Setelah diberitahu mama papanya terlibat dalam satu kemalangan yg dahsyat di jalan raya, Maya terus menyuruh driver papanya untuk ke hospital dimana ibu bapanya berada sekarang.
"Maaf Maya. Uncle sudah pun berusaha sebaik mungkin. Harap Maya bersabar & dapat terima hakikat yang sudah tiba masanya mama dan papa Maya pergi. Harap bersabar ya.."Kata seorang Doktor Amran yang sangat dikenalinya sejak kecil lagi.
Sebaik sahaja mendengar kata kata "uncle"nya itu, Maya terus terduduk di atas lantai sambil menangis dengan kuat. Maklum lah masih berumur 7 thn. "Mama....Papa...Kenapa mama papa tinggal kan Maya..?? Maya dah tak de sape sape lagi...Huhuhu..." kata Maya sambil menangis mengingatkan memori memori indah bersama mama papa yang sangat manjakan nya itu.
Tidak lama kemudian...
"Maya..." Kedengaran satu suara yang memanggilnya. "Aunty..Mama papa dah tak de..Maya sedih sangat.." Kata Maya perlahan. "Sabar lah Maya.. Terima hakikat yang mama papa sudah tiada. Aunty kan ada." Kata Sarah sambil memeluknya anak buah nya. Maya hanya tersenyum sinis.
"Apa kata Maya tinggal dengan Aunty. Aunty pun sorang sorang sekarang. Aunty pun cuma ada Maya sorang ni aje."Pujuk Sarah. "Mana Uncle Iqbal(suami kepada Aunty Sarah)?" Tanya Maya kehairanan. "Uncle dah pergi macam mama papa Maya.."Tipu Sarah. Yang sebenarnya suaminya itu telah lari daripadanya. Tidak sanggup hendak meneruskan hidup dengan perempuan yang telah lama menjalinkan hubungan sulit dengan pekerjanya sendiri.
"Ouhh..." Itu sahaja yang boleh dikatakannya.
Share this novel