Bab 55

Other Completed 19281

Keesokkan harinya Yuna dan Farah bergegas ke kolej seperti biasa.

"Sufian"kata Yuna

"Yuna, Farah pun ada sekali"kata Sufian sambil senyum

"Haah,"kata Farah sambil senyum

"Macam mana kau dengan dia"kata Farah

"Entah aku keliru dengan diri sendiri apa yang jadi terlalu cepat biarlah dulu aku tak nak fikir lagi dah"kata Yuna sambil senyum

"Bagus awak Yuna stay positif"kata Sufian

"Harap harap dalam kepala ni sentiasa positif lah ye"kata Yuna sambil senyum

"Amin"kata Farah

"Jom lah masuk class"kata Sufian

"Kenapa aku tak nampak pun kereta Cikgu Hakim hari ni"kata Farah

"Entah lah"kata Yuna

"Kau call lah dia tanya mana tahu dia sakit ke"kata Farah

"Aku kena mengalah dalam hal ni biar lah dia fikir dulu macam mana nak settlekan hal dia dengan Lina tu aku tak nak ambil tahu"kata Yuna

"Kau masih terkilan pasal hari tu kan"kata Farah

"Gila tak terkilan kalau aku tak terkilan tak jadi macam ni tau tak hati aku dah kosong dah untuk dia nothing nothing. Kalau memang dia betul betul suka dekat aku dia sendiri akan cari aku bukan aku cari dia"kata Yuna

Yuna agak berkeras sekarang ni dia nak tengok macam mana Cikgu Hakim berkeras nak perjuangkan cinta mereka berdua.

"Kalau betul lah dia cintakan aku kalau dia anggap yang nothing happen antara kita orang tak apa aku tak kisah asalkan dia happy kan"kata Yuna

"Yuna kau kena bagi peluang dekat Cikgu Hakim dia mesti tengah tak tahu nak buat apa sekarang ni"kata Farah

Dia menelefon Cikgu Hakim.

"Assalamualaikum, cikgu saya betul betul nak tahu kenapa cikgu tak datang class hari ni"kata Yuna sambil cemas

"Waalaikumussalam, maaf saya demam saya tak dapat hadir ke class hari ni"kata Cikgu Hakim

"Cikgu demam hantar location dekat saya nanti saya pergi rumah cikgu tapi kita duduk luar jelah boleh ke"kata Yuna sambil senyum

"Boleh nanti saya hantar location ye"kata Cikgu Hakim

Cikgu Hakim terus menghantar location ke rumahnya.

"Hah dah dapat"kata Yuna sambil senyum

"Kenapa apa yang dia cakap"kata Farah

"Dia tak dapat hadir sebab dia tengah demam sekarang ni"kata Yuna

"Kesian dekat dia kau pergi hantar makanan tak nanti dekat rumah dia"kata Farah

"Hantar nanti aku pergi hantar ingat nak ajak dia keluar sekejap"kata Yuna sambil senyum

"Harap kau dapatlah bincang elok elok pasal hal ni ye aku tak nak korang bergaduh lagi dah"kata Farah

"Insyaallah semuanya akan okey okey je doakan yang terbaik ye"kata Yuna sambil senyum

Selesai habis class Yuna dan Farah terus menuju ke rumah Cikgu Hakim. Dia tak nak di timbul fitnah kerana datang seorang diri tak pasal pasal jadi isu pula nanti.

"Dah jom pergi ke awak nak ikut sekali Sufian"kata Yuna

"Boleh ke kalau saya nak ikut"kata Sufian

"Boleh je tak ada masalah pun kan Farah"kata Yuna

"Haah ikut jelah sekali"kata Farah

"Okeylah kalau macam tu"kata Sufian

"Okey jom"kata Yuna

Yuna bergegas mencari rumah Cikgu Hakim sesampainya di rumah Cikgu Hakim. Yuna terus memberi salam.

"Assalamualaikum, cikgu ooo cikgu"kata Yuna

Cikgu Hakim perlahan lahan menuju ke arah pintunya. Dia membuka perlahan lahan pagar dan menyuruh mereka semua duduk di atas kerusi di luar rumahnya.

"Waalaikumussalam, jemputlah duduk dulu ye"kata Cikgu Hakim sambil terbatuk batuk

"Cikgu okey ke tak ni"kata Yuna

Cikgu Hakim menanggukkan kepalanya.

"Insyaallah okey je ni"kata Cikgu Hakim

"Ni ada nasi saya beli maaf tak sempat nak masak untuk awak sebab tadi saya baru habis class"kata Yuna

"Buat susah susah je"kata Cikgu Hakim

"Tak ada susah susahnya"kata Yuna

Cikgu Hakim kesejukkan di luar rumahnya.

"Dah makan ubat dah pucat muka tu"kata Yuna

"Dah makan dah pagi tadi janganlah risau"kata Cikgu Hakim

"Kalau macam tu cepat makan nasi ni nanti basi ke nak saya suapkan"kata Yuna

Mereka berdua memerhati tingkah laku Yuna dia betul betul ambil berat tentang keadaan Cikgu Hakim sekarang ni. Risau sangat sangat.

"Alhamdulillah, awak masih risau pasal saya ingat pasal hari tu"kata Cikgu Hakim sambil terbatuk

"Dah dah senyap jangan bincang lagi pasal tu saya tak nak awak sakit cepat makan"kata Yuna

Yuna menyuap nasi ke mulut Cikgu Hakim terus memakan nasi tersebut.

"Bertuah dapat Yuna ni cikgu dah lah cantik, pandai masak, pandai ambil hati orang sekeliling lagi lagi banyaklah cikgu rugi kalau tak cop dia"kata Sufian

"Tak payah nak cop sebab dia ni milik saya sorang je"kata Cikgu Hakim

"Dah dah cepat makan"kata Yuna

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience