bab 2 ~ terlalu rindu

Romance Series 4726

“Kau tak reti nak bangun ke hah?!” Nureen Irfina tiba-tiba memekik tepat di telingaku.

“Kau dah kenapa Fina? Nak memekik tepi telinga aku. Aku nak mimpi pun kacau!”

“Eh jap..mimpi?”

“AKU MIMPI AJE KE?!”

Aku menampar pipiku. Realiti atau Mimpi? Aku masih tidak percaya.

“Kau mimpi apa hah sampai kau lompat ke katil aku?” Soal Fina.

“Hmmm..nothinglah,” mahu saja aku menangis sekarang. Mengapa hanya sekadar mimpi?

“Aku tau lah kau mimpi apa..” Aku memandang Fina. Dia tahu?

“Pasal Han lah tu...”
Aku menutup mata untuk beberapa tika. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

“Sudah-sudahlah fikir pasal dia. Dia takkan cari kau balik.” Fina menepuk bahuku.

“Tapi aku rindukan dia..”

“Kau mimpi apa pasal dia tadi?” Tanya Fina.

“Aku mimpi dia merayu dekat aku,nak minta maaf bagai.” Ujarku. Kenapalah hanya mimpi? Kalau realiti tak boleh ke?

“Hebatlah dia kalau nak datang minta maaf merayu bagai.” Sindir Fina.

“Tapi aku yang tinggalkan dia , Fina..” aku tertunduk.

“Kau tinggalkan dia sebab dia buat benda bodoh. Janganlah kau terjebak jadi bodoh sebab cinta macam dia..” Tanganku dipegang.

“Aku tahu Han baik sangat dengan kau dulu. Dia jaga kau. Tapi tu dulu Pea...Dia dah tak kisahkan kau Pea..kau kena move on. Dia sibuk dengan kebahagiaan dia. Jadi kau janganlah sibuk dengan kesedihan pulak,” sambungnya.

“Dua tahun lebih dah dia tak cari kau balik. Kalau dia sayangkan kau at least sebagai kawan pun mesti dia cari kau.”

“Hmm sudahlah Fina. Aku tak mahulah ungkit kisah lama. Aku cuba untuk move on okay?” Aku mengukir senyuman. Walaupun hanya senyuman palsu. Aku betul-betul rindukan dia. Sudah dua tahun aku tinggalkan dia. Tapi itulah,tak pernah dia faham perasaan aku. Aku aje yang faham dia..

“Macam ni lah Pea yang aku sayang! Dah lah pergi mandi. Aku tak masak tau. Jadi kita kena keluar for food hunting..” Fina bangun daripada katil.

“Baik boss!” Aku bergegas ke bilik air.

.

Blaus berlengan panjang dikenakan dengan skinny jeans berona biru kehitaman.

Rambutku dilepaskan. Malas diikat. Sling bag berona dusty pink melengkapkan ootd aku hari ini. Lip matte nude aku colek.

“Aku dah siap..” aku perlahan-lahan meniti anak tangga.

“kejap...”

“Betul ke ni Pea?” Fina menggaru tudungnya. Entah macam mana boleh gatal kat tudung.

“Dah tu takkan Ariana Grande? Takpun Kylie Jenner?” Perliku.

“Kau nampak lagi lawa daripada Ariana Grande dengan Kylie Jenner! Kau betul-betul nampak lain harini Pea!” Bahuku dipegang. Apa yang lawanya? Aku pakai lip matte aje kot!

“Mana ada! Ish kau ni. Simple aje kot aku pakai. Lagipun kau tu lagi lawa.” Aku tertawa. Entah kenapalah dengan si Fina ni.

“Kalaulah Han tengok kau lawa macam ni kan Pea,comfirm daripada kawan baik terus jadi isteri dia!” Fina membalas perliku. Ish dia ni. Time aku lupakan Farhan time tulah dia mahu ingatkan.

“Hmm kau ni. Tolong jangan buat aku semakin teringatkan dia boleh tak?”

“Sorry...tak sengaja. Dahlah, daripada kita start bermasam muka baik kita keluar,cari makan. Get fat together okay!” Aku mengiyakan saja apa yang dikatakan oleh Fina.

Aku masih terkenang muka Farhan. Mata berona perang kehitaman yang berjaya buat aku jatuh cinta. Senyuman manis bersama lesung pipit. Kening yang bila marah terus macam helang. Tinggi lebih kurang 3 inci dari aku. Ergh! Aku tak boleh lupakan dia!

Teringat masa di bangku sekolah. Masa pertama kali aku kenal dia. Aku tingkatan dua dan dia tingkatan lima. Macam mana entah dia boleh jadi kawan kepada abang aku lepastu terus jadi kawan baik aku. Dia juga merupakan cikgu matematik tambahan aku. Paling seram tengok dia marahkan aku dengan kening helang dia tu! Rasa nak tercabut aje nyawa ni.

Sememangnya aku rindu dia. Aku masih tertanya-tanya mengapa mimpi tadi tidak menjadi kenyataan? Kalaulah Fina tak kejutkan aku masa dia kata dia sayang aku kan bagus!

berangan ajelah kau Sofea...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience