Rate

BAB 2

Drama Completed 466

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Aku menikah kembali dengan Brad, seorang lelaki dewasa. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Brad, sifat-sifat buruk aku seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Angelica sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Aku tidak lagi ingat berkenaan Danny dan tiada memori yang mengaitkan aku kepadanya

Hinggalah ke satu malam… Malam di mana aku bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali… Dia melihat ke arah aku . Sambil tersenyum dia berkata, “Makcik, makcik kenal mama aku ? Aku rindu sekali pada mama!”

Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun aku menahannya, “Tunggu…, aku rasa aku kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?”

“Nama aku Danny , makcik.”
“Danny …? Danny … Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Danny ???”

Aku terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri aku pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala aku . Baru sekarang aku menyedari betapa jahatnya perbuatan aku dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, aku patut mati…, mati…, mati…

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin aku goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Danny melintas kembali di fikiran aku . Ya Danny , mama akan menjemputmu Danny , tunggu ya aku ng!…

Petang itu aku membawa dan memarkir kereta Civic biru aku di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Brad berasa hairan. Beliau menatap wajah aku dan bertanya,

“Mary, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?”
“Oh, Brad, kau pasti akan membenciku selepas aku menceritakan hal yang aku lakukan dulu,”

Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience