Rate

BAB 3

Romance Series 609

Tibalah hari kem perkhemahan tersebut, kami semua akan menaiki bas dari sekolah ke Sik, Kedah..
Didalam bas aku duduk bersebelah dengan Izzah manakala Helmi duduk bersama Amri.. jujurnya aku dan Amri tak rapat.

Sampai ditapak perkhemahan, cikgu dan penjaga kami sepanjang perkhemahan tersebut memberi taklimat terlebih dahulu, selepas taklimat cikgu membahagi kami semua beberapa kumpulan, disebabkan seramai 32 orang pelajar dan 4 orang guru yang mengikuti perkhemahan ini , setiap kumpulan akan dibahagi kepada 8 orang pelajar dan seorang guru dalam satu kumpulan. Helmi dan Izzah berada didalam satu kumpulan yang sama, manakala Aku dan Amri berada dalam satu kumpulan yang sama.

Setelah membahagikan kumpalan. kami diarahkan membuka khemah setiap kumpulan dibekalkan 2 khemah untuk lelaki dan perempuan.. Aku dengan malas membawa beg pakaian aku ke tapak khemah kumpulan aku. Amri menyapa aku ' hey, nampak masam ja, tak suka ka kumpulan ni?' sambil berjalan beriringan dengan aku. ' bukan tak suka tapi Helmi dan Izzah tak dak, kalau depa ada mesti best' balas aku malas. Amri tersenyum melihat aku membuat muka masam ' aku kan ada, jangan risau la' aku hanya buat muka toya ja sambil memandang Amri. Amri tergelak.

Siap memasang khemah, kami semua diarahkan ke dewan makan untuk menjamu makan petang, aku makan bersama izzah di meja makan perempuan manakala Amri makan bersama Helmi.. Selesai makan, maka bermula la aktiviti² yang menarik dan menjadi sebab aku sukakan kem perkhemahan..Malam itu, kami semua ada aktiviti berkumpulan seperti cipta logo, reka tagline kumpulan dan sebagainya.. aku melihat Izzah dengan Helmi didalam kumpulan mereka, meraka sedang ketawa gembira.. Helmi memandang kepada aku kembali dan tersenyum.. aku membalas senyumannya.. dalam kumpulan aku, pada mulanya kami memilih ketua kumpulan dan penolong dahulu, setelah menbuat undian dari ahli kumpulan, Amri terpilih sebagai ketua dan Huda terpilih sebagai penolongnya. semasa semua kumpulan membentangkan hasil kumpulan masing² suasana sangat bising dan meriah, smua kumpulan bersemangat membentangkan hasil kerja mereka termasuklah kumpulan kami.

selepas aktiviti tersebut kami semua diarahkan ke dewan makan untuk menjamu makan malam, semasa berjalan ke dewan makan Amri menyapaku dan berjalan beriringan dengan aku ' sha macam mana bosan lagi ke? sambil melihat aku. ' tak ok² ja tak bosan pon' balas aku. ' ha kan aku cakap takkan bosan la, aku kan ada' kata Amri sambil tersenyum , aku hanya membuat muka nak muntah.. Amri tergelak ' sha nak tanya sikit boleh tak?' aku memandang Amri ' tanya la' Amri memandang aku ' hang tak suka ka berkawan dengan aku?' . ' eh..tak da la...kenapa hang tanya macam tu' tanya aku pula kepada dia. ' tak da la aku tengok hang kalau cakap dengan Helmi ok ja ceria ja.. kalau dengan aku macam nak tak nak ja' kata Amri sambil jalan beriringan dengan aku. ' Aku dengan emy kawan dari darjah 2 lagi, so aku memang rapat dengan dy, aku bukan x suka berkawan dengan hang so jangan la pikir camtu' kata aku sambil melihat Amri. Amri tersenyum ' betul ni sha, lega aku dengar, aku ingat hang taknak kawan dengan aku, thank sha' aku sekadar senyum. kami pon sampai di dewan makan. selepas makan kami semua perlu kembali ke khemah untuk tido.

Pada keesokan paginya pula, kami akan breakfast dan kembali berkumpul mengikut kumpulan yang ditetapkan semalam. Dan aktiviti pada pagi itu adalah senaman dan aktiviti mencari harta karun.. kumpulan aku sangat aktif kami menjalankan semua aktiviti dengan baik dan berkerjasama, semasa menjalani aktiviti Amri banyak membantu aku dan ahli kumpulan yang lain. Semasa berehat selepas melakukan senaman dan game aku duduk bersama ahli kumpulan perempuan aku yang lain di bawah pokok.. ' Huda boleh aku tanya sikit? ' kata Ain salah seorang ahli kumpulan kami. ' ya apa tanya la' jawab huda. ' hang suka kat Amri ea, aku tengok hang asik tengok dia ja dari tadi, masa game pon hang banyak dok dekat dengan dia ja' kata Ain, aku pon perasan yang si Huda ni dok usha Amri ja dari tadi tapi malas nak tegur. 'mana ada, apa yang hang merepek ni Ain, takda la' jawab Huda sambil tersenyum². ' kata tak tapi tersenyum² nampak sangat hang minat kat Amri tu' balas Ain lagi, Huda tersenyum ' yelah².. ha aku minat kat Amri tu, kenapa tak boleh ke aku minat kat dia?' ' bagus la, hang pon cantik, penolong dia lagi, sesuai sangat la hampa' balas Ain dan disetujui ahli yang lain, aku hanya mendengar ja malas nak masuk campur. Huda pula tersenyum puas mendengar pujian tersebut.


Tengah aku berehat dan mendengar luahan hati si Huda tu, Amri berjalan ke arah kelompok kumpulan kami yang tengah berehat dibawah pokok dengan ditangannya ada sebotol air mineral. semasa Amri berjalan kearah kami, Ain dan ahli kumpulan lain menyakat Si Huda tu kata Amri datang cari dia la tu dan bawa air untuknya. Huda pula apa lagi malu² dan kontrol ayu la apa lagi..Aku hanya buat bodo ja..malasnya nk pikir. Ain menyapa Amri 'ada apa Amri, cari Huda ka? sambil tersenyum. Amri memandang aku, aku buat tak tahu sahaja ' tak da la, aku bukan cari Huda, aku mai sini ni nak bagi air ni kat sha.. dari tadi lagi aku tengok dia tak minum air lagi' dia menyua botol air tersebut kepada aku dan aku menyambutnya ' terima kasih' kata aku. Huda disitu terdiam, melihat keadaan Huda, Ain buka mulut ' takkan bawak kat sha ja kami semua ni camna? tak dapat air jugak ka? sja memerli Amri sambil membuat muka. ' hampa nak jugak ka, ha sat gi aku amik kat hampa' jawab Amri, Amri memandang Huda, Huda diam ja terasa dengan apa yang berlaku tadi. ' Huda nak air jugak tak?' tanya Amri kepada Huda.. Huda hanya mengangguk. aku terkesima dan baru aku perasan Amri akan memanggil huda dengan panggilan nama berbeza dengan aku dan yang lain.. ' Mungkin Am pon suka Huda, macam mana Huda suka kat dia. Aku kena elakkan diri dari Am ni nanti apa pula Huda rasa' pikir aku.. Ain dan yang lain, sambung menyakat Huda selepas Amri beredar untuk mengambil Air untuk mereka.


Selepas kejadian tu aku mengelak dari bersembang berdua dengan Amri. sewaktu menjalankan aktiviti didalam hujan juga aku cuba menjauhkan dari Amri apabila Amri cuba membantu aku. Selepas menjalankan Aktiviti didalam hutan, kami diarahkan pergi ke dewan makan dan lepas makan perlu balik ke khemah masing-masing. Dalam perjalanan ke dewan makan Amri cuba untuk berjalan seiringan dengan aku seperti biasa.. tapi aku sengaja berjalan laju dan join bersama Ain, Huda dan ahli kumpulan yang lain. Amri binggung ' kenapa Sha macam nak menjauhkan diri dari aku ja, aku ada buat silap ka kat dia masa dalam hutan tadi aku nak tolong pon dia tak mau' bisik hati Amri.


Pada malam harinya pula, ada aktiviti berjalan dalam hutan, setiap pelajar perlu mencari pasangan untuk masuk kedalam hutan, pasangan mestilah ahli kumpulan yang telah ditetapkan. Aku cuba mengelak berpasangan dengan Amri, supaya Amri boleh berpasangan dengan Huda. Tapi pasangan kumpulan kami ditentukan oleh cikgu yang menjaga kami. Sayangnya apa yang aku elak itu yang aku dapat, aku berpasangan dengan Amri, manakala Huda berpasangan dengan Haris. semasa sebelum masuk kedalam hutan aku berjalan ke kumpulan Helmi dan Izzah saja nak lari dari Amri. ' Zah, Emy hampa berpasangan dengan sapa?' sapa aku . ' kami dua pasangan' jawab Helmi dan Izzah mengiyakan. ' woww..hampa pasangan dua mesti bestkan jeles plak aku' kata aku hanya melawak. Helmi dan Izzah hanya gelak ' tak payah jeles sangat la..hang pulak..sapa partner hang ?' tanya Izzah. belum sempat aku membuka mulut ada suara lain menjawab ' aku pasangan dia' kata Amri sambil tersenyum ke arah kami bertiga. aku kalih tempat lain. ' la hang ka partner sha ni. jaga sha kami elok² nah..' kata Helmi sambil tergelak, Izzah tersenyum. Aku hanya menyebik , ' ha.. ok aku jaga dia leklok, hampa jangan risau' kata Amri sambil tersenyum.


Tiba la masanya untuk masuk ke dalam hutan..semasa aku dengan Amri beriringan masuk aku tengok Huda pandang kami semacam ja...mungkin dia jeles aku berpasangan dengan Amri. semasa berjalan didalam hutan ' sha aku ada buat salah ka kat hang? ' tanya Amri tiba². ' takda pon kenapa ' jawab aku malas, Amri pandang aku ' kalau takda, kenapa hang macam cuba nak jauhkan diri hang dari aku ja? aku nak tolong hang, hang tolak, aku nak jalan dengan hang lari, aku nak sembang dengan hang diam..kenapa hang jadi cmtu? terang Amri panjang lebar.. aku menjawab ' mana ada hang ja rasa macam tu..aku biasa ja..' aku terasa sikit kenapa Am boleh panggil nama dengan Huda ja sedangkan aku panggilan biasa macam orang lain..pastu sekarang sembang macam dia nak rapat dengan aku' pikir aku. ' tak aku nampak hang lain aku rasa ada benda tak kena..sha hang jangan buat aku camni aku susah hati nak tau tak' balas Amri..aku buat tak dengar ja apa dia kata geram aku..dalam dok jalan aku tersadung akar pokok sebab tak berapa nampak gelap, nasib sempat disambut oleh Amri tapi kedudukan kami agak rapat..aku terus bangun dan membetulkan diri serta mengucapkan terima kasih' terima kasih sebab tolong aku', ' sama-sama lain kali jalan hati² ' balas Amri.. lepas kejadian tu Aku dan Amri senyap sampai keluar dari hutan tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience