Bab 64

Other Completed 19281

Keesokkan harinya Yuna terlupa bangun pagi dia terasa ingin bangun tapi bandannya terketar ketar. Cikgu Hakim nampak Yuna dalam keadaan tersebut dia terus menuju ke arah isterinya.

"Hey, sayang kenapa ni"kata Cikgu Hakim dengan cemas

"Tak ada apa apa cuma sejuk sikit je"kata Yuna

Cikgu Hakim meletakkan tangannya di atas kepalanya.

"Eyh, awak demam ni"kata Cikgu Hakim

"Sejuk lah saya nak pergi tandas sekejap"kata Yuna

"Boleh tak ni"kata Cikgu Hakim

Yuna menganggukkan kepalanya. Selesai itu Yuna terus baring di atas katil semula.

"Awak pergilah kerja"kata Yuna

"Macam mana saya nak kerja dengan keadaan awak macam ni"kata Cikgu Hakim

"Tak apa awak tu cikgu nanti kena potong gaji susah nanti"kata Yuna

"Jangan degil Yuna saya dah call tadi cakap saya ambil cuti kecemasan"kata Cikgu Hakim

Yuna perlahan lahan menutup kedua dua matanya. Cikgu Hakim mencium dahi Yuna dengan perlahan lahan.

"Kesian dia demam erk"kata Cikgu Hakim

Cikgu Hakim memasak bubur di dapur. Selesai masak dia terus naik ke atas dengan segera. Dia mengejutkan Yuna dengan perlahan lahan.

"Awak bangun"kata Cikgu Hakim

Yuna perlahan lahan membuka matanya.

"Hah"kata Yuna

"Makan bubur ni dulu nanti makan ubat"kata Cikgu Hakim

Cikgu Hakim menyuap bubur nasi ke mulut Yuna.

"Makan banyak banyak biar gemuk sikit"sakat Cikgu Hakim

Yuna mengerling ke arah Cikgu Hakim. Yuna betul betul tidak larat bercakap sekarang ni dia ingin tidur dan rehatkan diri sahaja.

"Nanti dulu makan ubat dulu"kata Cikgu Hakim

Yuna makan ubat tersebut Cikgu Hakim bangun dan ingin ke dapur semula.

"Awak"kata Yuna

"Ye"kata Cikgu Hakim

"Teman saya boleh saya takut"kata Yuna

"Boleh kejap"kata Cikgu Hakim

Cikgu Hakim memeluk Yuna dengan erat sambil mengusap kepala Yuna.

"Kesian dekat dia ni demam erk"kata Cikgu Hakim

Selesai nampak Yuna lena tidur Cikgu Hakim turun ke bawah untuk memasak tengah hari. Begitu erat Yuna memeluk Cikgu Hakim mencium dahinya.

"Sayang awak"kata Cikgu Hakim

"Sayang awak juga"kata Yuna sambil senyum

"Amboii"kata Cikgu Hakim

"Saya nak turun dulu ni tau jangan rindu pula nanti"kata Cikgu Hakim

"Okey"kata Yuna

Cikgu Hakim memberikan Yuna berehat dan tidur dahulu. Jam menujukan pukul 2.00 petang Yuna perlahan lahan menuruni tangga di rumahnya. Cikgu Hakim nampak Yuna hendak turun tangga.

"Kenapa degil ni kenapa tak nak berehat dekat atas"kata Cikgu Hakim sambil memakai apron

Yuna memandang Cikgu Hakim sambil ketawa.

"Kenapa ketawa tak pernah tengok lelaki memasak ke"kata Cikgu Hakim

"Tak kelakar sebenarnya"kata Yuna

"Ketawa lah lagi ketawa duduk atas sofa tu hah"kata Cikgu Hakim

"Awak ni"kata Yuna

Yuna menonton televisyen di rumahnya.

"Assalamualaikum,"kata Sufian

"Waalaikumussalam, erk Sufian macam mana kau tahu rumah aku ni"kata Yuna sambil mencapai tudung

"Cikgu Hakim bagi tahu Farah pun datang juga nanti kejap lagi sampai lah tu"kata Sufian

Cikgu Hakim membuka pintu kepada Sufian.

"Jemputlah masuk dulu duduk duduk buat macam rumah sendiri"kata Cikgu Hakim sambil senyum

Cikgu Hakim teruskan memasak.

"So macam mana hidup sebagai suami isteri okey ke"kata Sufian

Yuna agak letih dia menyandar kepalanya di atas sofa Yuna menanggukkan kepalanya.

"Kenapa muka macam tu macam letih sangat je"kata Sufian

"Yuna demam tu tadi cikgu dan bagi ubat dah dekat dia dah makan dah tu mesti letih lah tu orang suruh berehat dekat atas nak berehat dekat bawah juga degil betul"kata Cikgu Hakim

Yuna hanya mendengar bebelan Cikgu Hakim.

"Oh, demam semoga cepat sembuh. Boleh nya kau sembuh tengok lah siapa yang jaga"sakat Sufian

Yuna senyum sambil bersembang dengan Sufian. Farah sudah sampai di depan rumah mereka berdua.

"Assalamualaikum,"kata Farah

Yuna ingin berdiri tapi di halang oleh Cikgu Hakim Yuna agak keletihan sekarang ni bersembang pun sedikit sedikit je tak larat.

"Waalaikumussalam, "kata Yuna

"Awak duduk situ, nanti pengsan nanti"kata Cikgu Hakim

"Alaa awak ni"kata Yuna dengan marah

Farah mendekati Yuna lalu memeluk nya.

"Weii, rindunya dekat kawan aku sorang ni"kata Farah

"Sakitlah"kata Yuna nampak pucat sedikit

Farah menyentuh muka Yuna.

"Kenapa pucat je muka ni kau tak sihat ke"kata Farah

"Dia demam tu Farah dah makan ubat dah tadi"kata Cikgu Hakim

"Oh kau demam tak bagi tahu aku pun"kata Farah

"Tak kan nak call kau pula kan kacau nanti aku pun dah okey dah sikit ni korang datang sini ada apa sebenarnya"kata Yuna

"Kenapa tak boleh ke nak melawat kawan sendiri kan Sufian dia tak bagi pula ke kacau kau dengan Cikgu Hakim"kata Farah

"Tak adalah aku tanya je"kata Yuna

Selesai bersembang mereka makan bersama.

"Makanan dah siap jom lah makan dulu nanti sejuk tak sedap pula"kata Cikgu Hakim

"Wau, pandai awak masak eyh"kata Yuna

"Biasa biasa je lah"kata Cikgu Hakim

"Untung kau Yuna"kata Farah

Cikgu Hakim membuka kerusi lalu menyuruh Yuna duduk.

"Duduk cepat makan banyak sikit"kata Cikgu Hakim

Belum sempat Yuna membuka mulutnya lalu dia ingin makan di terasa ingin muntah.

"Ourkk,"kata Yuna dia bergegas pergi ke dapur dengan segera

Cikgu Hakim menuju ke arah Yuna.

"Kenapa ni okey tak"kata Cikgu Hakim

"Tak apa saya okey biasa kalau demam saya memang macam ni"kata Yuna

"Betul ke macam tu bahaya lah nak pergi klinik ke"kata Cikgu Hakim

"Tak apa saya boleh nanti okey lah ni"kata Yuna

"Perut kosong tu"kata Farah

"Dah makan sikit eyh"kata Cikgu Hakim

"Tak nak lah makan tak ada selera saya duduk atas sofa je lah ye sorry korang makan lah dulu"kata Yuna dia menuju ke sofa

"Salah time ke datang rumah Cikgu Hakim ni"kata Sufian

"Tak ada lah nak datang bila bila pun tak apa dia cuma demam je tu. Jemputlah makan dulu nanti sejuk tak sedap pula"kata Cikgu Hakim

Yuna perlahan lahan menutup matanya dia muntah tadi sakit perutnya. Cikgu Hakim menuju ke arah Yuna.

"Yuna bangun makan sikit je"kata Cikgu Hakim

"Yelah"kata Yuna

Yuna perlahan lahan menyuap nasi ke mulutnya.

"Dah tak nak dah"kata Yuna

"Betul ni"kata Cikgu Hakim

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience