BAB 2

Short Story Completed 216904

Current - MALAYSIA

TERATAK BONDA RIA
ESHA Aurellia yang sudah siap berdandan rapi di dalam kamar mandi mula membuka pintu dan dia langsung terkedu!

Mereka saling berbalas renungan sambil menalakan gerakan sepasang bebola mata dari atas ke bawah pada penampilan masing-masing.

"Damn it!" Esha Aurellia dan Jeffrey Athar menghamun serentak!

Masing-masing sudah merasa 'bengkek' di hati! Boleh pula pagi ini keduanya berpakaian warna rona sedondon untuk ke pejabat! Jeffrey Athar menyarungkan three piece Hugo Boss Full Suit berwarna Navy Blue, manakala Esha Aurellia pula menyarungkan Floral Lace Yoke Skater Dress separas lutut, yang juga berwarna Navy Blue!

"Kau tukar dress kau sekarang!" Jeffrey Athar sudah menjerkah keras.

"Apahal pula aku? Kaulah pergi tukar Full Suit kau!" Esha Aurellia juga membalas dengan jerkahan keras. 

"Aku yang sarung dulu Full Suit warna ni ke badan aku!" Jeffrey Athar tidak mahu mengalah.

"Excuse me! Aku yang bangun dulu tau dan bersiap dulu dalam bilik air! Kau tu yang masih terbongkang atas katil!" Esha Aurellia mahu mengalah dengan lelaki ini?  Oh tidak sama sekali!

"Apa pula?! Masa kau masuk bilik air aku dah bangun la pergi bilik sebelah dan mandi! Kau tu yang baru keluar dari bilik air... jadinya aku yang sarung Full Suit ni dulu!"

DUM...!

"Hoi!"

Esha Aurellia menghempas kuat pintu kamar beradu dan berlari-lari anak menuruni tangga. Tak ada faedah langsung mahu bertekak sebegitu rupa dengan jantan itu. Hanya kerana pakaian kerja mereka berdua sama warna rona, boleh pula bertekak macam apa entah! Buang 'karan' saja!

J.A ARCHITECTURE SDN BHD
Metallic Grey Sport Nissan Sedan berhenti penuh bergaya di hadapan perkarangan lobi utama bangunan syarikat.

"Selamat pagi Tuan Jeffrey." Sekuriti pos yang menjaga area luar perkarangan lobi mula menyapa hormat anak tunggal lelaki kepada pemilik syarikat ini.

"Pagi." Jeffrey Athar membalas ringkas lalu menyerahkan kunci kereta sport mewahnya kepada sekuriti tersebut untuk memarkir keretanya di tempat yang sebetulnya. Cuma hari ini sahaja dia mengarahkan kerana beliau perlu segera naik ke bilik pejabat Tuan CEO merangkap abahnya yang sedang menanti ketibaannya untuk bertemu dengan client yang cukup penting. 

Ini merupakan pertama kali dalam sejarah seorang lelaki yang bernama Jeffrey Athar, yang begitu menitik beratkan soal punctuality lewat tiba ke pejabat dan ini semua berpunca daripada perempuan murahan itu! Disebabkan insiden pagi tadi, begitu lama dia berteleku di dalam kamar beradu sama ada mahu menukar pakaian kerjanya ataupun tidak... dan akhirnya setelah setengah jam berteleku dan berfikir, dia membiarkan sahaja three piece Full Suit berona Navy Blue ini tersarung pada tubuh tinggi dan tegapnya! 

Hari ini beliau sedondon rona dengan betina itu!  Shit! Sakit hati aku!

TERANGKAT sebelah kening lebat Jeffrey Athar saat beliau diperkenalkan dengan client oleh abah.  Terangkat keningnya bukanlah sebab apa, cuma... client ini menyarungkan three piece Full Suit serona dengan warna three piece Full Suit-nya juga! 

Apa hari ini hari menyarung warna Navy Blue seduniakah?!  Jeffrey Athar menjeling abahnya yang berpakaian three piece Full Suit juga... tetapi berwarna kelabu.

"Sudah macam berpakat pula kamu berdua ni ya.  Sarung Full Suit warna yang sama." Tan Sri Jaafar Aziz tertawa kecil.

"Hanya kebetulan sahaja Tan Sri. Kebetulan warna ni memang warna kesukaan seseorang yang saya sayang dan kami sepakat mahu sedondon warna hari ini."

"Anak lelaki saya pula rasanya pakai baju warna ni mahu sedondon dengan isteri dia la kut." Tan Sri Jaafar Aziz terbayang susuk figura menantunya yang menyarungkan sepasang dress pagi ini... dan apabila melihat Jeffrey Athar melangkah masuk ke pejabatnya dan dilihat anak lelaki tunggalnya ini begitu tampan dan segak menyarungkan three piece Full Suit yang sama rona warnanya dengan dress yang dipakai oleh Esha Aurellia, maka melebarlah ukir senyum bahagia dia!

Ini petanda baik melihat perubahan sebegini di antara Jeffrey Athar dan juga Esha Aurellia.  Walaupun tampak remeh dengan hanya menilai melalui pemakaian rona warna yang sama, tetapi itu sudah cukup menggembirakan hati tuanya. Moga Allah mempermudahkan segalanya...

Jeffrey Athar hanya tersenyum namun di dalam hatinya sudah berbakul-bakul makian memaki Esha Aurellia!  Abahnya ingat dia dan betina itu sudah dalam fasa berbaik-baik ke?  Huh! Never!

"I'm Jeffrey Athar... the General Manager. Selamat datang ke J.A Architecture Sdn Bhd. Finally bertemu juga kami dengan wakil Meta Group yang melantik syarikat kami untuk membina struktur kondominium mewah berkonsep 3D yang pertama akan dibina di Malaysia."

"Nice to meet you Mr. Jeffrey. Ya, terima kasih juga kerana sudi bekerjasama dengan Meta Group dan hanya kebetulan saya berada di sini, jadinya my CEO seek for my help to monitor sepanjang projek ini berjalan tapi tak lama la... dalam empat bulan sahaja saya akan berada di sini."

"Oh, I thought you memang duduk di KL erm... Mr..."

"Faizal Rafiq. Nope. I duduk di London.  I had something here to settle with my loved one."

"Kahwin? Wah! Congratulations to you. Majlis nanti jangan lupa jemput I."

"Will do Mr. Jeffrey." Faizal Rafiq hanya tersenyum mengiakan.  Tidak perlulah beliau bercerita secara terperinci kepada lelaki tampan dan segak di hadapannya ini. 

VIGG BUZZ EDITOR
BAM...!

Masing-masing sudah terkulat-kulat!

"Tell me... edisi majalah yang kita keluarkan ini berkonsepkan apa?  Give me an answer each one of you!" Esha Aurellia sudah mula berwajah serius.  Dapat dirasakan keseluruhan tubuhnya sedikit mengigil mengawal emosi yang pelbagai yang mula berperang di dalam diri.

"Miss Esha, topik utama yang kita mahu masukkan ke dalam majalah keluaran edisi bulanan June/July ada berkaitan dengan konsep majalah di bawah naungan Vigg Buzz." Cassie mula bersuara.

Esha Aurellia hanya diam dan apabila Cassie melihat Ketua Editor dari cawangan London itu bereaksi sebegitu, dia mula kecut perut bertingkah dengan rasa yang sedikit pelik. Bukan dia sahaja merasa begitu, yang lain juga merasakan benda yang sama. Tidak mengerti mengapa topik yang mahu diketengahkan di dalam majalah untuk edisi keluaran bulan hadapan membuatkan wanita cantik ini tiba-tiba sahaja menjadi baran!

Cassie berdehem buat seketika sebelum menyambung ulasan dalam memperjelaskan tentang isu yang sedang mereka bincangkan ini.

"Miss Esha, topik yang kita ketengahkan ini ada kaitan dengan konsep di bawah slot 'Harmony'.  Lagipun cover depan majalah ini merupakan pasangan suami dan isteri daripada latar belakang yang kedua-duanya berprofil usahawan yang cukup berjaya dan terkenal di Malaysia dan kebanyakannya ramai yang tahu sejarah bagaimana pasangan ini bersatu."

"Fine!  Just proceed." Esha Aurellia menurunkan tandatangannya tanda memberi kelulusan lalu beliau bangkit dan mula mengatur langkah meninggalkan mereka yang berada di bilik mesyuarat, yang sudah melepaskan keluhan penuh kelegaan.

ESHA Aurellia bersila di hadapan cermin panjang yang terletak di satu sudut di dalam ruang pejabatnya. Pintu pejabatnya dikunci, lampu pula ditutup. Hanya bertemankan cahaya lilin ber-aroma bauan lily rose yang sudah memenuhi segenap ruang pejabatnya.

Perlahan-lahan Esha Aurellia menanggalkan dress yang tersarung pada tubuh... hanya separuh sahaja dibuka...

'Jodoh pilihan keluarga membawa berkat... bercinta selepas nikah terasa nikmat...'

Topik yang akan dikeluarkan storyline untuk edisi keluaran majalah Vigg Buzz di bulan hadapan.

Dia mula memejamkan mata... mengimbas kembali diri seorang insan yang bernama 'Esha Aurellia binti Abdul Fattah' yang dahulu...

Mellbie ISR
22/9/2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience