Rate

Part 1

Drama Series 1728

Cinta? Tak Ade lagi makna cinta didalam kamus Misya . Rumah tangga yg di bina atas paksaan ! Tanpa Ade rasa cinta dan kepercayaan! Hidup Misya benar-benar musnah setelah berkhawin dengan Afirul .
Masih terasa sakit di pipi kiri Misya, terbayang wajah Afirul .
Mata Afirul memandang Misha seolah-olah Misya ialah musuhnya. Tapak tangan Afirul melekat di pipi kiri milik Misya, Afirul menarik pergelangan tangan Misya lalu melempar Misya ke lantai. Misya menahan kesakitan. Misya tertunduk melihat lantai sambil mengusap pipinya yang rasa perih!
Afirul mendekati Misya tangan milik Afirul mencengkam dagu Misya dengan kasar. Afirul mendongakkan dagu Misha supaya Misya memandang kewajahnya. Misya menelan air liurnya apabila wajah Afirul dan Misya cuma jarak 3 inci . Afirul memaksa Misya memandang wajah Afirul.
" Kau ni memang perempuan tak guna! Kau ingat Aku ni siapa ! Tunggul ! Aku dah cakap jangan dekat dengan lelaki tu tapi kau degil! " - suara Afirul yg garau Dan nyaring menambahkan rasa takut Misya. Tubuh Misya mengeletar.
"Kalau kau Suka dekat lelaki tu kenapa kau perangkap Aku untuk khawin dengan kau! Ke sebab lelaki tu Tak nak khawin dengan kau ? Kau buat maksiat dengan lelaki tu lepas tu kau nak aku tanggung anak haram kau dengan lelaki tu!" - tambah Afirul
"Cukup!"- jerit Misya setelah sekian lama mendiam. Misya Tak sanggup dituduh bergitu rupa.. Afirul merenung tajam kearah Misha
"Saya dengan Azim cuma kawan , kami jumpa tadi pun sebab kerja"- Misya membela diri.
"kerja? Kau jangan nak bodoh kan aku lagi! Aku nampak kau berduaan dengan lelaki tu dekat cafe! Ni amaran terakhir! Kau jumpa lelaki tu lagi ! Kau tahu apa akibatnya! " Afirul mengancam . Misya cuma Hanya mampu tertunduk diam, melihat Afirul pergi dan menghempas pintu .
'Afirul pasti pergi jumpa Amely' bisik hati Misya.
Afirul tidak seperti ini dulunya. Dulu Afirul tidak pernah memarahi Misya kalau ada yang Afirul tak suka daripada Misya , Afirul akan cakap dengan lemah lembut.
Afirul yang dulu seorang yang penyabar tapi selepas Afirul kembali rapat dengan Emely. Afirul semakin berubah!

"kenapa dengan pipi you Misya?" Bulat mata lelaki bernama Azim apabila melihat pipi Misya ada kesan kemerahan dan bengkak!
"Eh Azim, Tak Ada apa lah ni .." belum sempat Misya menghabiskan kata-katanya
Azim pergi meninggalkannya sendiri. Misya kembali melihat muka komputer riba di atas meja kerjanya.
Lima minit kemudian Azim kembali mendekati Misya dengan membawa segelas cawan yang berisi ketulan ais batu . Azim berdiri di sebelah Misya dan meletakkan cawan di atas meja kerja Misya.
" Ais batu ? Untuk apa ?" Soal Misya sambil mengerut dahinya.
"Ais batu ni untuk kurangkan sakit pipi you " jelas Azim
"Eh. Misya okay, ni sikit je .. tak sakit pun." Tambah Misya. Tanpa mengiraukan Misya , Azim mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya lalu memasukkan ketulan ais kedalam sapu tangan tersebut.
Misya hanya melihat wajah Azim yang serious mendakap sapu tangan yang berisi ketulan ais batu itu ke pipi Misya.
" Ehem ! Ehem! Sweet nya korang berdua. Jealous aku !" Nisa senyum mengusik Misya dan Azim.
"Eh Nisa..ada apa?" Tanya Misya cuba menghindar daripada usikkan Nisa.
"Tak ada apa! Saja je nak tenggok Romeo and Juliet buat apa dalam office. Okay bye!" Usik Nisa sambil mengedib mata kanannya kepada Misya dan Azim.
"You balik nanti I hantar ..okay?" Azim mulakan perbicaraan apabila melihat Misya terdiam malu di usik oleh Nisa.
"Eamm, Azim.. Misya rasa Misya balik sendiri je hari ni." -balas Misya membuatkan Azim mengeluh kecil.
Azim senyum segaris merenung wajah Misya, ada rasa hampa di riak wajah Azim.
Misya tahu Azim akan jadi bergini tapi Misya juga tak mahu Afirul marah yang lebih parah kalau Afirul nekat mencederakan Azim.
"Kalau you ada apa .. whatApps I , okay?" Suara rayu Azim membuatkan Misya tak mampu untuk berkata. Misya hanya mengangukkan kepala. Azim memasukkan sapu tangan yang basah ke dalam cawan yang di bawa tadi.
" You jaga diri " tambah Azim berlalu membawa cawan tadi sambil melemparkan senyumannya. Misya melihat Azim keluar dari ruang office miliknya dengan rasa kasihan.

"Awak.. lambat awak balik.." Tanya Misya apabila melihat Afirul yang masih berkemeja kerjanya di muka pintu bilik .
Afirul mencampak bag kerja di atas meja kecil disebelah katil
"Kau jumpa dengan lelaki tu hari ni?" Soal Afirul tanpa menghiraukan pertanyaan Misya.
"Tak" jawab Misya berbohong. Misya memerhatikan Afirul meletakkan telifon bimbitnya di atas meja lalu berlalu ke bilik mandi.
Misya bangun dari katil. Sudah jadi kebiasaan sejak awal perkhawinan kalau Afirul balik daripada tempat kerja Afirul akan meminta Misya untuk membuatkannya Milo kosong suam. Misya kembali ke bilik tidur bersama secawan Milo kosong suam. Afirul masih di bilik mandi Misya berkata sendiri , Misya meletakkan cawan berisi Milo itu di atas meja kecil sebelah katil lalu mengangkat bag kerja Afirul yang masih di atas meja itu diletakkan di rak bag.
Bunyi getaran dari meja kecil disebelah katil membuatkan Misya mendekati meja tersebut. Skrin telifon bimbit milik Afirul mengelip menandakan ada mesej baru .
Misya menekan butang buka telifon tersebut, Mesej baru dari ' My Wife' . Terbeliak mata Misya membaca tulisan yang tertera di skrin telifon tersebut. Jantung Misya berdenyut laju daripada biasanya, tanpa berfikir panjang Misya cuba membuka password telifon, bunyi air dari bilik air membuatkan denyutan jantung Misya semakin laju!
'salah! Salah lagi!' Marah Misha dalam hati apabila gagal meneka password yang di gunakan Afirul .
Tiba-tiba telifon Afirul bergetar. Mesej baru dari my wife tertera, Misya membaca mesej baru yang tertera di skrin telifon tersebut dengan debaran jantung semakin laju seperti sedang menyertai pertandingan lumba lari!
"Ya Allah !" itu saja yang terkeluar dari mulut Misya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience