Chapter 1

Fantasy Series 1876

Chapter 1

Kristy Aurora
********************************
"Aurora,Aurora!" jeritan ibuku bergema di seluruh rumah batu milik kami sekeluarga.

Aku yang sedang dibuai mimpi terus terjaga sebaik sahaja terdengar jeritan bak petir milik ibuku.

"Ya ibu."jawab ku sama kuat.Bukan nak kurang ajar tapi aku dekat atas,ibu ada dekat bawah.

"Bangun cepat.Ni ada surat untuk Aurora!" jerit ibuku lagi.

"Ok,ok.Lima minit." kataku sambil mengeliat sebelum hilang di dalam bilik air.

Aku mencari ibuku di ruang tamu tetapi tiada.

"Ibu,ibu!Ibu dekat mana!" panggil aku.

"Ibu dekat dapur ni" jawab ibuku kembali.

Oh,lupa pula aku nak kenalkan diri.Hai!Nama aku Ocean Kristin Aurora.Tahu nama dah la.Kembali kepada cerita.

Aku memasuki dapur sambil menjengket dan memeluk ibuku dari belakang.

"Eh anak kerbau masuk rumah." latah ibuku.

Aku ketawa besar melihat ibuku melatah.

"Anak bertuah ni." kata ibuku sambil mencubit lenganku.

"Hehe.Papa,along dengan angah mana?" tanyaku sambil menyambar sekeping roti bakar di atas meja.

"Papa pergi main golf.Abang-abang kamu tu macam biasa lah.Tengah buat taik mata lagi." jawab ibu.

"Meh adik pergi gerak diorang.Comfirm bangun punyalah." kataku lalu bergerak naik ke bilik mereka.

Aku membuka pintu bilik Along perlahan-lahan.Aku mendekatinya lalu menarik hidungnya yang mancung itu.

"Hoi!Kau pahal Aurora!Sakit tahu tak bangang!" marah abangku.

"Tulah.Ibu panggil banyak kali tak nak bangun so adik tolonglah ibu." tipuku.Tipu sunat takpe lah.Hehe.

"Ye lah.Kejap lagi along bangun lah.Pergi lah kejut angah pulak."Dia dah tahu kalau dia tak bangun selagi tu juga angah tak bangun.

"Ok.Bangun ok.Kalau tak adik curah along." kataku sebelum aku bergerak ke bilik sebelah.

"Angah oh,angah." aku mengetuk pintu biliknya.Angah bukan jenis along.Dia ni senang jer nak bangun.

"Angah dah bangun!" jerit angah dari dalam bilik.

Aku turun kembali ke bawah.

"Ibu tadi kata ada surat.Mana?" tanyaku.

"Ada atas meja depan tv tu."

Aku mencari dan ternampak sampul surat yang agak unik.Aku membuka dan membaca isi surat itu.Baru aku hendak membuka mulut,along merampas surat itu.

"Ha kantoi!Dapat surat cinta."

"Along!" marah aku.

"Melawak jer.Bagilah along bacakan.

Aku mengalah lalu melabuhkan badan di sofa.

"Yang dikasihi,calon pelajar World Magic Academy.Kristin Aurora,Kris Almani dan Qhris Frinse.Kami dengan sukacita memaklumkan bahawa kamu diterima masuk ke World Magic Academy.Sila sediakan keperluan kamu dan pergi ke ECIA.Akan ada kakitangan kami yang akan menyambut kamu semua."

"Ha!Kita dapat masuk?!"jerit aku,along dan angah yang entah bila dia sampai.

Kami berpandangan sebelum berlari keluar rumah.Aku mula berlatih menggunakan kuasa aku iaitu Time Creater.Along memiliki kuasa Gravity manakala angah pula Fire Blast.
Tanpa mereka sedari,muncul tulisan berwarna merah pada surat tawaran tadi yang tertulis "Sekali kau melangkah masuk masuk,hanya mayatmu yang bakal dibawa keluar".Tiba-tiba tulisan itu hilang tanpa dikesan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience