Rate

Bab 2

Crime Series 2077

Maya dan Auntynya tinggal di kediaman Maya.. Aunty Sarah melayan nya dengan baik sekali. Auntynya juga turut membawa Maya berjalan jalan pada waktu lapang. Oleh itu, Maya sayang akan Aunty Sarah seperti mana dia sayang mama papa nya dahulu. Dia juga sudah menganggapnya Aunty Sarah sebagai mamanya.

Beberapa hari kemudian....

"Oii!! Bangun lah budak pompuan!! Pegi sedia kan aku sarapan.. Aku dah lapar ni!!" jerit Sarah seperti kerasukan. "Uhh? Sarapan? Bukan ke ada mak tun(maid rumah itu)? Mak tun tiada sedia kan sarapan ke?" Tanya Maya.

"Don't you ever call me Aunty okay!!?? From now..darling..Call me Puan!!Paham tak??!!" Marah Sarah. "Sekarang.. I nak you yang sedia kan sarapan! Buydeway..Mak tun kesayangan kau tu pulak.. Aku dah pecat dia.. Aku nak kau jadi hamba aku sekarang! And now, pegi buat sekarang!"

'Kenapa dengan Aunty ni? Kenapa aunty pecat mak tun? Kenapa sikap aunty berubah? Apa salah Maya?' Banyak soalan yang keluar di dalam fikiran Maya sekarang. Dia tidak tahu apa nasib nya kelak. "Maaaayyyyaaa!!!!!!" jerit Sarah sehingga boleh kedengaran di jiran sebelah. "Ya ya!Maya datang ni!" Dengan segera dia turun ke bawah lalu sedia kan roti bersama jam.

"Ni jer kau boleh buat??!! Tak de benda lain ke? Kau saje je nak bagi aku naik angin ke ni??!!" marah Sarah. "Maya tak pandai masak aun.." Mahu sahaja dia habis kan ayat nya, Sarah tiba tiba mencelah. "Puan!! Berapa kali aku nak cakap? Ke kau pura pura pekak / lupa hah!!??" "Maaf Puan.. Maya lupa.. Sebernanya Maya tak pandai masak. Mama dan mak tun pun tak pernah ajar Maya masak.."Jelas Maya.

"Okay. Aku lepaskan kau kali ni. Tapi lepas ni aku nak kau dah pandai masak.. And one more thing..Kalau tak pandai masak..Belajar lah bodoh!!"
Berkecai hati Maya apabila Aunty yang dia hormati selama ini berkata demikian. "Baik.."Itu sahaja yang dapat Maya jawab.

Bukan itu sahaja. Maya disuruh mengemas rumah, muncuci pakaian dengan tangan dan sebagainya. Dia diberikan sisa makanan Sarah. Diberi pakaian yang kotor dan juga lama. Layanan Sarah yang diberikan kepada Maya tidak ubah seperti layanan yang Cinderella terima daripada ibu dan kakak kakak tirinya.

Tiada satu hari pun Maya tidak dimarahi sama Aunty nya.. Sejak itu,Sarah juga kerap tiada di rumah. Segala harta peninggalan mama dan papa Maya turut dirampas dan digunakan untuk dirinya dan juga kekasih nya. Maya pula dikurung di rumah. Sarah juga menghalang Maya untuk keluar dan berkawan. Oleh itu, Sarah memasang CCTV di rumah nya untuk memastikan Maya tidak keluar atau berjumpa sesiapapun termasuk jiran. Maya hanya boleh ke kedai membeli barang dapur dan ke sekolah.

Pada suatu hari...

"Puan.Maya nak guna duit boleh? Untuk bayar yuran sekolah. Sudah 3 bulan Maya tidak bayar. Cikgu sudah bagi amaran supaya bayar secepat mungkin." Kata Maya lembut. "Nah!!Aku bagi duit ni untuk setahun! Duit ni kau jangan nak beli ape ape. Kalau aku dapat tahu kau mintak duit sebab tujuan lain..SIAP KAU!!!"

"Baik puan. Terima kasih puan.."Jawab Maya. "Dah pergi tidur! Esok pagi bangun bangun je aku nak nampak sarapan dah terhidang atas meja makan.. Pahan TAK??!!"Arah Sarah. "Baik".

Esok pagi...

"Maya!!!!!"
"Ya puan?"
"Kenapa kau tak sedia kan baju untuk aku hahh?? Aku nak pakai ape nanti!!??"
"Tapi..Puan tak suruh Maya sediakan baju puan..Jadi Maya tak tahu.. Maaf kan Maya puan."
"Ape kau ingat maaf kau tu berguna ka?Kalu berguna,tak payah lah ade polis dan peguam dalam dunia ni!! Pegi buat sekarang!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience