Rate

BAB 2

Romance Series 609

Memang rutin aku dan Izzah akan kesekolah bersama-sama, kadang-kadang adik aku akan pergi bersama tapi kadang² ja.. so seperti biasa aku dan Izzah ke sekolah berjalan kaki, sebelum sampai sekolah kami ada kedai untuk membeli nasi lemak..


Setelah sampai disekolah, kami disapa oleh Helmi..Helmi datang ke sekolah menaiki motosikal disebabkan itu dia sampai dulu sebelum kami.. helmi menyapa kami, 'Mat pagi, wehh..hampa siap dakgi kerja sekolah yang cikgu bagi semalam?' nilah soalan helmi setiap pagi .. Izzah dan aku ' Mesti la dah siap' dengan buat muka bangga.. Helmi ' la Sha hang tak bagitau aku pon hang dah siap kerja sekolah semalam' aku dan helmi lebih rapat sebab aku kenal helmi sejak darjah 2 lagi, kami memang sekelas dari dulu lagi, disebabkan itulah helmi lebih bercerita dengan aku tentang masalah dia.. Izzah pulak dia baru ja pindah ke sini so tak serapat aku dengan Helmi la..tp aku selesa berkawan dengan dia..Aku menjawab ' eh dah hang tak cari aku takkan aku pulak nak cari hang'...Izzah hanya gerak ja tengak gelagat kami berdua.


Kami bertiga pon berjalan sambil bersembang ke kelas, sampai di kelas kami duduk di meja masing²...didalam kelas sudah ada ramai kawan sekelas Aiman, Nadia dan Ifa pon dh ada didalam kelas.. ' sha nak buku hang' kata helmi setelah kami duduk di meja kami.. aku pon memberi buku aku kepada Helmi kerana ikut perkara biasa bagi aku.. dalam masa yang sama Amri masuk ke dalam kelas dan duduk ditempatnya. Aku melihat Amri dan senyum seperti biasa dan kembali melihat Helmi menyiapkan kerja.


Amri menyapa kami, wehh..tengah buat apa tu, takkan kerja semalam tak siap lagi?.. Helmi ' haah tak siap lagi, Sha ni tak ingatkan aku yang kita ada kerja sekolah' sambil buat muka tunjuk kepada aku.. Amri melihat aku sambil semyum ' la.. takkan sha kena ingatkan hang selalu, dia bukan PA hang, betul tak sha?' Amri kalih kepada aku..aku hanya mengangguk. Helmi menjawab ' biaq la sha kawan aku ' aku hanya buat muka tak kenal. Izzah bertanya kepada Amri ' Am hang dh siap ka? ' Amri menjawab ' mesti la dah siap ' dia senyum kepada Izzah. Izzah tengok Helmi ' Emy tengok Am lagi bagus dari hang' Helmi hanya buat muka.. aku hanya gelak..


Kelas berjalan seperti biasa, setibanya waktu rehat, aku dan Izzah selalu akan rehat didalam kelas ja. dan Helmi akan rehat bersama-sama kawan lelaki dia...
setelah rehat Helmi dan Amri datang ke aku dan Izzah dan bersembang. Helmi ' weh hampa nak tau tak, nanti kita akan ada kem masuk hutan.' dengan muka teruja dia. ' hang tau mana' kata Izzah aku hanya dengar ja depa bersembang. Amri ' kami dengar cikgu cakap tadi kem perkhemahan 3 hari 2 malam, hampa dua nak join tak..lagi ramai lagi best ' cuba mengajak aku dan Izzah.. ' camna sha nak join tak? kalau hang join aku pon nak join la mesti best...jom la sha' rengek Izzah. ' aku ok ja, lagi pon aku memang suka aktiviti camni pon' balas aku, izzah dah melompat gembira, Helmi dan Amri hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience