PADA DASARNYA

Short Story Completed 1000

2
******

Kelompok demi kelompok, terbina pada satu landasan teras jati Bangsa itu, ada puncanya.Mereka bijak pandai, sering menitikberakan setiap permasalahan yang ada di dalam masyarakat, sebagai suatu keutamaan bagi pihak.Tidak kira kecil atau pun dewasa, semua pihak harus memainkan peranan masing masing, secara berkadar serta dengan efektif lagi.Ada pun masa kini, masalah dan segala gejala tidak sihat sudah makin berkurangan, setelah semua pihak telah sedar, akan implikasi keburukan amalan sebegitu.Dengan berbagai langkah yang telah diambil mereka, sedikit sebanyak telah memberi keinsafan yang cukup bermakna, bagi golongan masyarakat di sini.Apo, bagaikan seorang Putera Mahkota di zaman silam pula, melihat pada, lagak gayanya.Dialah yang telah berusaha sedaya mampu, dengan segala keupayaan serta kebolehan yang ada, pada dirinya.Sementelah pula, ahli masyarakat di tempat tinggalnya itu, mulai merasa segala faedah serta manfaat, hasil daripada penganjuran mereka itu.Syed Ahmad Mustapo bin Sheikh Othman El Fuqara, telah pun lama berbakti demi Anak Anak Bangsa di Bumi Watan, di sini.Dia juga, telah lama mencapai kemajuan seperti mana dihasratkannya, sebelum ini.Dengan penghormatan diberikan untuknya itu, telah melayakkan dirinya bergelar seorang Doktor Falsafah Muda, yang cukup dihormati lagi disegani oleh anak anak muda lain di Kampungnya di sini.Kini, Dr Syed Ahmad Mustapo lebih banyak menghabiskan waktunya, di KLINIK APO.Klinik yang baru beroperasi sejak dua tahun lalu itu, adalah hasil bukti dirinya kini, begitu dihargai oleh masyarakat di tempat tinggalnya itu.Lantaran segala jasa dan bakti yang telah dicurahkannya selama ini, Apo selayaknya bergelar seorang Wakil Rakyat yang berjaya, dan beriktiraf pula.
Apo semakin menampakkan kematangannya, dalam merencanakan kehidupan sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat.Dia tidak pernah memperlihatkan sebarang kejengkelan pun, pada aras jati fielnya yang begitu sinonim dengan gelaran Ahli Senat Gelandangan, oleh ahli ahli serta para aktivis kemasyarakatan di tempat tinggalnya di situ.Sememangnya Apo terkenal dengan sikapnya yang selamba, dan suka pula merendah diri.Itu pasallah, ramai kenal kenalannya senang dengan tingkah lakunya itu.Sifat keperibadiannya pula, cukup menebal sebagai Anak Jati Bangsa Melayu, yang berbudi pekerti mulia.Jarang sangat, dapat ditemui seorang Anak Muda, seperti dirinya sekarang.Sementelah lagi, di tengah tengah Bandaraya yang penuh dengan kesibukan.Beruntung pula dirinya, bila dia ingat ingatkan.Yalah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.Lebih baik baginya, kerana mempunyai nasib yang berpihak kepada dirinya selama ini. Meski pun dia kini, berada jauh berbatu batu di rantau orang.Kalaulah kaca, kacalah juga.Masakan sama intan permata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience