PROLOG

Short Story Completed 216918

MALAYSIA

TING!

Dibetulkan seketika kaca mata hitam sebelum melangkah keluar dari perut lif hospital dengan orak langkah penuh bergaya. Ritma derapan bunyi tapak stiletto bertumit runcing cukup 'angkuh' kedengaran menghentak lantai marmar lalu membuatkan beberapa orang manusia yang sedang duduk menunggu di ruangan wad VVIP mula tertoleh. Mahu melihat siapakah gerangan figura yang sedang menapak langkah menghampiri...

Dia hanya bereaksi biasa dengan riak wajah yang cukup angkuh bersahaja dipamerkan tanpa bentuk senyuman diberikan. Berlindung di sebalik kaca mata hitam yang dipakai, ekor matanya mengerling sinis melihat kepelbagaian reaksi tingkah yang dipersembahkan oleh beberapa manusia yang berada di ruangan menunggu pesakit... yang melopong terkedu, yang sebak sehingga terbias genang air mata di celahan tubir mata, yang menyinis, yang menyinga berapi... kesemuanya langsung diendahkan!

"Esha Aurellia..."

Bukannya dia tidak mendengar sebaris namanya diseru perlahan tetapi apakah reaksi seorang wanita yang bernama Esha Aurellia itu?  Tetap tiada reaksi diberikan! Hanya meneruskan langkah yang angkuh menuju ke arah pintu wad VVIP yang menempatkan seseorang yang sedang terlantar sakit.

Pintu wad VVIP mula dibuka lalu...

"HONEY..."

Esha Aurellia tersentak daripada lamunan yang panjang saat merasakan ada tangan yang mengenggam telapak tangannya dengan penuh kelembutan.

"Kenapa you berhentikan kereta ke tepi dear?" Esha Aurellia mula termangu-mangu.

"Esha honey, I panggil you banyak kali tadi tapi you diam saja. Are you okey sayang?"

Esha Aurellia hanya menarik senafas panjang sahaja...

"Ada sesuatu yang berlaku ke tadi sewaktu you melawat Nenda Ria di hospital?"

Esha Aurellia merenung tunak seraut wajah segak kekasih hatinya.

"Faizal dear, do you love me?" Esha Aurellia mula bertanya.

"Of course I sayang dan cintakan you Esha. Ada sesuatu yang you mahu bagitahu I ke honey?" Faizal Rafiq mula mengukir senyuman walaupun hatinya sudah panasaran! Sepertinya 'sesuatu' yang bakal meluncur daripada bicara kekasih hatinya ini, beliau dapat merasakan yang 'sesuatu' itu bukanlah perkhabaran yang indah mahu didengar. Mungkinkah...

"Boleh you bagi I tempoh dalam masa empat bulan dear?"

"Maksud you... oh gosh Esha!  You buat I berdebar-debar. Tell me honey, apa sebenarnya yang terjadi masa you melawat Nenda Ria tadi di hospital?" Faizal Rafiq sudah berkalih sisi tubuhnya menghadap Esha Aurellia yang sedang membuang renung ke hadapan.  Telapak tangan wanita itu dielus lembut lalu dibawa ke atas ribanya...

"Nenda Ria... perempuan tua tu ada lagi empat bulan sahaja jangka hayat untuk hidup... kanser serviks stage three and soon to be move to stage four... dan perempuan tua tu minta I tunaikan sesuatu sebelum dia mati..."

Faizal Rafiq hanya merenung bibir mungil kekasih hatinya itu yang sedang terbentuk senyuman bertinggung penuh kesinisan. Dia tahu yang Esha Aurellia sangat membenci Nenda Ria tetapi di atas dasar kemanusiaan tanpa ada perasaan simpati mahupun empati, wanita ini tetap juga melawat wanita tua itu di hospital setelah beberapa kali private investigator yang diupah oleh Nenda Ria melalui pembantu peribadi wanita tua itu merayu mahu bersemuka dengan kekasih hatinya ini.

"Tunaikan apa honey?" Faizal Rafiq sudah mengenggam erat telapak tangan Esha Aurellia.

"I just need four months only Faizal... just only for four months... or perhaps maybe less... it depends..." Esha Aurellia membalas genggaman tangan kekasih hatinya itu.

"Apa dia Esha Aurellia?  Apa yang Nenda Ria minta you tunaikan tu?"

Esha Aurellia kembali menarik senafas panjang...

"Perempuan tua tu minta I rujuk semula dengan bekas suami I sebelum dia mati..."

Mellbie ISR
21/9/2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience