bab 1 ~ hanya mimpi

Romance Series 4726

“Dalia Sofea...,” suara sayu seorang lelaki memanggil diriku dari belakang.

“Fa..Farhan?” aku lantas mengerutkan dahi. Azril Farhan? Apa dia buat dekat sini?

“Apa lagi kau nak Farhan?” soalku. Sungguh aku benci lelaki itu. Amarah di dalam hatiku bercampur-baur. Aku sudah tawar hati dengan lelaki ini!

“Tak cukup dah kau kecewakan aku berkali-kali dulu?” sambungku. Aku menatap muka lelaki berkulit hitam manis itu. Anak matanya aku tatap. Mata yang penuh harapan. Berharap agar peluang diberikan lagi.

Namun aku sudah penat. Aku benar-benar bencikan dia!

“Maafkan aku Sofea..aku tahu aku salah! Aku sakitkan hati kau. Aku buat semua benda ikut hati aku! kenapa kau tak pernah bagitahu aku yang kau ada perasaan pada aku?” Farhan melutut dihadapanku. Tanganku dipegang erat. Jauh di lubuk hati,aku masih sayangkan dia. Biarpun sedikit..

“Kalau aku bagitahu kau pun,kau masih tetap sakitkan hati aku kan? Kau tetap akan bagi aku kecewa kan?” aku cuba untuk meninggikan egoku. Buat apa aku kasihankan lelaki yang sudah buat aku tawar hati? buang masa.

“Sofea...maafkan aku..aku baru tahu yang kau dah lama simpan perasaan dekat aku. Maafkan aku. Kali ini saja bagi aku peluang untuk perbetulkan semuanya..kau kawan paling rapat aku ada dan hanya kau memahami aku. Tolonglah aku Sofea,” air mata lelaki itu jatuh. Sungguh aku kasihankan dia. Tapi takkanlah aku mahu biarkan dia sakitkan hati aku lagi?

Erghhh ! Aku buntu !

Aku perlahan-lahan menarik tangan lelaki itu. Aku tidak sekejam manusia lain. Biarlah dia sakitkan hati aku beribu kali pun. Aku tetap akan bersama dia. Walaupun sebagai seorang kawan. Aku tak kisah. Aku bukan mahu jadi lebih daripada seorang kawan tetapi aku mahu lebih dihargai.

“Kau boleh janji kau akan jaga perasaan aku?” Soalku. Air mata lelaki itu aku kesat. Tak mahu aku tengok dia menangis lagi. Aku kembali menatap mata itu. Mata yang tiba-tiba kembali bersinar.

“Aku janji! Demi kau aku janji aku jaga perasaan kau dan aku takkan buat lagi semua benda bodoh tu!” Janjinya.

“Kalau tak boleh tunaikan jangan janji,Farhan.”

“Kau tak percayakan aku ? Sofea tolonglah aku nak berubah..lepas Fina ceritakan semua pasal kau dekat aku,aku sedar aku banyak buat salah dengan kau. Jadi kali ini,maafkan aku?” Farhan kembali gelisah. Mungkin takut jika aku tak terima maafnya?

“Aku percayakan kau sejak kita jumpa dulu lagi. Tapi kau masih buat aku kecewa. Kau tak faham perasaan aku,” aku sengaja membuat Farhan semakin gelisah.

Farhan menatap wajahku. Dari riak wajahnya aku tahu. Dia betul-betul mahu di maafkan.

“Sofea...”
“Aku..”
“Sayangkan kau..”

“SOFEAAAAAA!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience