MENCARI MAKAN

Short Story Completed 1000

.

Dengan niat cuma hendak mencari makan di tempat orang, dia akhirnya seakan pasrah dalam keterpaksaan.Dalam dia berusaha seolah olah berjuang demi masa depan gemilang, dia pula terhambat dengan harapan demi harapan.Demi hari esok yang masih kabur, dia sering dihambat dengan perasaan belas terhadap anak anak masa depan yang penuh di gelandangan.Dengan hanya bergelar sebagai seorang tukang sapu cat, apalah dayanya untuk semua itu.Walau pun, dia tidaklah pernah mendapat pendidikan pelajaran yang tinggi, tetapi, dengan berbekalkan pengalaman selama ini, sudah cukup lumayan baginya demi hari esok.Hidupnya, masih lagi seorang bujang teruna dan sudah pandai merantau, mencari makan di tempat orang.Jauh, dia meninggalkan sebuah Kampung Halaman, demi mencari peluang dan demi memburu impian hidup.Meski impiannya tinggi bagai menggunung, namun langkah demi langkah seakan makin terhenti di pertengahan jalan.Gunung yang tinggi sudah didaki, Lautan nan luas sudah direnanginya.Apalah daya, tangan pula tidak kesampaian hendak memetik, bintang bergemerlapan di Langit nan tinggi.Begitulah diibaratkan, kehidupannya selama di rantau orang, di sini.
Bagai Sireh pulang ke gagang, pun begitu jugalah dirinya seakan akan.Meski, jenuh keringat menitis di badan, dia tetap tidak mudah lentur dek panas dan hujan.Bagi dirinya, rezeki ada di mana mana, dan bukan kita yang menentukan, melainkan Tuhan yang lebih mengerti akan segala tafsiran Alam.Dengan berbekalkan Kudrat Tuhan dan tulang empat kerat, dia meredah segenap Kampung dan Desa untuk mencari makan.Di samping itu, dialah sering diajak berbincang di dalam apa apa perkara, oleh Orang Orang Kampung.Sudah banyak jasanya kepada mereka semua.Bertahun lamanya, dia tinggal di situ dan dirinya juga, sudah hampir menjadi sebahagian daripada mereka.Tambah pula, dengan rupa parasnya yang putih bersih.Bermisai serta berjambang, elok saja setiap mata memandangnya.Ternyata, Anak Teruna kepada seorang Tok Imam Masjid yang cukup terkenal dengan gelaran Tuan Haji Sheikh Othman El Fuqara' ini, semakin mendapat tempat serta semakin menang di hati ahli ahli masyarakat di Kampung ini.Kali ini, Apo berkemungkinan bakal berdepan dengan pelbagai perkara, yang semakin hari seolah olah semakin menagih, serta, seakan menuntut nuntut penglibatan jitu, daripadanya.Dia juga melihat ianya, secara deklarasi berkompromi dan terpimpin di kalangan para aktivis yang sedia ada, bukan saja, dari pihak pejuang pembangunan, bahkan juga serta, pembentuk kemajuan masyarakat di kawasan penempatan itu.Apo, walau dengan segala kekurangannya itu masih mampu memberi perkhidmatan yang meyakinkan, pada penglihatan Umum dari di kalangan mereka semua.Kegiatannya juga, telah menjadi satu amalan kebajikan, di serata tempat di kawasan Daerah tempat tinggalnya itu.Dengan lambakan kerja yang ada terdapat olehnya itu, dia telah pun melantik beberapa orang pekerja bawahan, selaku pembantu.Akhbar, ada juga sekali sekala, turut membantu kerja kerjanya sebagai seorang, yang mencari makan di situ.Terutama, pada ketika di waktu musim, laut rencak.Ternyata, jalinan hubungan keakraban persahabatan mereka itu, telah mula menampakkan tanda tanda kejayaan berkelompok, di kalangan sesama mereka.Dari sehari ke sehari, Apo sudah menampakkan kesungguhannya, dengan komitmen sedia ada.Terutama, di kalangan rakan rakan kerjanya, yang rata rata memberi sokongan serta galakan kepadanya, sebagai seorang yanv dapat di bergantung harap.
Apa yang menjadi halangan baginya, telah pun dapat diatasinya dengan penuh hikmah, serta bertauladan.Apo, kini tidak lagi dipandang enteng, oleh ahli ahli di kalangan warga masyasakat di situ.Dia yang sudah mula berjinak jinak dengan berbagai modul pembelajaran kehidupan secara berorientalis di Pusat Bandar, dalam Daerah itu, kini, semakin mengorak langkah, dengan penuh yakin lagi.Memang sukar hendak mentafsirkan sikap, serta tingkah laku atas seorang Anak Muda itu.Dan, sememangnyalah Apo diberi penghormatan, oleh mereka semua.Daripada, bergelar seorang anak di gelandangan yang hampir hampir rebah tersungkur di pertengahan jalan kehidupan, yang serba daif serta dengan segala kekurangan yang ada sebelum ini.Dia kini, mulai mengatur gerak serta langkah peribadinya, untuk menjadi seorang Ahli Wakil Masyarakat, di tempat tinggalnya itu.Apo tidak lagi menoleh ke belakang, setelah dia telah benar benar diberi kepercayaan oleh mereka.Dia kini amat berharap benar, yang dia bakal mampu menyempurnakan segala Amanah yang digalasnya itu.Sudah tiga bulan, dia bertegang urat di dalam perkara ini.Sudah hampir tiga bulan jugalah, Apo terpaksa menapak untuk ke mana mana, lantaran tempat diwakilinya itu masih tidak berapa sempurna lagi.Sukar sungguh baginya kini, memandangkan hasrat murninya itu, dilihat seakan satu ejekan di kalangan mereka, di situ.Jika di tempat tinggalnya dahulu, dia mampu menangani perkara sebegini dengan baik.Namun begitu, tiada mustahil baginya untuk mengulanginya, semula.Jika dahulu, dia sering disuakan dengan berbagai usul serta cadangan, agar mengutamakan hak kepentingan Anak Anak Jenerasi Baru, di situ.Kini, dia bakal berhadapan dengan satu kemelut baru, setelah keputusan yang telah dibuatnya dahulu.Dia, tidak melihat kekecewaan di dalam konteks ini, tetapi, apa yang menyedihkan dirinya adalah, setelah berbakti sejak sekian lama, selama ini.Dia mungkin tiada sebarang pilihan lagi, melainkan mengiakan segala hasraf dan cadangan orang ramai.Ini sedikit memberi kesan, kepada psaikoloji persekitaran kehidupannya.Malah ianya juga, bakal merubahkan segala susunan atur langkahnya, yang selama ini ingin melihat, betapa masyarakat tempatan tetap mampu menikmati, kadar kesejahteraan hidup bermasyarakat di sini.Dia, dalam pada itu, sedikit berasa terkilan, bila diingat ingatkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience