LUM 14 | DON'T BE AFRAID.

Romance Series 652398

SEDANGKAN arfaaz hanya tersengih sambil tersenyum sinis, melihat raut wajah pucat dari gadis itu, padahal dia sengaja mahu mengusiknya.

   "kenapa diam je? taknak ke?"

Tanyanya sedari melihat gadis itu masih diam terkaku di hadapan nya.

Sedangkan kayla hanya menggeleng perlahan sambil memuncungkan mulutnya, tidak puas hati pada lelaki itu yang tidak berhenti menertawakan nya.      

  "turunlah! kayla nak tido, uncle tido lah balik dekat sofa tu.."

ujarnya pada lelaki itu dan menunjukkan sofa yang tadi tempat lelaki itu berbaring

sedangkan arfaaz hanya mengendahkan saja, sebelum menyelimuti tubuhnya dengan selimut dan membiarkan saja kayla yang masih berdiri di hadapan nya.

Sebelum kayla melepaskan keluhan dan hanya pasrah bila dimana uncle serigala itu sudah berbaring di atas katil, kayla mula mengambil langkah mendekati sofa, sebelum kayla merebahkan tubuhnya di situ pula

Menyesal dia kacau uncle serigala tu tadi, tak pasal-pasal dia pula yang tidur dekat sofa tu, uncle serigala tu kemain sedap lagi tidur atas katil.

sedangkan arfaaz hanya terkekeh perlahan sedari melihat gadis itu sudah pun berbaring di atas sofa tempat nya berbaring tadi, sebelum arfaaz meneruskan tidurnya disebalik selimut.    

entah kenapa dia suka melihat muka merah padam gadis itu, so cute! 'sebab itulah arfaaz tidak berhenti menyakatnya buatkan gadis itu jadi hilang sabar padanya.

Jeda-

(7:34am)

Keesokan paginya, kayla mula terbangun dari tidurnya, dan merasa sedikit pelik bila dimana tubuhnya sudah berada di atas katil, padahal seingat dia semalam dia tidur disofa, macam mana dia boleh ada dekat katil uncle serigala itu semula?.

   "Takkan uncle tu yang angkat kayla tidur dekat katil ni?

kata nya sendiri sebelum kayla mula panik, dan melihat pakaiannya, yang masih lengkap terpakai di tubuhnya, sebelum kayla menarik nafas lega, nasib baiklah uncle serigala itu tidak buat benda pelik padanya.

Kayla mula menuruni katil, dan cuba mencari kelibat lelaki itu yang tidak kelihatan disitu, dan baru sahaja kayla menuju ke bilik air, kayla mula terdengar bunyi percikan air seperti orang yang Tengah mandi.

   " dia tengah mandi ke?"

Gumamnya cuba meneka uncle serigala itu berada didalam, dan baru saja kayla cuba mendekatkan telinganya pada pintu itu, Tiba-tiba saja pintu bilik air itu terbuka buatkan kayla terjatuh di hadapan lelaki itu.

kayla sudah mula mengelupur dan melepaskan pelukkan lelaki itu dari menahan tubuhnya dari terjatuh, sebelum mata kayla tertuju pada keseluruhan tubuh lelaki itu yang hanya mengenakan tuala paras pinggang dan menampakkan tubuh badan yang memiliki six pack itu.

membuatkan kayla sudah menelan air liur nya kesat, dengan matanya tidak berkedip merenung tubuh badan lelaki itu, untuk pertama kalinya dia melihat tubuh lelaki itu tanpa pakaian sangat membuat dia terkesima

Sedangkan arfaaz sudah tergelak kecil sebelum melangkah keluar dari bilik air itu, buatkan kayla sedikit tersentak dan cepat cepat berundur ke tepi memberikan ruang untuk lelaki itu melangkah keluar.

  "Memang suka tengok orang tak berbaju ke?"

Ujar lelaki itu tiba-tiba sedari melihat kayla sudah diamkan diri disebalik dinding, sedangkan kayla mula mengalihkan pandangan nya ke arah lain, sedari lelaki itu menyadari nya memerhatikan tubuh lelaki itu.

  "Dah uncle keluar tak pakai baju, memang lah orang dalam bilik ni akan nampak."

Balasnya cuba untuk menidakkan apa yang dikatakan uncle serigala itu, kalau tak boleh malu dia nak berhadapan dengan uncle serigala itu.

Sedangkan arfaaz yang mendengar balasan gadis itu, hanya tersenyum sinis, sebelum melangkah perlahan menghampiri nya.

Sedangkan kayla sudah kecut perut sedari melihat lelaki itu mula datang mendekati nya, alamak dia salah cakap ke tadi?, habislah kalau sampai uncle serigala itu makin mendekati nya.

   "Uncle kenapa ni?!.."

Tanya kayla sedikit gementar bila dimana lelaki itu semakin menghampiri nya, dan kayla mula berundur ke belakang, tapi jaraknya dengan dinding semakin dekat buatkan nya sudah tidak dapat berundur.

  " Why, you scared babygirl?"
     
Tanyanya pada gadis itu, sedari melihat wajah kayla sudah bertukar pucat takut padanya.

Sedangkan kayla pantas menggeleng kepala dengan matanya yang sudah mula berair dan seluruh tubuhnya terasa mengigil bila dimana lelaki itu sudah berdiri di depan nya dan jarak antara mereka tinggal hanya sejengkal bergerak sedikit saja boleh buatkan tubuh mereka saling bersentuhan.

* * *      

  "Morning..awal kau bangun fikh?"

Tegur darel sebaik memasuki ruang makan itu, dan terlihat fikhree sudah berada disitu menyiapkan sarapan pagi. 

  "Yeah morning, ni tengah siapkan untuk breakfast kena lah awal pagi."

Balasnya sebelum mempersilakan darel untuk duduk terlebih dahulu. sedangkan darel hanya mengangguk sebelum mengambil tempat duduk.

  "ni kau nak jemput tuan az ke?"

Ujar nya lagi sedari darel sudahpun melabuhkan punggung di atas kerusi, sebelum lelaki itu mula bersarapan terlebih dahulu sementara menunggu turunnya arfaaz.

Sedangkan darel hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan fikhree. Sambil mengunyah sandwich yang masih memenuhi mulutnya.

Jeda-

   "So apa urusan kau datang Malaysia? "

Tanya darel cuba untuk memulakan bicara bila dimana mereka dari tadi hanya diamkan diri.

  "Aku dah tak boleh balik Malaysia ke apa? Malaysia pun tempat aku dilahirkan, kenapa pula aku tak boleh nak balik? lagipun urusan aku dekat sana dah settle, tuan az pun suruh aku balik Malaysia, aku balik lah."

Balasnya semula dengan pertanyaan darel, sedangkan darel yang mendengar hanya tersengih kecil, niatnya mahu kenakan lelaki itu sebaliknya dia yang dikenakan balik.

   "Tapi kenapa tuan az nak jaga kayla? bukan apa yang aku tahu tuan az tu tak suka ada perempuan ke dekat villa dia? Selain bibik halwa dengan wife dia tu?"

Tanya fikhree sedikit pelik bila dimana lelaki itu sekarang sudah menjaga seorang gadis seperti kayla, sangat pelik sebab arfaaz bukan lah jenis orang yang suka disusahkan,lain lagi dengan kayla yang langsung tiada kene mengena dengan nya. Hanya lah anak kepada kawannya.    

  "Yang tu aku tak tahu, apa yang aku tahu tuan az diamanahkan oleh tuan Harith untuk menjaga anaknya sebelum tuan Harith mati dibunuh musuh, dan sebab itulah kayla tuan az yang jaga."

Ujar darel cuba menjelaskan apa yang sudah terjadi, dan kenapa gadis itu sampai dijaga oleh arfaaz. Sebelum tiba-tiba saja arxie tiba secara mengejut disitu.

  "Amboi! Rancak borak..tengah cerita pasal tuan az ke apa? "

sergahnya pada kedua lelaki itu, sebelum arxie melabuhkan punggung nya bersebelahan dengan darel.

Sedangkan fikhree dan darel hanya melepaskan keluhan, hampir saja mahu tercabut jantung mereka, kerana diingatkan yang datang itu adalah arfaaz.

  "Kau nasib baik aku tak ada sakit jantung! kalau tak boleh mati kejung aku dekat sini!"

Amarah darel tidak puas hati, sedangkan arxie sudah terkekeh-kekeh melihat raut wajah pucat kedua lelaki itu.

  "Baru nampak kau pagi ni? semalam kau pergi mana?"

Tanya fikhree bila dimana semalam dia tidak melihat kelibat lelaki itu.

  "Tuan az tak masuk office semalam, aku kena lah cover kerja dia..lepastu ada pula kerja yang tak siap terpaksa lah aku overtime dulu"
       
Balasnya, sedangkan fikhree hanya mengangguk sebelum mempersilakan arxie untuk bersarapan dahulu.
   
  "Ni tuan az dah turun ke? ke hari ni tak datang office lagi?"

Tanyanya pada kedua lelaki itu, sambil matanya melilau melihat sekeliling tempat itu, sebelum darel dan fikhree menggeleng kepala, menandakan lelaki itu belum turun lagi, kalau tak takde nya fikhree dan darel berani bercakap pasal lelaki itu.
       
* * *
Sedangkan arfaaz yang melihat gadis itu menundukkan pandangan nya mula menahan tawa, sebelum arfaaz pergi ke tempat persalinan baju untuk mengambil bajunya.

Sedangkan kayla yang sedari kepergian uncle serigala itu, mula mengangkat wajahnya dan memerhati dari jauh saja lelaki itu yang tanpa segan silu memakai baju di hadapan nya disebalik kaca, hampir saja kayla terlihat boxer milik lelaki itu tapi dengan pantas kayla menutupi matanya.

Arfaaz yang melihat dari jauh gadis itu hanya tersengih kecil sambil meneruskan memakai pakaian nya tanpa menghiraukan keberadaan gadis itu di dalam biliknya

Jeda-

beberapa minit bersiap, arfaaz kembali keluar dari bilik persalinan yang hanya ditutupi cermin kaca itu sebelum arfaaz datang mendekati kayla yang masih menutupi matanya

"Kau dah boleh buka mata dan keluar dari bilik aku"

Ujarnya mengarahkan nya bila dimana dia sudah berdiri di hadapan gadis itu, sedangkan kayla yang mendengar suara garau lelaki itu, dengan perlahan lahan menurunkan tangannya yang menutupi matanya dan terus memandang ke arah lelaki itu atas bawa yang sudah pun memakai pakaian lengkap.

"Uncle nak pergi mana?.." soalnya sedari melihat lelaki itu berpakaian lengkap.

"Kenapa kau tanya?"

Tanyanya kembali, pada gadis itu, tak pernah pernah kayla mahu ambik tahu dia mahu pergi ke mana. padahal tadi kemain gadis itu takut pada nya.

"Kalau kayla ikut boleh? Kayla bosan lah duduk dekat sini, lagipun kayla dah lama tak keluar"

Ujarnya meminta uncle serigala itu agar membawanya untuk ikut sekali, asalkan dia boleh jalan jalan keluar dari villa itu.

"Aku nak pergi office! Bukan nak ajak kau keluar."

Balasnya mendatar, takkan lah dia mahu membawa gadis itu untuk ikut bersama nya sekali? Tak pasal-pasal gadis itu lagi bosan menunggu nya.

"Takpelah..kayla nak ikut juga, please uncle!..kayla janji kayla takkan kacau uncle..nanti kayla minta lah tolong apa apa dekat abang wish kalau kayla nak apa apa.."

Pujuk nya lagi masih tidak berputus asa meminta uncle serigala itu untuk membawanya sekali, dahlah dia dekat villa hanya seorang diri.
Mendengar saja nama darwish, arfaaz terus menarik nafas dalam, tak habis-habis dengan darwish! dah macam tak ada orang lain.
     
"Kau boleh ikut aku! tapi jangan ganggu aku!"

Ucapnya memperingatkan gadis itu, sedangkan kayla dengan pantas mengangguk mengiyakan apa yang dikatakannya.

"Aku bagi kau five minutes untuk bersiap! kalau kau lambat kau tinggal! "

Ujarnya lagi, sedangkan kayla tanpa pikir panjang hanya mengiyakan saja, sebelum lelaki itu terus beredar keluar dari situ meninggalkan nya sendiri.
      
"haih! Ingat lima minit tu sempat ke nak mandi?"

Bebelnya sendiri sedari kepergian lelaki itu, sebelum dengan pantas kayla turut keluar dari bilik itu, dan terus menuju ke bilik nya untuk membersihkan diri secepat mungkin. tak pasal-pasal dia betul-betul kena tinggal dengan uncle serigala tu.
 
Jeda-
(8:21am)

Arfaaz yang baru saja memasuki ruang makan itu, mula melihat ke beberapa orang yang sudah berada di situ untuk bersarapan, sebelum arfaaz melabuhkan punggung nya di tempat duduknya seperti biasa.

"Morning tuan!.."

sapa mereka yang ada di situ, sebelum menyambung bersarapan.

"Darwish pergi mana? "

Tanya arfaaz sedari tidak melihat kelibat darwish disitu,entah pergi mana pula lah dia pergi.     

"Tak tahu..dari tadi tak muncul"

balas arxie bila dimana dari tadi pun dia tidak melihat lelaki itu pergi kemana.
 
Sedangkan bibik halwa mula menyediakan sarapan pada lelaki itu.

"Kayla tak bangun lagi ke tuan?"

Tanya bibik halwa sedari dia pun tidak melihat kelibat gadis itu, sebab biasanya awal pagi lagi Kayla sudah masuk terlebih dahulu untuk bersarapan.

"Kayla mana?dari tadi tak nampak dia" sampuk fikhree

"Takpelah..biar bibik cuba kejutkan kayla dulu.."

Ujar bibik, sebaik menghidangkan sarapan untuk arfaaz, dan terus meminta diri untuk beredar dari situ untuk mengejutkan Kayla.

"Bibik! biarkan Kayla yang akan datang sendiri nanti"

Ujarnya mencegah bibik halwa untuk pergi ke bilik kayla untuk mengejutkan gadis itu. sedangkan bibik halwa hanya menurut perintah sebelum kembali menyambung kerjanya di dapur.

Jeda-

Beberapa minit Darwish pun tiba di ruang makan dan terus menghampiri arxiee sebelum mengambil duduk bersebelahan dengan arxie.

"Kau pergi mana baru datang ni? "

Tanya arxie sebaik melihat kedatangan lelaki itu dan terus duduk di sebelah nya.

   "Adalah!..sebok je kau nak tahu, ambikkan aku coffee tu!" balasnya

"Ni Kayla tak bangun lagi ke?"

Tanya Darwish pada mereka, sedari tidak melihat kelibat gadis itu disitu. Sedangkan arxie hanya mengangkat bahu tidak tahu.

Jeda-
    
(8:54am)

Kayla dengan tergesa-gesa memasuki ruang makan itu untuk menghampiri mereka sedari Kayla sudah melebihi waktu yang diberikan uncle serigala tadi, nasib baiklah mereka semua masih berada disitu.

Sedangkan mereka semua yang berada disitu mula menoleh memandang pelik ke arah Kayla yang tiba-tiba saja memasuki ruang dapur dalam keadaan kelam kabut seperti dikejar hantu.

"Kayla, kau okey tak ni? Siapa yang kejar kau sampai kau nak berlari ni?"

Tanya arxie sedikit pelik bila melihat gadis itu sudah tercungap-cungap, sedangkan kayla hanya tersengih-sengih sambil menggeleng kepala, sebelum mengambil tempat duduk bersebelahan dengan uncle serigala itu.

Sedangkan arfaaz hanya tersenyum sinis, rupanya gadis itu betul-betul memaksudkan apa yang dikatakannya tadi, nampak sangat gadis itu betul-betul mahu mengikutinya.

"Kayla breakfast lah dulu..ni abang fikh masakan untuk kayla tau.."

Ujar fikhree sebelum meletakkan sandwich ke piring gadis itu, sedangkan kayla hanya mengangguk seraya tersenyum nipis.

Darwish pula hanya memandang pelik ke arah kayla, bila dimana kayla dari tadi tidak menghiraukan nya, bahkan kayla tidak duduk di sebelah nya.

Sebab selalu nya kayla akan mencarinya dahulu, sekarang ni tak ada pula kayla memandang padanya, Seolah-olah dia tiada disitu, takkan lah kayla marah padanya?.

"uncle taknak gerak lagi ke?"

Tanya kayla pada lelaki itu bila dimana arfaaz masih saja meneruskan bersarapan, padahal tadi kemain lelaki itu menyuruhnya untuk bersiap cepat.

sedangkan arfaaz tidak mengendahkan pertanyaan kayla, sebelum gadis itu kembali menyambung makan sarapan nya.

"Kayla nak pergi mana?"

Tanya fikhree pula, bila mendengar gadis itu seperti ikut pergi bersama dengan arfaaz.

  "Nak ikut uncle.." jawabnya, sedangkan fikhree hanya mengangguk faham.   

Jeda-      

Sehabis saja mereka bersarapan,Kayla mula mengekori arfaaz dari belakang diikuti dengan arxie dan darwish yang juga jalan seiringan dengannya. Sebelum arfaaz memasuki kereta terlebih dahulu.     

"Kayla awak okey tak?"

Tanya darwish sebaik melihat arfaaz sudah pun memasuki kereta terlebih dahulu.

Sedangkan Kayla hanya mengangguk sebelum meminta diri pada lelaki itu untuk memasuki kereta, bila dimana kereta itu mahu saja bergerak dari situ.

"Woi wish! Cepat lah!"

Pekik arxie dari dalam kereta sedari lelaki itu masih tercegat diluar kereta yang dinaiki arfaaz dan Kayla, sebelum kereta yang dipandu darel itu meluncur meninggalkan tempat itu.

Sedangkan darwish dengan pantas menaiki kereta yang dipandu arxie, sebelum kedua mereka menyusuli dari belakang kereta yang dinaiki arfaaz dan Kayla.
    
* * *
(10:00am)

Sedangkan elbiena mula terbangun dari tidurnya, bila dimana elbiena mendengar bunyi telefon nya dari tadi tidak berhenti berdering, membuatkan nya terpaksa menjawab panggilan dari orang yang tidak dikenali itu.

"good Morning dear, baru bangun ke?"

Ujar lelaki dalam talian sebaik panggilan nya dijawab, sedangkan elbiena yang tadinya masih mamai, mula terkejut bila dimana dia seperti mengenali suara itu.

"Kau nak apa lagi!..macam mana kau boleh dapat number aku ha!"

Tanyanya sedikit terkejut bila dimana orang di dalam talian itu merupakan Maxime. Macam mana lelaki itu boleh mendapatkan maklumat pasal dirinya?.

  "Senang je kalau i nak cari you..dan sekarang ni aku nak jumpa kau dekat tempat yang kau jumpa aku semalam"

Balasnya diikuti gelakan kecil, sedangkan elbiena sudah mula tidak keruan, bila dimana lelaki itu tidak peduli dengan apa yang dikatakannya semalam untuk tidak berjumpa dengan nya.  

  "Aku tak nak jumpa kau! dah jangan ganggu aku!"

Bentak elbiena tidak puas hati, sedangkan Maxime di dalam talian hanya tergelak kecil dengan amarah wanita itu.

"Aku tak buat lawak lah gile!" jerkahnya pada lelaki itu.

  "Tak sangka you makin garang eh?..rasa sayang pula dulu aku tinggalkan kau macam tu je."

Ujarnya lagi di dalam talian, buatkan elbiena sudah mula kehilangan kesabaran dengan apa yang dikatakan lelaki itu.

"Kau tak faham bahasa ke apa ni ha! "

Amarahnya lagi tidak puas hati, tapi langsung tidak dipedulikan Maxime, sebaliknya lelaki itu semakin cuba untuk memancing emosi nya.
    
"Petang ni aku nak jumpa kau! kalau kau tak datang, biar aku yang akan datang jumpa kau..kalau number kau aku boleh dapat tak mustahil aku tak tahu kau duduk dekat mana sekarang!"

Ujarnya lagi cuba untuk menakutkan wanita itu, sebelum panggilan dimatikan nya.

Sedangkan elbiena mula Berdengus geram bila dimana lelaki itu sudah pun mematikan panggilan nya, dan dalam keadaan marah elbiena terus melemparkan telefon miliknya ke lantai   

entah apa lagi lelaki itu mahukan padanya, sampaikan dia mahu menjumpainya semula. Kalau sampai dia tidak menemui lelaki itu boleh jadi Maxime akan nekad datang menemui nya, dan kalau arfaaz dapat tahu boleh habis dia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience