Rate

Bab 1

Family Series 3461

  Petang itu , hujan lebat semakin membasahi bumi.Aizura menatap gambar ayah dan ibunya.Pagi tadi,arwah ayah dan ibunya telah selamat dikebumikan.Matanya kelihatan sembab kerana menangisi pemergian kedua ibu bapanya.
  "Adik..."panggil abangnya,Fattah Asrey."Adik janganlah menangis lagi.Kita kena tabah menghadapi semua ini.Doakan arwah ibu dan ayah tenang di sana".Fattah melabuhkan punggungnya di sisi adiknya lalu mengusap lembut bahu adiknya.
  Sesunguhnya dia juga berasa sedih dengan tragedi yang menimpa keluarganya.Dia berasa sangat menyesal kerana membiarkan ayahnya memandu kereta menjemput ibunya dari kedai.Jika dia yang menjemput ibunya mungkin kejadian kemalangan tidak akan berlaku.Tetapi takdir Illahi tiada siapa yang dapat menghalangnya.Dia perlu kuat untuk menghadapi semua ini demi adiknya.
  "Adik hanya ada abang seorang lagi.Boleh tak abang janji takkan tinggalkan adik ? soal Aizura tersekat-sekat.
  "Abang janji takkan tinggalkan adik.Tapi adik kena janji yang adik kena kuat dan tabah.Kita akan harungi semua ini bersama-sama"pinta abangnya.
  "Adik janji,abang"janji Aizura sambil mengesat air matanya.Hari ini dan akan datang dia berjanji akan mendengar nasihat dari abangnya.Dia akan meneruskan hidupnya tanpa kedua ibu bapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience