-2- Boleh Nur pinjam ayah dia?

Drama Series 601

"yeay..esok raya.malam ji mesti ramai sepupu nur yang balik kerumah nenek.kalau sebelum ni rumah nenek ni meriah.malam ni mesti lagi meriah." helagat Nur yang menceritakan kegembiraannya pagi Ramadhan 30 itu memecah suasana.Kelihatan mama Nur sibuk mengemas pakaian yang baru sahaja dibeli tadi.
"Ya.malam ni boleh main bunga api.mama dah belikan sekotak untuk Nur.tapi jangan sampai kena baju.nanti koyak." Alangkah gembiranya hati anak kecil seperti Nur bila disua pula dengan bunga api.Permainan wajib untuk anak-anak bahkan orang dewasa setiap kali raya.Bagai mengantuk disorong bantal.Gembiranya Nur bukan kepalang.
"Assalamualaikum.." Kedengaran suara yang mereka kenali dari luar rumah.Nur bingkas keluar dari bilik berlari kearah anak tangga yang menghubungkan pintu utama dibahagian tengah rumah dan dapur.Dalam hatinya berbunga bila anak matanya menangkap susuk tubuh yang dinanti-nantikan.
"Tasha !!! jerit Nur.Sepupu yang paling rapat sejak dari Nur kecil tiba awal dirumah nenek pada hari itu.Sudah terbayang permainan apa yang akan mereka terokai sebentar lagi.Susuk tubuh tinggi lampai dan segak,Pakcik Hasin memasuki pintu utama.Nur mengambil tangan pakcik Hasin untuk bersalam.Seperti biasa,acapkali Nir bersalaman dengan pakcik-pakcik.Pasti akan timbul rasa hangat kasih sayang.Tika itu,Nur belum mengenali perbezaan dirinya dengan yang lain.Ya.Nur terlalu muda untuk merasai wujudnya perbezaan diri berbanding sepupunya yang lain ketika itu.
Suasana mulai gamat.dapur nenek sudah mula riuh dengan celoteh makcik pakcik yang datang satu persatu untuk bergotong-royong menyiapkan juadah pagi syawal esok.Anak-anak kecil pula sibuk berlari-lari keriangan seperti tiada rasa penat.cukup meriah teratak kayu nenek hari itu sehinggalah menjelang maghrib.semua duduk bersila diruang tamu untuk beriftar bersama.bila 10 orang anak nenek berkampung sekali.Memang pelbagai cerita terhidang.bukan setakat juadah sahaja.
Sampailah satu ketika,saat berbuka puasa.Nur memandang sekeliling.Semua ada mak dan ayah.mereka dihulurkan kuih,disuapkan air oleh ayah mereka.Tapi,kenapa Nur tak ada? bisik hati kecil Nur.
"Tak apalah..nanti lepas main bunga api.Nur tanya mama." Getus hati Nur.Selesai sahaja berbuka.Maka bermulalah misi terbesar mereka hari itu.Main bunga api dan pasang panjut.puas Nur bermain malam itu.Berpeluh-peluh baju kurung yang dipakai.Memang sejak kecil lagi.Nur diasuh untuk berbaju kurung setiap malam.Jadi dengan pakaian itu,Nur sudah terbiasa.
Habis sudah bunga api ditangan.Nur mengajak Tasha masuk kedalam rumah untuk menonton tv.ketika Nur melangkah masuk.kelihatan mama di meja duduk seorang sambil diperhatikan makcik pakcik yang lain.Wajah mama nampak sedih.Nur seperti terkaku.seakan keadaan ketika itu tegang.
Tiba-tiba mama memanggil Nur.Nur mengatur langkah kearah mama.lalu mama dakap.Mama bingkas bangun dan memimpin Nur masuk kebilik.Nur hanya menurut.Didalam bilik,mama menangis teresak-esak keseorangan.Nur masih tidak faham apa yang jadi.Yang hanya mampu Nur lakukan ialah mengusap air mata mama dengan tangan kecil Nur.Ya.Nur tak faham apa yang terjadi.Tapi Nur tahu mama sedih.
Mama mendakap erat tubuh kecil Nur malam itu.Dakapan itu seolah menceritakan sesuatu yang mama tidak mampu ungkapkan pada Nur ketika itu.Mama minta Nur tidur.Katanya esok raya.kena bangun awal.Dengar sahaja perkataan raya.Nur terus naik ke atas katil dan tidur.Sudah terbayang agenda 'kutip duit raya' keesokan paginya pula.Malam itu Nur ditemani mimpi yang indah.Terlupa sudah perkara yang ingin ditanyakan pada mama sewaktu berbuka tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience