Setelah hampir 30 minits di berteleku di ruangan dapur itu, Syed Arman bangun dengan jiwa yang kasar. Selama 30 minit itu dia cuba meningati semula apa yang terjadi.
Dia sampai ke rumah agam ini dengan grab bersendirian pagi tadi.
Selepas dia bangun daripada koma 6 tahun dulu, ini kali pertama dia datang ke rumah ini, dan Ameena telah memberi peta lantai kepadanya. Dia sangat kepenatan kerana perjalanan yang jauh daripada Kuala Lumpur dan rehat yang tidak cukup kerana memilirkan Nurlisa, sudahnya dia tertidur di sofa di ruang tamu yang besar itu.
Apabila dia terjaga, dia melihat Sharifah Sakinah yang berpakaian sangat seksi sedang mengomolinya, mencium bibirnya dan didalam separuh sedar itu, dia seperti mengikut sahaja perbuatan Sharifah Sakinah.
Dia berjaya menolak Sharifah Sakinah apabila teleponnya berbunyi dan adiknya menelefon untuk memberitahu tentang gambar photoshoot sudah siap dan dia boleh access from google drive untuk memilih gambar yang cantik.
Sedang dia didapur untuk meminum air, sekali lagi Sharifah Sakinah mendekatinya. Dia melihat Sharifah Sakinah seolah punya agenda lain apabila menyentuhnya.
Dia hairan bagaiman kelibat Sharifah Sakinah boleh berada di sini, di rumah ini, walhal dia tidak sempat untuk memberitahu tentang perjalanannya di ke Arau, tetapi Sharifah Sakinah tahu kesemuanya.
Selepas habis bercakap dengan adiknya, dia berkira kira untuk memujuk Sharifah Sakinah untuk balik sebelum esok. Dia perlu membuktikan tahap profeisonalnya di hadapan Syed Awaludin dan Syed Adam.
Dia harus meletak soal Sharifah Sakinah ke tepi. Untuk kali ini, dia harus memahamkan Nurlisa apa yang terjerat di dalam hatinya.
Tetapi kenapa kali ini kalah dengan pandangan mata Sharifah Sakinah, apabila Sharifah Sakinah memandangnya, dia seolah olah dipukau dan reflection kepada sentuhan Sharifah Sakinah itu sangat luar biasa.
Jiwa Syed Arman Kembali tidak keruan, seolah olah roller coster yang membuatkan dia ingin menjerit.
Apa yang aku buat ni?
Dia memegang kepalanya dan meramas rambutnya kasar. Dia memandang Sharifah Sakinah seperti ingin menelan.
Dia memandang Sharifah Sakinah dengan pandangan yang penuh benci, dia sangat meluat dengan semua berkenaan Sharifah Sakinah.
“Abang, apabila kita di dalam situasi yang sukar, bacakan Al-Fatihah atau surah pendek, bacakan dengan perlahan, tetapi biar telinga kita boleh mendengar. Kalau tidak, bukakkan di TV and handphone, biar ayat ayat AlQuran berkumandang, supaya kita akan rasa malu dengan perbuatan kita untuk bertindak yang bukan bukan. Abang akan rasa tenang selepas itu”
Syed Arman seperti melihat Nurlisa di dapur itu, dan menuturkan nasihat itu. Tetapi dia pasti Nurlisa telah pergi.
Syed Arman kehairanan, kenapa dia seperti nampak Nurlisa memakai apron dan memandang penuh cinta kepadanya.
“Allahuakbar, apa dah jadi dengan aku ni?,” Syed Arman bangun daripada berteleku itu dan mencapai teleponnya yang terletak di sebelahnya.
Dengan pantas dia click ke apple music dan mula memilih surah Yassin dan dalam beberapa saat, bacaan Yassin kedengaran jelas di ruangan dapur itu.
Sharifah Sakinah mengundur sedikit daripada Syed Arman, sedari tadi Sharifah Sakinah tidak bersuara, dia hanya mendiamkan diri.
“Kinah, I minta maaf untuk apa yang I buat kat you tadi. I tak sengaja, I tak tahu apa yang jadi kat I, I’m sorry. I tak masukkan nak rendahkan maruah you macam tu,” Syed Arman harus menuturkan begitu kerana Sharifah Sakinah juga perempuan yang dia tidak boleh sewenangnya meragut kepunyaan dia.
Sharifah Sakinah masih tidak bersuara, dia hanya melihat perilaku Syed Arman.
“Luckily dia datang, if not I tak tahu apa yang I akan buat kat you tadi. I tak tahu syaitan mana yang hasut I,” Syed Arman berkata perlahan, dia dapat menangani jiwanya yang resah, dia dapat merendahkan sedikit suaranya, tidak mengikut jiwa barannya mengarahkan dia untuk menjerit.
Syed Arman berhenti bersuara, dia masih berfikir kenapa Sharifah Sakinah ada di sini.
“Kinah, I nak tanya, kenapa you asyik nak melekat dengan i?,” Syed Arman memandang Sharifah Sakinah yang seperti patung cendana, terpacak tegap dan berdiri jauh daripadanya.
“Kinah, let me remind you again and again. Our initial plan will not change. Its stated in our agreement kan? and what are you doing here?” Syed Arman masih cuba control suaranya, dia tidak mahu Sharifah Sakinah trigger dan akan memberi impact kepada orang sekelilingnya.
“I tanya you ni, apa you buat kat sini?,” pertanyaan kali ke dua lebih keras, kerana dia melihat Sharifah Sakinah berwajah selamba, tiada reaction daripadanya.
“How to get details of my travelling, kalau tak silap I only Ameena dan Teha yang tahu I bergerak malam tadi. How you know?,” suara barannya kembali lagi, lehernya tegang kerana menahan perasaan marah kepada Sharifah Sakinah
“You nak terpacak kat situ atau you nak I ulang soalan I tadi?,” Syed Arman bangun dan membuka pintu dapur itu. Dia tidak tahu kena kakinya melangkah ke pintu itu.
‘Sudah pasti Nurlisa akan pergi jauh, tak mungkin dia akan menunggu di sini. Dia nampak dan dia akan percaya apa yang dia nampak’
Syed Arman berkata di dalam hatinya.
“Dengar ini Kinah, kalau you nak I teruskan apa yang kita plan, you tolong jawab apa yang I tanya, you jangan buat I macam orang bodoh kat sini,” Syed Arman mencapai satu mug yang terletak di atas cabinet itu dan membaling ke dinding.
Dia tidak dapat bertahan lagi, dia perlu melepas amarahnya, kerana otaknya mengarahkan dia untuk menumbuk muka Sharifah Sakinah.
Dengan itu, beberapa kali dia beristifar, telinganya masih mendengar alunan surah Yassin itu.
Sharifah Sakinah sedikit tersentak mendengar bunyi balingan mug itu. Dia masih terpacak disitu tapi suaranya mula masuk di dalam gelombang bunyi di dapur itu.
“I letak recorder kat bilik tidur you. Semalam I dapat dengar you cakap dengan Teha. Masa itu I ada kat bilik Umi. Umi ask me to follow you and I datang guna flight early morning and sampai sini guna grab. Masa I sampai you tengah tidur and Jaga kat depan tu kasi I masuk,”
Pertama kali Syed Arman mendengar suara Sharifah Sakinah mengigil, suara gigil itu terdengar jelas.
“Untung you dapat cakap dengan umi, selama dia sakit, I tak pernah dapat bercakap dengan dia. Tapi umi kasi you wrong guidance, sepatutnya you tak boleh kacau I masa I tengah kerja, sebab relationship kita based on your action. I harap you masih ingat apa I boleh buat kalau action you akan menyakitkan Nurlisa and you kena ingat you agreed untuk tidak menyentuh Nurlisa secara mentally and physically,” suara Syed Arman kembali kendur, menyebut nama Nurlisa sangat menyakitkan.
“I anything happen to her, because of today story, our agreement not longer valid and please out from here, this is my nenda house and you do not supposed to be here. This is not umi house and this house nothing to do with umi at all,” Syed Arman melangkah ke ruang tamu dan mencapai jacketnya di sofa itu.
Dia tidak mahu berkasar dengan Sharifah Sakinah, tetapi dia tiada pilihan.
“I tak nak dengar any word from you, but I nak you keluar from my nenda house now. You balik lah sementara I masih baik. I tak nak you tengok I jadi monster. You boleh report kat umi on what happened today. Jangan lupa cerita sekali you terjah rumah Nenda jugak, and you tanya Umi, kenapa umi tak boleh jejak kaki here. And lepas you dapat all the cerita, you boleh call me balik if you still have question,” Syed Arman terus beredar ke biliknya di tingkat atas.
Dia masih ingat dia punya bilik di tingkat paling atas, sudah bertahun dia tidak kesini, kerana tiada yang boleh membahagiakan.
Dia masih ingat, ketika dia sangat di benci uminya, Nendanya mengarahkan dia tinggal di rumah ini, jangan berada di dalam rumah yang sama dengan umi. Tetapi banyak kali mereka tinggalkan dia bersendirian di sini, bersama penjaganya.
Tiada yang bahagia berada di rumah ini, tiada langsung.
Syed Arman menghubungi Syed Adam apabila password biliknya tidak dapat dibuka. Seingatnya, biliknya menggunakan kunci, dia tidak ingat bila mereka menukar kepada password.
“Abang, aku dah ada kat Arau, siapa aku nak tanya password bilik aku?,” Syed Arman mengendurkan suaranya, walaupun emosinya sangat tegang.
“Kau jangan cuba nak kasi wrong info kat aku lagi abang, cukup lah, aku dah besar, tak payah nak kesian kat aku lagi,” dia memutuskan talian apabila Syed Adam menyatakan dia tidak tahu menahu berkenaan password itu.
Dia melangah ke bawah, memeriksa semua bilik, dan dia kehairanan kerana semua bilik menggunakan kunci biasa tetapi biliknya lain daripada yang lain.
Hatinya seperti di dalam kesakitan yang amat sangat apabila melihat keadaan rumah itu, dia seperti melihat Nurlisa di segenap ruang di rumah ini.
Kenapa dengan dirinya?
Dia terduduk di tingkat 2 bersebelahan Pustaka kecil itu.
Dia mula mendail number Nurlisa, masih ada deringan, tetapi Nurlisa tidak menjawab. Berkali kali dia mendail, sehinggakan dadanya seperti hampir pecah apabila setiap kali dia menunggu Nurlisa menjawab.
Syed Arman tahu apa yang Nurlisa nampak tadi tidak mungkin dia akan dimaafkan.
‘Kenapa dengan aku ni?’ soalan itu berkali kali ditanyakan dan tiada jawapan yang dia dapat.
~Adik, abang buat sesuatu yang bodoh dan tak mungkin Lisa akan maafkan abang. Abang takut dik, abang rasa nak menjerit, abang rasa nak speak terajang semua barang dalam rumah ni. Abang tolong call Lisa, katakan abang nak jumpa dia, URGENT dik~
Itu message yang dia tinggalkan untuk adiknya, Sharifah Teha.
Tidak sampai beberapa minit, adiknya menelefonnya.
“Abang sampai malam tadi, abang terus check in hotel, abang tak nak call Lisa sebab abang tahu apa akan jumpa dia esok kat rumah ni. Abang ingat abang datang dulu sini, abang nak biasakan diri, abang dah lama tak datang sini, tapi Kinah ikut abang,”
“Lepas tu kami buat something yang jijik and Lisa tengok dik, adik bayangkan Lisa tengok. Selama ni yang Kinah post kat ig tu fake, tapi ini real dik. Abang yang bodoh dik, abang memang bodoh,”
“Dah.. abang dah suruh Kinah balik, abang kena keluar cari Lisa. Abang dapat rasa dia tengah nangis, mesti dia tak sangka apa yang dia nampak,”
“Abang tak okey, abang rasa nak jerit, tadi rasa macam nak terajang semua barang kat rumah ni,”
“by the way, adik tahu tak kenapa bilik abang guna password, bilik lain guna lock biasa?,”
“Abang tak ingat dik, abang rasa something, nanti abang fikir, abang nak cari Lisa dulu,”
Syed Arman terus keluar daripada rumah itu setelah dia memanggil grab, untuk balik ke hotel dan menggunakan keretanya untuk mencari Nurlisa.
~Boss, Lisa tak share dia tinggal kat hotel mana, dia tak kasi buat reservation for her, I’m sorry sebab tak dapat tolong you~ Ameena
~Last I cakap dengan Nurlisa this morning boss, we discuss on the proposal paper to Mesir and Sekolah Tahfiz regards to tenaga pengajar. Takde pulak Cik Lisa kata nak keluar atau apa, mungkin you boleh tanya Ameena Boss~ Danish
~Lisa memang nak ke rumah agam boss, sebab dia nak make sure all in place sebelum meeting esok, and sepatutnya jumpa agensi di sana juga untuk prepare for tomorrow meeting. I rasa Cik Lisa dah ada kat sana kot, sebab I call dia tak jawab~ Ameena
Syed Arman terus menelefon Nurlisa semasa di dalam grab, tetapi tiada jawapan. Dia tidak tahu dimana yang perlu dia pergi, tetapi dia harus berjalan di Bandar Arau.
Bandar yang kecil senang untuk dia mencari, dia perlu periksa di semua hotel di Arau, dia pasti dia akan bertemu Nurlisa, dia pasti itu.
~Ameena, ask agensi to check CCTV, capture plat kereta yang Nurlisa guna. I dah tanya guard tadi, dia guna Honda CRV putih. Urgent ya, revert after 15 mins~
Semuanya kelam kabut, tetapi dia akan berbuat apa sahaja demi memastikan Nurlisa di temui.
Dia perlu bertenang, dia perlu atur perjalanannya. Kalau perlu dia akan pergi ke semua hotel, dia pasti akan bertemu kerana Perlis adalah negeri yang kecil.
Dia pasti akan bertemu Nurlisa, dia pasti.
BERSAMBUNG
Share this novel
evening dear. tqvm. love u. muahh muahh muahh
knpa ia tlalu myakitkan bt mereka b'dua.. ~T_T~
Biarkan Lisa hilangkan diri dan Arman ingat balik semua kisah kat rumah agam tu biar tau macam mana sakit yg Lisa tanggung. Geram betul la betina ular tu dgn si umi