Bab 15

Romance Completed 1263900

Apabila mereka bersama sama ke meja makan di tingkat bawah, kedengaran suara Delina menjerit dari atas memberitahu dia akan turun sekejap lagi. Satu persatu perkataan dapat di sedut oleh telinga Syed Awaludin, Syed Adam dan Syed Arman. Mereka bertiga tersenyum mesra sampai mengambil tempat di meja makan di rumah banglo itu.
“Mak Zah tak makan sekali? Arman dah settlekan umi dah tadi. Umi dah tidur. Mak Zah boleh makan sekali dengan kami. Sekejap lagi Delina turun,” tutur Syed Arman lembut. Dia banyak terhutang budi kepada Mak Zah kerana Mak Zah banyak membentuk peribadinya seperti sekarang.

Kesabaran dan kejituan jiwa sekarang hasil daripada kasih sayang Mak Zah untuk dirinya. Kalau nak di bandingkan dengan dia yang dulu, terlalu jauh beza. Dia dulunya adalah seorang yang sesat, tidak tahu bagaimana untuk handle stress dan amarah dia memang di lepas seperti tiada batasan.
“Mak Zah makan sekejap lagi Arman, Mak Zah dah kenyang, sebab tadi makan donat yang Del bawak balik dari kerja. Del minta Mak Zah rasa, tapi habis tiga donut, baru Mak Zah cakap sedap,” kata Mak Zah mesra. Matanya memandang penuh sayang kepada Syed Arman.
Syed Arman bangun dari kerusi dan memeluk Mak Zah mesra. Pelukan itu bukan kali pertama, malah sudah beratus kali. Malah Mak Zah lah yang menjaga Syed Arman semasa koma di hospital hampir 3 bulan. Kehidupan baru Syed Arman sekarang hasil dari pembentukan dari Mak Zah. Mak Zah lah yang berusaha mengembalikan semua ingatan Syed Arman, pastikan tiada satu pun yang tertinggal.
Selepas menyediakan semua makan malam, Mak Zah meminta izin untuk ke dapur, mengemas dapur sebelum menghabiskan tugasannya.
Kelihatan Sharifah Delina tergesa gesa turun dari tingkat 2 untuk makan makan bersama ayah dan kedua abangnya.
“Maaf, Del penat sangat hari ini. Berlambak kerja tak siap kat butik tuu,” keluh Sharifah Delina perlahan. Kedatangan Delina di sambut dengan senyuman mesra oleh mereka.
Selepas menbaca doa oleh Syed Adam, mereka memulakan makan malam mereka tanpa uminya. Keadaan itu sudah berlarutan selama 4 tahun. Mereka sudah terbiasa dengan meja makan yang tiada seorang ibu.
“Del kan boss kat butik tu, staff juga ramai, minta mereka yang settlekan. Ask your assistance to monitor them,” kata Syed Awaludin perlahan. Butik anaknya sudah beroperasi 2 tahun. Nama butiknya sudah terkenal di Malaysia. Design dari butiknya memang di tunggu oleh pelanggannya.
“Aah la Baba, Del Cuma excited tengok design kali ini, cantik sangat, dari material kain sampailah ke jahitan. Kemas jer. Kami dah terima pre order dah baba, ada 100 pasang jer yang still free tu. Tomorrow to start to pack all the confirmed order. Nanti Del bawak balik for Baba ya, Abang Adam and Abang Arman, sila beli sendiri,” kata kata adik Bongsu itu mengusik concentration abangnya yang berdua itu.
Syed Adam dan Syed Arman tersenyum bersama sama, sambil mencebik muka ke arah adiknya. Mereka tahu adiknya hanya bergurau.
“Kerja kerja juga dik, jangan lupa cari jodoh, awak tu dah 27 tahun dah, orang lain dah anak dua dah,” usik Syed Adam kepada adiknya. Sebenarnya dia sangat teringin untuk melihat adiknya naik pelamin.
“Eleh kata adik, abang tu dah 35 tahun dah, lagilah tua, tak laku lak tu,” terbahak bahak Sharifah Delina ketawa. Usikan itu mengundang ketawa kepada Syed Awaludin dan Syed Arman. Mereka bertiga tidak ada hati untuk mempunyai pasangan hidup kerana kisah sedih keluarga mereka. Syed Adam hanya tersenyum mendengar usikan adiknya. Dia tahu adiknya hanya bergurau.
“By the way, adik nak minta tolong Abang Adam lah, sebab adik rasa Allah memberi wajah yang elok pada abang bersebab. Sebabnya adalah untuk berbakti pada adik. Dah seminggu adik cuba cari model yang sesuai untuk jadi face butik adik, tapi semua adik tak berkenan. Jadi abang adam paling layak. Boleh lah abang ya..ya?...ya?...,” rengek Sharifah Delina kepada Adam.
Mata Syed Adam membulat kepada adiknya, selepas itu dia sambung makan. Kata kata adiknya seperti angin lalu. Ayah dan abang faham dengan peribadi Syed Arman yang tidak suka dengan perhatian orang.
“Makan dik, jangan discuss pasal kerja kat meja makan,” tutur ayahnya lembut.
“Abang tak suka la dik, adik tahu kan abang tak suka jadi perhatian orang. Sat gi abang nak jalan pun tak bebas. Dah lah sekarang pun, perempuan pandang abang macam nak telan. Tak mau la dik,” balasan kata itu tidak memberi kekecewaan kepda Delina sebab dia sudah sedia maklum dengan peribadi abangnya.
Ikan di dalam pingganya di kuis.
‘Bagaimana harus aku memujuk abang aku, semua staff aku mencadangkan abang sebagai face butik “Delina Sarung” itu, detik hati Delina.
“Dik, esok teman abang sat boleh, nak gi florist dan beli perfume. Perfume abang dah nak habis,” pinta Syed Adam kepada adiknya.
“Malas ah, abang tu kalau jalan bukan nak tunggu adik, jalan macam lipas kudung, nak cepat jer,” balas Sharifah Delina. Syed Adam ketawa terbahak bahak mendengar perkataan lipas kudung itu. Dia faham benar dengan kerenah Syed Arman kalau berjalan di public. Semua nak cepat sebab Syed Arman tidak suka mata yang suka memandang ke arahnya.
“Alaaa, tolonglah abang dik, kalau adik ikut, abang akan consider tawaran model tadi, canne? On tak?,” kata Syed Arman perlahan. Kelihatan ayahnya tersenyum mesra. Bersama sama di meja makan bersama anak anak adalah satu nikmat yang tidak boleh di gambarkan.
“ok ok ok, adik tahu adik kena teman juga kan? Adik baru nak sambung tidur sampai ke petang esok. Adik penat sangat,” ujar Sharifah Delina kepada abangnya.
“boleh lah, kita gi petang sket, no problem, lepas Asar pun boleh,” kata Syed Arman. Selepas menghabiskan makan malam mereka, mereka bersama sama berehat di ruang tamu itu. Tetapi Syed Awaludin terlebih dahulu menapak ke bilik rawatan isterinya. Dia berkira untuk tidur di bilik itu. Biar dekat dengan isterinya.
Syed Arman berkira untuk membeli bunga lily di kedai bunga nanti. Dua malam lepas, dia bermimpi seorang gadis memegang bunga Lily sambil menangis. Itu kali pertama bunga Lily ada didalam mimpinya.
Selepas berjumpa dengan Doctor Ravin, dia di nasihat membeli sebanyak bunga Lily dan berada dekat dengan bunga tersebut. Dr Ravin berharap daripada bunga itu, boleh trigger “something” yang lain pula.

Bersambung..
“Cinta pertama itu memang wujud. Ada yang masih terlekat dengan kisah debaran cinta pertama itu. CikSyid

Share this novel

aliaakma_
2021-12-11 17:24:16 

misteriiii


NovelPlus Premium

The best ads free experience