Bab 2

Romance Completed 1263875

Bab 2
“Boleh abang tanya Lisa?”, suara Haiqal membawa Lisa ke dunia nyata. Lisa menoleh kebelakang, kerana kaki lisa laju melangkah untuk melawat kubur arwah ayah dan ibunya.
“Boleh, abang boleh tanya apa jer, tak perlu minta izin pun”, Lisa memberhentikan langkahnya. Lisa pasti Haiqal akan bertanya kemana dia menghilang. Kenapa tidak tinggal di rumah milik keluarganya. Lisa pasti soalan itu akan keluar dari Haiqal.
“Kalau ikutkan kiraan, umur Lisa sekarang 22 tahun, more less Lisa sepatutnya dah tamat degree kan? Mana Lisa pergi? Ayah abang kata Lisa tak tidak tinggal di sini selepas tamat SPM. Puas dorang cari Lisa, tapi tak jumpa. Lisa tinggal kat mane? Kenapa lisa menghilang?” suara lembut Haiqal meruntum jiwa. Kisah lama datang kembali, kisah paling sedih yang tidak mungkin boleh kikis dari ingatan. Lisa senyum dalam tangisan. Bagaimana Lisa harus mempamerkan raut wajahnya.
Lisa mengesat air matanya sebelum menoleh ke arah Haiqal. Wajah kacak Haiqal di sapanya. Haiqal adalah pelajar popular di sekolahnya dulu. Dengan wajah yang kacak, berketurunan Pakistan pulak, memang menjadi rebutan pelajar perempuan di sekolahnya dulu. Lisa pasti wajah kacak itu masih menjadi Idaman setiap mata wanita.
“Selepas tamat SPM, Abang lisa ajak Lisa tinggal dengan dia kat Johor. Kebetulan masa tu, abang dah tahun akhir degree. Abang pun buat kerja part time, pas tu abang sewa rumah kat sana. Jadi Lisa takde sesiapa kat sini. Lisa ikut abang la kat sana”, perlahan suara Lisa mengatur ayat, bimbang kisah sedih itu terungkap.
“Maaf sebab abang tak dapat tolong Lisa masa Lisa dalam kesusahan. Mak dan ayah abang pun terkilan dengan apa yang terjadi. Masa arwah ayah Lisa hidup, dia banyak bantu pelajaran abnag, malah abang khatam Quran pun dengan arwah ayah Lisa. Masa abang kat sana, beberapa kali abang email lisa, call rumah lisa, tapi takde orang jawab pun. Abang call ayah, ayah kata Lisa dah lama hilang”, suara Haiqal sayu, apabila mendengarnya mmbuat jiwanya meruntum sayu.
“Lisa hilang? Eh takde lah.. Lisa ada jer kat rumah abang. Lisa tak balik sebab tiada sesiapa kat sini. Rumah Lisa tu pun, abang dah bayar kat orang untuk jaga. Jadi takde alasan untuk Lisa balik sini. Lisa minta maaf buat abang risau”, Lisa mengatur lagi bahasanya, supaya kedengaran logic ditelinga Haiqal.
“Abang sangat terkejut bila ayah abang cerita berkenaan ayah Lisa maut dalam kemalangan jalan raya masa balik dr Mekah, masa tahun Lisa ambil SPM. Mesti Lisa hilang arah masa tu, tapi bang jauh, tak dapat tolong. Abang cuma mampu berdoa semoga arwah cikgu abang ditempatkan di kalangan mereka yang beriman”, suara Haiqal kedengaran sangat sedih.
“Lisa faham abang jauh, semua tu takdir untuk Lisa dan abang Lisa. Alhamdulilah, kami saling support each others. Abang Lisa banyak pulihkan semangat Lisa. Masa SPM tu, Lisa dah ok sedikit, kawan Lisa pun banyak bantu masa Lisa study. Abang pun bayar Mak Teh Timah untuk jaga Lisa. Semua sempurna Abang, alhamdulilah”, Lisa tahu pasti banyak soalan untuk dia, kerana cerita 5 tahun itu bukan singkat
“Lisa gerak dulu la abang, nak jumpa ayah dengan ibu dulu. Nanti kita borak lagi”, Lisa meminta izin Haiqal, sebab dari raut wajahnya, banyak yang ingin di bualnya. Tanpa mendengar balasan dari Haiqal, Lisa menghayun langkah ke kubur orang tuanya. Rindu kepada mereka tidak tertahan lagi.

Share this novel

Nur Izzah Kamal
2021-04-15 09:35:51 

bl la nk update


NovelPlus Premium

The best ads free experience