Himma Karya
**************************
Seorang gadis menangis di tepi sebuah katil.Badannya dipenuhi dengan kesan lebam dan biratan.Dia menangis kesakitan.Bukan pada badannya tetapi di hati.Dia terfikir mengapa ibunya sendiri sanggup memukulnya dan melayannya sebegini.Tetapi ibunya melayan adiknya seperti menatang minyak yang penuh.Dia benci dengan nasibnya.
"Ya Allah.Kau berikanlah aku pertolonganmu,Ya Allah.Hanya kepadamu aku mampu mengadu,Ya Allah." doa Himma.
Dia bangun dan melangkah longlai ke tandas.Tiba-tiba dia teringat surat yang diterima pagi tadi.Dia membatalkan niatnya untuk ke tandas dan mengambil surat itu.
Penghantarnya ialah World Magic Academy dan dikirimkan buatnya.Dia tidak menunggu dan mula mengoyak sampul surat itu.Isi surat itu mengatakan dia diterima masuk ke sana dan perlu ada di ECIA pada 5 Jun.Dia membuat sujud syukur dan mula mengemaskan barangnya.Dia akan lari dari rumah yang penuh dengan kebencian ini.
Dia tekad untuk tidak memberitahu ibu dan adiknya kerana dia tahu ibu pasti tidak akan mengizinkan dan adiknya pula pasti akan menjadi batu api.Tulisan yang timbul dengan tiba-tiba tidak dipedulikan olehnya.Dia tidak tahu yang tulisan itu memperjudikan hidup matinya.
Share this novel