Rate

Bab 3

Family Series 3461

   "Eh Aiz,kau dengar tak tentang mamat hensem yang jadi perhatian gadis kat kolej kita ni sekarang ?" Kata Mia separuh berbisik kerana mereka sekarang berada di dalam perpustakaan .
     Aizura memandang sekilas wajah Mia dan mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu menahu tentang hal yang diceritakan oleh rakan karibnya itu. Tangannya ligat menyambung menyalin nota .
   "Dahlah menyalin nota tu Aiz . Kau sambung la nanti masa kuliah . Dengar dulu aku nak cakap pasal mamat hensem tuu . Kalau la aku jadi girlfriend dia mesti kau cemburu punya "kata Mia sambil menggigit jarinya .
   "Amboii .. sebab tu la aku bawa kau kat sini . Aku nak salin nota dari mana lagi ? Semua buku rujukan ada kat sini je.Eh,pasal mamat tu pulak apasal aku nak cemburu dengan kau sedangkan aku tak pernah jumpa . Susah juga kau ni kalau dah angau . Dah susun semua buku and kita hantar ke rak buku . Kejap lagi kita ada kuliah kan ?"Kata Aizura sambil menyusun buku yang berselerak di atas meja.
  " Okey . Ada lima minit lagi . Jom la " kata Mia . Setelah siap menyusun kembali buku di rak mereka pun jalan beriringan menuju ke kelas kuliah mereka.
  Aizura merasakan kuliah pada hari ini terasa sangat cepat . Mia telah pulang ke rumahnya kerana dijemput oleh ayahnya . Selalunya mereka akan menaiki bas untuk pulang ke rumah . Aizura memandang jam di tangannya . Jam menunjukkan pukul 3.20 petang . Dia cuba mendail nombor abangnya namun tidak dapat membuat panggilan kerana telah kehabisan kredit . Dia memandang sekeliling untuk mencari jika masih ada orang . Dia ingin meminjam telefon untuk membuat panggilan .
   "Assalamualaikum awak . Boleh saya pinjam telefon sekejap ? Err .. Saya nak telefon abang saya " kata Aiz dengan penuh harapan .
  Lelaki itu menoleh . "Waalaikumsalam .. boleh kejap ye " jawap lelaki itu. Oh My God hensemnye dia jerit Aizura dalam hati . Dia menggigit bibirnya untuk mengawal dirinya agar tidak berkelakuan seperti kebudak-budakkan . Lelaki itu menghulurkan telefonya sambil tersenyum menampakkan kedua-dua pipinya mempunyai lesung pipit .
  "Terima kasih .. kejap yee " kata Aizura sambil tersenyum .Setelah dia membuat panggilan dia pun menyerahkan semula telefon itu . "Terima kasih awak .. Saya minta maaf sebab susahkan awak jer " kata Aizura dengan sopan . "Eh takpe
. It's okay " kata lelaki itu .
  "Boleh saya tahu nama awak ?"kata Aizura . "Eh,lupa pula . Nama saya Hafiq Sazmi . Panggil Afiq je . Awak pula ?" katanya dengan ramah . "Oh.Nama saya Aizura Nor Azzhara . Panggil Aiz je " kata Aizura .
   Aizura meminta diri kerana abangnya telah sampai untuk menjemputnya .
  
  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience