Rate

Part Dua

Drama Series 1728

Semakin hari semakin jarang Afirul pulang ke rumah. Kadang satu minggu Afirul cuma pulang ke rumah dua kali.
" Ma .. Misya tak tahu apa yang perlu Misya lakukan, Afirul dah bahagia dengan bekas tunang dia. Misya rindu mama dan papa, Misya dah tak ada orang lain untuk Misya mengadu selain mama dan papa,tapi sekarang papa dah tak ada, mama dah tak anggap Misya anak mama " Misya bercakap dengan dirinya sendiri. Misya bersandar pada birai katilnya, tangannya memeluk erat gambar mama dan arwah papanya.

"Misya! Misya memang memalukan mama! Misya sanggup buat perkara terkutuk ni dengan Afirul! Misya tahu kan Afirul tu tunang Amely! Sanggup Misya buat mama,papa dan Amely macam ni! "ma.. percayalah , Misya tak buat semua tu." Misya terduduk di atas lantai sambil memeluk lutut mamanya yang sedang duduk di atas sofa.
"Misya cakap dengan mama , macam mana mama nak percayakan Misya? Mama nampak dengan mata mama sendiri Misya dan Afirul tidur satu bilik ! "
" Last sekali yang Misya ingat malam tu Misya keluar makan dengan Amely lepas tu Misya dah tak ingat apa-apa lagi..ma.. tolong percayakan Misya , Misya memang tak tahu apa yang berlaku malam tu" Misya merayu kepada mamanya .
"Apa lagi yang Misya nak tipu mama? " Datin Nura meninggikan suaranya.
"Ma Misha tak tipu mama"
Tanpa mempedulikan Misya , Datin Nura berdiri dan menolak Misya jauh dari kakinya.
"Malam ini malam terakhir mama lihat Misya . Esok Misya ikut suami Misya , jangan balik sini lagi! Misya bukan anak mama " itu lah kata-kata terakhir Datin Nura kepada anak tunggalnya. Datin Nura tak menghiraukan Misya yang sedang menangis di sofa ,Datin Nura terus menaiki tangga menuju ke biliknya

"Awak, ada jumpa Emely?" Soal Misya
"Saya dh try call Emely banyak kali tapi Emely Tak angkat, mungkin Emely masih marahkan saya" jawab Afirul.Dari riak wajah Afirul , Misya tahu Afirul benar-benar sayangkan Emely.
"Saya tak tahu apa yang berlaku malam tu awak.. saya .."
"Awak tak salah Misya, saya sendiri pun tak ingat apa yang berlaku" celah Afirul sambil duduk di tempat memandu. Entah mengapa melihat wajah Afirul buat Misya berasa tenang.

"Termenungkan apa tu,?" Suara Afirul menghentikan lamunan Misya. Afirul mendekati Misya di koridor
"Saya teringat mama.. awak" ujar Misha. Afirul mengengam tapak tangan Misya seakan memberi sebahagian kekuatan miliknya kepada Misya.
"Awak.. saya minta maaf, awak pun mesti rindu ayah dan ibu awak kan?" Tambah Misya sambil memandang kearah Afirul yang sedang memandang suasana sekeliling rumah.
Afirul menoleh pandangannya tepat ke wajah Misya. Afirul menganguk kecil mengiyakan pertanyaan daripada si isteri.
"Saya bersyukur sebab saya ada awak" kata-kata Afirul membuatkan Misya tersenyum.
"Saya suka kalau awak senyum" tambah Afirul sambil memeluk bahu Misya .
"Saya tak suka tengok awak selalu termenung dan sedih. Kita mula hidup baru. Terima kasih sebab awak selalu sokong saya sampai saya seperti sekarang" setiap ayat yang keluar dari mulut Afirul bagaikan ubat, Misya berasa tenang daripada perasaannya yang tadinya gundah - gulana.
"Eh, dah pukul barapa sekarang?" Tanya Misya sedikit mengejutkan Afirul.
Afirul menoleh ke belakang melihat jam yang tergantung di dinding .
"Pukul lima, kenapa?" jawap Afirul sambil menoleh memandang Misya.
"Saya dah lambat nak siapkan makan malam " jawap Misya sambil membelakangi Afirul bersedia untuk ke ruang dapur. Tiba-tiba Afirul memegang tapak tangan Misya membuatkan langkah Misya terhenti lalu menoleh ke arah Afirul yang sedang tersenyum padanya.
"Kenapa?" Soal Misya sambil menjungkit keningnya.
"Kita makan dekat luar je" jawap Afirul sambil tersenyum.
"Lupa , awak dah jadi boss sekarang!" Misya mengusik Afirul.
"Ya, saya dah berjaya buka bangkel sendiri sebab awak juga" tambah Afirul sambil tanganya cubit hujung hidung Misya yang mancung.
"Eam..saya haus lah, awak nak air apa-apa tak?" Tanya Misya .
"Boleh juga, air biasa" jawap Afirul sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada Misya.

'ya Allah terima kasih sebab jadikan Afirul suami ku' doa Misya dalam hati. Misya membawa segelas air sunquick ais kosong . Misya mendekati Afirul yang masih di koridor, Afirul sedang berbual di telifon bimbit. Wajah serious Afirul buat Misya tertanya-tanya pada dirinya 'dengan siapakah Afirul sedang berbual ?' . Misya meletakkan air sunquick kosong ais itu di meja kecil berdekatan koridor lalu Misya turut duduk di kerusi yang ada disebelah meja kecil tadi sambil memerhatikan gerak-geri dan wajah Afirul yang sedang berbual serious dengan seseorang.
Sepuluh minit kemudian barulah selesai perbualan Afirul di telifon.
"Siapa tu awak?" Tanya Misya ingin tahu. Afirul memasukkan telifon bimbitnya ke dalam poket seluarnya.
"Makan malam dekat luar tak jadi, saya tak balik malam ni"- balas Afirul masih dengan wajah serious sambil berlalu meninggalkan Misya. 'Apa yang berlaku? Afirul tak pernah seperti itu.' bisik hati .Misya mengangkat cawan berisi sunquick kosong ais yang tak di minum oleh Afirul dan menuju ke ruang dapur.
Walaupun Afirul sudah katakan bahawa Afirul tak balik rumah malam ini, Misya masih tetap menunggu Afirul pulang.
Misya melirik ke arah telifon bimbitnya tiada message daripada Afirul. Afirul tak pernah seperti ini sebelum ini, Afirul biasanya akan message Misya kalau Afirul balik lambat. Ikut hati nak je Misya message Afirul tanya apa yang terjadi, tapi Misya tahu Afirul tak suka diganggu kalau sedang kerja.Jam di telifon bimbit Misya menunjukkan sudah pukul tiga setengah pagi, Misya baring di atas tilam lembut itu sambil mengeliat kecil cuba memejamkan matanya.

" Hey Misya ! " sapa Nisa, sahabat Misya dan juga merupakan kawan sekerja Misya. Misya cuma membalas sapaan Nisa dengan segaris senyuman.
"Apa yang serious sangat muka ni?" Tambah Nisa sambil mendekati Misya yang sedang menaip sesuatu di computer ribanya.
"Kau ada masalah ke Misya?" Tanya Nisa apa bila melihat Misya tak menghiraukannya.
"Nisa , kau memang hebat! " Puji Misya
"kau baru tahu?" Balas Nisa cuba menghiburkan Misya.
"Em cerita dengan aku ,apa pula masalah kau kali ni?" tanya Nisa sambil duduk di kerusi depan meja kerja Misya.
"Afirul dah berubah" balas Misya. Terpancar rasa sedih daripada riak wajah Misya.
"Berubah? Berubah macam mana tu? Afirul dah bertukar jadi gorila ke? " Nisa mengusik.
"Nisa, Aku serious ni.." rajuk Misya sambil menyandarkan badannya ke kerusi kerjanya.
"Okay .. sorry ,em berubah macam mana maksud kau?" Nisa mula memulakan perbualan yang serious.
"Afirul macam nak menjauh daripada aku, Afirul lebih banyak berdiam.Kalau Aku tanya sesuatu, dia jawap sepatah dua je " jelas Misya
" Kau Ada buat apa-apa yang buat dia marah ke?" Tanya Nisa.
"Entah lah Nisa, aku tak tahu" jawap Misya.Jelas ada rasa kerisauan di hati Misya.
"Kau tak try tanya?" Saran Nisa.
"Dah, tapi dia cakap tak ada apa-apa. Aku dah buntu Nisa" Misya meluahkan kerisauannya.
"Emm kau cuba lah bagi hadiah ke buat makan malam yang romantik ke, mana tahu" Nisa memberi ideanya.
"Dah , tapi Afirul selalu busy. Hadiah yang aku bagi ,dia tak buka pun" cerita Misya.
"Em Tak lama tu, nanti okay lah si Afirul tu" pujuk Nisa apabila melihat muka bermasalah Misya.
"Dah sebulan lebih dah Nisa.. " tambah Misya.
"Sabar eh, em Aku lupa nak bagi tahu kau dekat office Kita ni ada staff baru" Nisa cuba mengubah topic perbualan sambil mengosok atas tapak tangan Misya.
"Lelaki tau, cute! Boleh jadi spare parts!" Usik Nisa apabila melihat Misya masih bersedih.
"Kau ingat dia barang ke?!" Balas Misya. Nisa berdiri sambil tersenyum mengusik,. Misya menarik nafas cuba menenangkan perasaannya.

Misya melirik ke cermin pandang belakang untuk memastikan make up dan tudungnya sebelum keluar daripada kereta. Misya berjalan menuju ke arah office miliknya yang sedikit jauh dari pintu utama bangunan tempat kerja Misya. Beberapa staff memandang kearah Misya dan berbisik sesama mereka.Sepanjang perjalanannya menuju ke office , Misya merasa ada sesuatu yang aneh dengan staff di tempat kerjanya.
"Amisya Diana anak Dato' Hamid " Misya menoleh kearah punca suara yang sangat Misya kenal itu. Nisa bersandar di jendela pintu office milik Misya, di tangan gadis itu ada beberapa kuntum bunga rose merah yang di hias indah.
"Ya cik Qanisa Amaliea" balas Misya sambil mengikut nada cara Nisa memanggilnya.
Nisa menghampiri meja kerja Misya dengan senyuman bahagia melihat Misya yang tak serabut seperti biasanya.
"Amboi, siapa yang bagi tu?" Usik Misya sambil memuncungkan bibirnya kearah bunga rose di tangan Nisa.
"Mana lah aku tahu! Ni bukan untuk aku" balas Nisa sambil meletakkan bunga tersebut ke atas meja kerja Misya.
"Kalau bukan kau punya kenapa bunga tu dekat tangan kau" tanya Misya bersahaja sambil melihat skrin computer ribanya.
"Bunga ni untuk kau ! " Jawap Nisa.
"Siapa pula buang tabiat yang nak bagi aku bunga macam tu!" Balas Misya sambil ketawa kecil.
"Nama kau tertulis dekat kad ni" terang Nisa sambil menghulurkan kad kecil itu kepada Misya.
"Siapa yang bagi?" Tanya Nisa ingin tahu apabila melihat Misya seperti sedang berfikir sesuatu setelah membaca isi kandungan kad tersebut.
"Tak tahu! Tak mungkin Afirul! Tapi siapa pula yang nak bagi aku bunga? " Misya membebel sendiri. Nisa menjungkit bahunya tanda tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience