steven masih berligar didalam benak Nurlisa.

“today is 2nd MRI, result that day tak jumpa apa apa pun, tapi Arman kerap sakit kepala, minta panadol from nurse. Something is not right kalau dia asyik sakit. That why I nak buat lagi sekali, but I nak minta tolong you, kalau boleh you tolong make sure Arman tidak dalam tekanan, sebab apa yang I nampak dia stressed. From his eyes pun boleh tahu, ada something yang dia selalu fikir. I happy bila Arman dapat balik his memory, dia dapat kenal you, I always pray for his happiness, sebab dia sangat baik, with kindhearted,”

“ I tak senang duduk apabila ingatkan Arman, dah 2 hari I tengok balik MRI, tapi buntu pulak,”

“Banyak budi dia buat untuk pesakit I kat HKL, ramai anak anak kecil yang sakit, parent tak mampu nak bayar cost operation, Arman yang bayarkan. Last month, dia bayarkan RM200k untuk operations jantung. Adik tu dah sihat dah sekarang. Arman memang suka dengan budak kecil. Dia selalu datang ke HKL, duduk dengan pesakit I,”

“Sebab itu, walaupun kami tak share agama yang sama, I selalu doakan untuk dia. I nak sangat tengok dia bahagia, dia happy. Lelaki yang baik, perlu bahagia,”

Nurlisa tersentak apabila merasa Syed Arman mencapai tangannya dan membawa ke mulutnya.

Dia melihat suaminya, kenapa dia perlu berjahat sangka kepada suaminya, sedangkan Allah menarik ingatannya. Kenapa dia tidak memberi peluang kedua kepada suaminya, kenapa dia begitu keras hati.

“Sayang nak minum apa? Kita dah sampai bawah dah ni, kita makan kat sini lah ya, abang bosanlah makanan grab food,” Syed Arman mencium dahi isterinya yang terlihat termenung jauh.

“Sayang fikir apa? Kalau sayang rindu kat Eusoff, langkah mayat abang dulu. Jangan pernah berangan nak dekat dengan Eusoff,” tegas suara itu, tiada kompromi.

“Duduk dekat dengan suami, fikirkan lelaki lain, bagus sangat la tu,” suara itu dengaran sudah perlahan, sayu dan sebak.

“Sorry kalau abang kasar, abang tahu bukan mudah untuk sayang maafkan abang. Abang silap, abang yang salah, tapi Abang harap sayang beri abang peluang, please sayang,” kali ini suara itu seperti merayu, meresap lembut ke telinga Nurlisa.

Nurlisa memandang suami lembut, melihat wajah mencuka suaminya.

“Sofea nak Caramel Macchiato, lepas tu Sofea nak roti kat mynews. Roti coklat dia sedap, abang belikan ya” suara manja Nurlisa meniti udara dengan sangat perlahan, dia memandang suaminya dengan senyuman yang paling manis, paling manja dan dengan sengaja dia memaniskan bibirnya.

Syed Arman terkejut apabila mendengar isterinya membahasa dirinya Sofea, memanggilnya abang. Dia pantas merendahkan badannya dan memeluk isterinya di kerusi roda itu.

Nurlisa tersenyum melihat tindakan spontan suami, airmata suami membasahi lengannya.

“Kita tapaulah, abang nak duduk dengan sayang kat tempat sunyi. Abang rindu,” Syed Arman bergegas ke kaunter untuk memesan minuman dan menapak ke mynews untuk membeli roti yang di pesan isternya.

Tidak sampai 15 minit, mereka sudah sampai ke bilik, bibirnya tersenyum sedari tadi, dia terasa sangat gembira.

Semasa perjalanan mereka ke bilik, Nurlisa hanya diam, tidak pula bersuara, dan Syed Arman begitu takut akan kehilangan kemaafan Nurlisa, atau dia keliru adakah jiwa Sofea yang bercakap dengannya sebentar tadi.

“Abang angkat sayang ke katil ya, lepas tu kita minum,” Syed Arman mengangkat isterinya dengan penuh kasih sayang, dengan nafas cinta yang menggunung.

“Abang, Sofea rasa nak minum tea panas cicah dengan biskut pulak. Dalam paperbag tepi tu ada biskut, that day Dr Malik yang bawakan. Dia tahu Sofea suka biskut. Abang buatkan tea panas ya… boleh ke?,” Sekali lagi Nurlisa bersuara, kali ini dia ingin menduga suaminya.

Syed Arman tergaman, dia memandang isterinya dengan kerutan di dahinya. Dia tahu percakapan itu adalah daripada Nurlisa bukan Sofea, kerana di dalam hidup Sofea, tiada cerita biskut, cuma cerita roti telur.

Dengan tidak ternanti, Syed Arman memeluk isterinya kemas. Dengan penuh berhati hati, dia mencium dahi isterinya, dan membawa bibirnya ke bibir seksi isterinya.

Dia sangat menikmati kucupan itu kerana tiada tolakan dariapda isterinya, malah Nurlisa sangat menikmati kucupan itu, desahan Nurlisa membuktikan kasih sayang mereka bercantum tanpa halangan.

“Sayang, abang tahu sayang beri hint kat abang, sebab sayang takut abang ingat jiwa Sofea yang bercakap dengan abang kan?,”

Nurlisa tersenyum, menarik tangan suaminya dan menciumnya dengan penuh hormat.

“Abang duduk, Sofea nak minta ampun dengan abang,” Nurlisa menarik perlahan tangan Syed Arman dan meminta suaminya duduk di katil bersamanya.

Tanpa banyak soal, Syed Arman duduk walaupun dia kehairanan kerana perubahan isterinya yang secara tiba tiba.

“Abang, Sofea nak minta ampun dan maaf, dari hujung rambut sehingga hujung kaki sekirannya Sofea berbuat salah, Sofea menyakitkan hati abang, Sofea menderhaka pada abang. Sofea terluka dengan apa yang terjadi, tetapi Sofea tidak mahu berpanjangan marahkan abang, Sofea tak nak abang sakit, abang tertekan dengan Sofea. Kerana tugas isterinya adalah membahagiakan suaminya. Sudikan abang maafkan Sofea?,” Nurlisa mencapai tangan suaminya dan mencium perlahan dengan penuh hormat.

Tangan Syed Arman masih di bibirnya sekali dia tidak mendengar balasan suaminya. Dia tahu Syed Arman masih di terkejut dengan tindakan.

Dia ikhlas berbaik dengan suaminya, walaupun hati masih sarat terluka.

“Sayang, abang mafkan sayang, sayang tak pernah salah apa apa dengan abang. Abang juga minta maaf untuk semua khilaf abang. Sudikan sayang maafkan abang?,” Syed Arman memeluk Nurlisa kemas. Dia membelai belakang isterinya, memeluk kemas sehingga dapat merasa tubuh mereka bersatu.

Nurlisa mengangguk perlahan, dia membalas pelukan suaminya dengan penuh Redha.

“Sofea terluka sangat dengan apa yang berlaku , tetapi abang adalah suami Sofea, tidak mungkin Sofea berdendam dengan suami sendiri, suami yang Sofea kahwini dengan penuh cinta,” kali ini suara Nurlisa sebak, sendunya sudah kedengaran.

“Abang tahu sayang terluka, abang yang akan rawat luka sayang, kalau boleh di putarkan masa, abang tak kan tinggalkan sayang pada malam tu, abang akan stay. Tetapi semua ini adalah aturan Allah kepada kita, jadi tugas abang adalah merawat sayang. Sayang kena percaya pada abang,” Syed Arman meleraikan pelukan mereka dan mencium mata isterinya yang sudah basah.

“Terimakasih sayang for everything, for everything. Abang berdoa siang dan malam untuk Allah hadirkan wanita yang abang selalu mimpi, rupanya sayang datang dulu, abang jatuh cinta lagi kat sayang. Cinta abang memang untuk sayang, no room untuk orang lain dalam hati abang,”

“Sekejap lagi kita sambung, kita makan dulu. Abang buatkan tea panas ya, kita cicah dengan biskut. Lepas tu abang ada banyak soalan untuk sayang, banyak sangat,”

Nurlis mengangguk perlahan, menghadiahkan senyuman untuk suaminya dengan penuh ikhlas.

“Senyum sayang itu untuk abang sahaja ya, abang ulang ni, for abang only. Jangan nak senyum macam tu kat orang lain. Abang yang tengok pun tak senang duduk, apatah lagi orang lain,”

****************************************************

Mereka berdua bersama sama menikmati angin pantai, suasana petang yang mendamaikan.

“Adam, pulanglah, umi boleh duduk sini, Adam tak perlu tunggu umi. Babah dah sediakan semua keperluan umi. Umi hanya menunggu Allah menjemput umi,” suara Puan Zaliha bersuara perlahan.

Sudah hampir 6 tahun dia tidak bercakap dengan sesiapa, dia tidak mahu percakapannya menjadi kesusahan kepada orang lain.

Pertama kali dia menyapa Syed Adam adalah semasa mereka di dalam perjalanan ke Terengganu, dia tahu anak lelakinya terkejut dengan keadaannya.

“Tak per umi, Adam pun nak cuti, dah lama Adam kerja, sampai masa dah Adam cuti, Arman ada, Babah ada, Endah Holding dah teguh, Adam takde pun busines will run as normal, Umi don’t worry, Adam akan teman umi kat sini,” Syed Adam mencapai tangan uminya dan mencium mesra.

“Kalau ada masa, Adam say thanks to Dr Malik ya, dia banyak bantu Umi menjadi manusia. Dia banyak sedarkan umi apa itu syurga, apa itu neraka. Dia juga yang sedarkan umi tentang dosa dan pahala. Umi tak mampu nak fikir if dia tiada dalam cerita umi,” Puan Zaliha berkata perlahan, dia tahu sudah tiba masanya untuk dia menceritakan kesemuanya, supaya apabila nyawanya berpisah, dia tidak meninggalkan anaknya di dalam tanda tanya.

Syed Adam tidak berkutik, dia tidak juga mahu menyampuk, dia mahu uminya bercerita, supaya dia tahu bagaimana untuk memaafkan uminya.

“Adam dah besar, jadi apabila umi cerita, Adam akan boleh menerima, Umi terima apa sahaja hukuman Adam untuk umi, sebab kejahatan sepatutnya mendapat balasan,”

“Umi minta maaf sebab bertahun tahun umi membisu, umi tidak bersuara, umi tidak tahu apa yang harus umi bicarakan, setiap hari umi mengaturkan cara untuk memusnahkan Arman, Umi berfikir, Umi mencari cara, tetapi dalam masa yang sama, Umi tahu Umi salah, Umi jahat,” suara itu perlahan tetapi jelas di telinga Syed Adam.

“Adam, Babah adalah lelaki yang sempurna, lelaki yang sangat bertangungjawab. Semua yang berlaku adalah berpunca dari umi, Umi yang menjadi isteri derhaka, umi tak layak bergelar isteri pun,” Puan Zaliha mula bercerita, semua beban yang dia tanggung selama ini dia perlu lepaskan.

“Babah berkahwin dengan umi sebab terpaksa, sebagai menghormati permintaan atuk UK dan atok walid. Babah datang dari keluarga yang senang, jadi atok walid jodohkan kami, supaya umi dapat keluar dari kemiskinan keluarga umi. Tapi umi tidak sedar diri, Umi menderhaka pada Babah dari mula mula kahwin sehingga kami bercerai,” Puan Zaliha sendiri tersentak apabila mulutnya berkata berkenaan cerai.

Syed Adam memandang Puan Zaliha dengan penuh tanda tanya.

“Bercerai?,” Syed Adam memandang uminya dengan kerutan yang jelas.

“Maafkan umi, nak. Babah melarang umi untuk beritahu anak anak tentang kisah ni, Babah tak mahu anak terluka. Jadi umi simpan dan umi kekal berada di rumah Babah,” Puan Zaliha membelai rambut Syed Adam, dia tahu anaknya juga sudah banyak terluka dengannya.

“Jadi betullah apa yang Teha cakap, Babah tidak pernah menyentuh umi selepas kejadian Arman kemalangan. Adam ingat Babah dendam dengan umi, tapi rupanya dah bercerai,” Syed Adam membalas perlahan.

“Adam dah lama nak tanya umi pasal ni, Adam minta maaf, tapi kenapa umi kejam dengan Arman, berpakat dengan Sakinah untuk hancurkan Arman? Padahal Arman buat baik dengan umi,” Syed Adam perlukan jawapan, walaupun dia tahu pertanyaan dia akan melukan uminya.

Puan Zaliha mengeluh perlahan, sudah sampai masanya untuk dia bercerita.

“Adam, selepas Umi bangun dari koma, Umi memang sangat berdendam dengan ibu Arman, tetapi masa itu Umi tidak boleh bergerak, semua pergerakan umi terbatas sebab kaki umi lumpuh masa tu, jadi yang datang melawat umi adalah Sakinah. Dia yang tolong umi, beri semangat. Jadi masa tu umi berjanji akan tolong Sakinah untuk berkahwin dengan Arman, selepas Sakinah tamat belajar,”

“Selepas Sakinah tamat, dia sambung kerja kat Australia, masa tu jugak Umi dah kenal Dr Malik. Pandangan umi pada dunia juga berbeza. Jadi bila Sakinah dapat tahu Arman balik Malaysia, dia juga balik, then tuntut janji untuk kahwin dengan Arman,”

“Umi dah explained kat Sakinah, tapi Sakinah ugut umi untuk beritahu semua rahsia umi pada anak anak, jadi sebab takut, umi ikutkan sahaja, semua perkataan yang keluar dari mulut Sakinah adalah bukan dari Umi. Sakinah yang mereka semua cerita tu, untuk jadikan cerita tu sempurna,”

“Babah marah teruk kat umi pasal tu, tapi umi tak boleh cerita pada Babah, sebab Umi betul betul takut dengan Sakinah,”

“Sakinah belajar ilmu kotor untuk tundukkan Arman, dia sanggup buat nasi kangkang kat bilik umi untuk kasi Arman makan, nasib baik masa itu Arman tak makan sebab Arman dah kenyang. Sebab geram dengan Arman, Sakinah ketuk kepala umi dengan botol arak yang pecah, sebab itu lah kepala umi berdarah, bukan umi yang cederakan diri sendiri,”

“Alhamdulilah, Allah memanggil Sakinah pulang, selamat lah Arman dari Sakinah. Maafkan Umi, Adam sebab Adam kena ada umi jahat begini. Umi yang gagal menjadi umi contoh pada anak anak. Umi yang sakit jiwanya, Umi yang sakit mental,” suara Puan Zaliha berubah sebak.

Syed Arman memandang uminya yang masih lagi memandanng pantai yang putih bersih itu.

“Apa yang Sakinah ugut Umi, sampaikan umi takut dengan dia. Ada perkara yang umi rahsiakan dari Adam ke?,” pertanyaan Syed Adam untuk menyentakkan Puan Zaliha.

Dia sudah berjanji dengan Syed Awaludin untuk tidak menceritakan apa apa kepada anaknya. Tidak mungkin dia memungkiri janjinya.

Lama Puan Zaliha mendiamkan diri, lama..

“Sakinah mengugut untuk sihirkan Arman sekiranya Umi tidak bersetuju dengan perkahwinannya. Jadi sebab itulah umi diamkan diri. Umi sudah berjanji dengan Dr Malik untuk tidak apa apa kan Arman,” mana mungkin dia berkata benar kerana dia juga tidak sanggup melihat anaknya terluka.

Syed Arman diam tidak berkutik apabila mendengar penjelasan uminya. Dia tahu Sakinah tidak pernah takut apa apa, apa yang dia mahu dia akan dapatkan.

“Adam sayangkan Arman, dulu masa kecil, Adam pernah marah pada Allah, kenapa rupa Arman sempurna sangat, sedangkan wajah Adam tidak begitu. Adam tidak juga seperti Umi, tiada langsung wajah Babah. Dulu Adam cemburu tapi bila Adam dah besar, Adam tahu setiap manusia ada kelebihan sendiri. Sampai lah sekarang kalau Adam jalan dengan Arman, semualah orang pandang dia, tapi Adam dah tak cemburu,” Adam berkata perlahan.

“Bila Adam jumpa ibu Arman that day, Adam tahu kenapa wajah Arman sempurna, jadi Adam pun handsome sebab ikut umi dan babah. Kan umi? Adam tinggi ikut babah and Adam hitam manis ikut umi,” Syed Adam tersenyum apabila mengingatkan kembali kisah zaman kanak kanaknya.

“Adam pulanglah, Umi nak bersendirian, Umi akan call Adam dengan Teha nanti bila umi dah bersedia, umi minta maaf, Adam kasi masa kat umi dulu,” Puan Zaliha sudah tidak sanggup mendengar celoteh anaknya, dia terasa seperti badannya terbakar.

Dia menjadi sangat takut

Dia juga berpeluh dengan mendengar kata kata anaknya.

Dia sangat bimbang anaknya akan ketahuan rahsianya.

****************************************************

Mereka selesai menunaikan solat maghrib bersama, berdoa kepada Allah dengan sejuta rahmat yang Allah berikan.

Syed Arman memegang tangan isterinya dan di dudukkan di sofa mewah itu.

“Sayang dah ready nak borak dengan abang? Abang dah tak sabar nak masuk dalam hidup sayang semula, abang nak kuasai keseluruhan jiwa sayang, sampaikan sayang tak boleh lari dari abang,” Syed Arman meletakkan tangannya di peha seksi isterinya.

Sebelum maghrib tadi, mereka mandi bersama dengan penuh nikmat cinta. Sudah lama dia tidak membersihkan isterinya dari kaki sehingga ke kepala.

Syed Arman hampir hilang kawalan apabila melihat isterinya di hadapannya tanpa seurat benang. Dia hampir melakukan tugasan batinnya, tetapi dia dapat mengawal dirinya.

Sudah lama juga dia tidak mendatangi isterinya di bilik air, kalau dulu itulah activity mereka bersama apabila berduaan di bilik air, sehingga mereka pernah tertidur di jakuzi kerana kepenatan.

Dia juga melihat parut operation di perut isterinya, dia dapat melihat kesan rekahan di perut isterinya, walaupun tidak begitu jelas, dia masih dapat melihat.

“Sebelum tu, abang ada nak tanya sayang something. Masa abang kat Arau, abang dapat masuk bilik kita. Abang jumpa ni….,” Syed Arman mengambil alatan ujian kehamilan dari poket seluarnya dan menghulurkan pada isterinya.

Wajah Nurlisa terkejut, dia kepucatan dan terpempan apabila melihat alatan yang di hulurkan suaminya.

Dia masih ingat kejadian itu, apabila pertama kali dia tahu dia mengandung. Di kerusi itulah dia menangis apabila mengenangkan suaminya yang tidak pulang pulang.

“Abang tak marah sayang, tapi abang tahu buah cinta kita membesar di dalam rahim sayang. Abang tahu sayang struggled melahirkan anak kita, abang juga tahu sayang tidak sedarkan diri dalam tempoh yang lama selepas melahirkan, semua itu buatkan abang mengigil apabila ingatkan derita sayang,” Syed Arman memeluk isterinya yang kelihatan masih terkejut, masih membatu dengan kata katanya.

“Sayang, abang minta maaf, abang tahu sayang terluka, derita, sendirian, abang faham, abang rasa sakit sayang. Abang minta maaf sebab sayang sendiri masa melahirkan anak kita. Abang minta maaf,”

Nurlisa sudah mula menangis, sendunya semakin kuat, sehingga badan terhenjut henjut.

Syed Arman memeluk isterinya kemas, dia turut menangis apabila melihat perlakuan isterinya.

“Sayang, menangislah, luahkan semuanya, abang ada sini, abang tak kan pergi lagi,” Syed Arman masih memeluk isterinya kemas, mencium ubun ubun isterinya dengan perlahan, bimbang terkena luka di kepalanya.

Mereka berpelukan lama, dia dapat merasa getaran isterinya.

“Sofea hampir putus asa untuk hidup masa tu, Sofea hidup hanya untuk melahirkan anak kita. Masa tu derita Sofea Allah sahaja yang tahu. Sofea rindu abang separuh mati. Seksa sangat Sofea rasa sebab abang tinggalkan Sofea. Please jangan tinggalkan Sofea lagi,” Esakan isterinya semakin kuat.

Airmata jantannya sudah berderai keluar, jatuh membasahi belakang isterinya.

“Abang minta maaf buat sayang terluka, abang sayang sayang, abang tidak akan kemana mana lagi. Maafkan abang sayang,” itu sahaja perkataan yang dia sebut, meminta maaf berkali kali.

Selepas keadaan reda, Sofea mencapai teleponnya dan menunjukkan gambar buah cinta mereka kepada suamiya.

“Ini anak kita abang, Sofea namakan Eiman Naeem. Nama penuh dia sekarang adalah Eiman Naeem bin Abdullah. Eiman copy wajah abang, putih dan tinggi,” Nurlisa menghulurkan telepon itu untuk suaminya melihat dari dekat.

Syed Arman mencapai telepon itu dengan linangan air mata.

Dia bahagia, selama ini dia sengaja memberi bakti kepada anak anak kecil, sesungguhnya Allah sudah menghadiahkan malaikat kecil untuk dirinya, cuma jarak memisahkan mereka.

“Anak daddy, daddy rindu,” Syed Arman membawa telepon ke bibirnya dan mencium perlahan.

“Sedap nama anak daddy. His nama will be Syed Eiman Naeem Bin Syed Arman. Ya Allah, terimakasih Ya Allah,”

Nurlisa memeluk suaminya, memberi keseluruh jiwa untuk suaminya.

“Sofea dah minta kaklong bawakan Eiman ke sini. Insyallah esok abang boleh jumpa, tetapi ada sesuatu yang abang perlu tahu,” Sofea membelai wajah suaminya dengan penuh kasih sayang.

“Apa dia sayang, jangan buat abang takut,” Syed Arman masih sempat mencium bibir isterinya yang sedikit terbuka dan mengundang aksi spontannya.

“Selepas melahirkan Eiman, Sofea tidak sedarkan diri, dah Sofea tidak berdaya selama berbulan bulan. Eiman minum susu Sofea, tapi dalam masa yang sama, Kaklong menyusukan Eiman, sebab kaklong tidak mahu Eiman membesar dengan tiada ibu. Masa itu tiada yang menyangka Sofea akan kembali sihat. Jadi di dalam hidup Eiman, kaklong dengan abang long ada lah ibu dan bapanya, manakala Sofea adalah ibu saudaranya. Mereka ingin beritahu Eiman, tetapi Sofea melarang sebab Sofea tidak mahu Eiman keliru. Sofea minta maaf sebab tidak dapat menjaga anak abang dengan sempurna,” suara Sofea bertukar perlahan, dia sangat kecewa apabila terpaksa memberitahu suaminya tentang kegagalannya.

Syed Arman memandang isterinya, memegang wajah isterinya dengan penuh kasih sayang.

“Alhamdulilah, abang berterima kasih kepada kaklong dengan abang long sebab menjaga sayang. Kalau tiada mereka, abang tidak dapat bayangkan nasib hidup sayang. Abang bersyukur sayang selamat. Jangan risau, Eiman berada di dalam keluarga yang sangat sempurna. Abang tidak mahu meminta lebih daripada sesiapa, tetapi abang nak ucap terimakasih kepada mereka sebab sayang dengan anak kita selamat. Itu lebih penting untuk abang,”

Mereka berpelukan dengan tangisan gembira dan sangat dekat dengan sempurna.

“Eiman panggilkan kaklong dengan abang long sebagai mama dengan papa. Eiman bahasakan Sofea adalah mummy, jadi abang will be daddy. Atau abang ada nama lain, seperti ayah, abah, walik, atau lain lagi,” Nurlisa tersenyum bahagia melihat senyuman cinta suaminya.

“Daddy, abang nak Eiman called me Daddy,” mata Syed Arman memandang dada isterinya yang sedikit terbuka, menampakkan lurah seksi dada isterinya.

“Abang, cubalah jangan pandang Sofea dengan nafsu, dada Sofea pun buat abang tak berkelip juga,” Nurlisa menepuk bahu suaminya yang ralit memandangnya.

“Sayang , cepat sihat please, abang dah macam cacing kepanasan ni, abang dah nak gila ni,” tangannya terus membelai dada isterinya perlahan, meramas dengan penuh cinta.

Nurlisa membiarkan perbuatan suaminya, dia sangat menikmati sentuhan itu dan tidak sabar untuk menikmati cantuman cinta mereka.

BERSAMBUNG

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-06-30 01:56:16 

xde new chapter ke...

Hawani Hashim66
2021-06-26 15:08:12 

akak dah rindu ngan Arman dan Sofea ni ...ciksyid update la

Hawani Hashim66
2021-06-25 17:07:39 

lama sangat tunggu update jln cerita dah best ...janganlah buat pembaca tertunggu...


NovelPlus Premium

The best ads free experience