Series
601
"Sudahlah ayahnya tinggalkan dari kecik.kesian budak ni." Cik Semah Bawang,jiran yang menetap di kampung datang ziarah.Itulah rutin orang kampung nenas.Ukhwah dan ikatan silaturrahimnya sungguh kuat.Seorang yang sakit dihujung kampung.Orang dipintu gerbang kampung pun tahu.
"Nak buat macam mana cik.jodoh tak panjang.Biarlah dia pergi.Aku boleh hidup sendiri besarkan anak ni." Mama mematikan perbualan sebelum meleret panjang.Bukan mudah setiap ulasan dan pandangan orang nak ditepis.Adakalanya mama terpaksa mengumpul kekuatan dahulu sebelum hadir kemana-mana majlis keramaian.Bukan apa,kadang-kadang.soalan dan kata-kata yang hadir dari orang lain sangat menyakitkan.
Tiada perempuan mahupun pasangan yang berkahwin mahukan apatah lagi mengimpikan penceraian.Semua pasti menginginkan sebuah rumah tangga yang Sakinah,Mawaddah dan memiliki Rahmah dalam rumh tangga masing-masing.Menjejakkan kaki ke jannah adalah cita-cita bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin.
Namun apa saja yang dirancang oleh manusia,hanya Allah S.W.T yang menentukan.kerana sebaik-baik perancangan manusia.Lebih baik lagi rancangan Allah S.W.T buat kita.Usah pertikaikan bagaimana,bila dan mengapa ia terjadi.Allah S.W.T lebih mengetahui akan setiap apa yang terjadi tidak kira hari ini,esok atau lusa.Itu dinamakan Qada dan Qadar.Tidak terlewat seminit,tidak terawal sesaat.
"Takpelah Lyn.Acik balik dulu.Lyn jaga diri ya.Ada masa,Insya-Allah Acik datang lagi." Makcik Semah menghulurkan tangan berjabat salam.Masih kuat peribadi kemelayuan kami.Rata-rata penghuni di Kg Nenas ini kebanyakannya berdarah jawa.Bahasa dan budaya hampir sama dengan orang melayu.Cuma bahasa gunaan kami agak berbeza.Itu yang membuatkan orang jawa bahkan anak jawa ini istimewa.
"Ya cik.terima kasih datang." Salam Makcik Semah mama sambut erat.
Share this novel