Bab 43

Romance Completed 1266201

Setelah habis meeting dengan Danish dan teams kerja, Nurlisa berjalan keseorangan ke bangunan sebelah untuk temujanji dengan Eusoff. Ikutkan hati dia malas untuk keluar, tapi Eusoff sudah beberapa text ingatkan dia agar tidak mungkir janji.
Sesampai di lobi bangunan itu, dari jauh kelihatan Eusoff yang kacak bergaya, tersenyum penuh manis kepada Nurlisa. Seperti biasa, Eusoff kelihatan sangat gentleman.
“Lama dah ke tunggu, I lambat eh? Kata lunch, mesti pukul 1 la kan?,” sapa Nurlisa seraya memaniskan muka. Kelihatan Eusoff merakamkan video Nurlisa apabila menuju ke arahnya.
“Kenapa cantik sangat ni? Cantik tu tak boleh tinggal kat office ke?,” tanpa menjawab pertanyaan Nurlisa, itu perkataan pertama yang kedengaran. Nurlisa tersipu malu dan mengelak apabila Eusoff merakam dirinya.
“I pun baru sampai, meeting dengan Adam dengan Arman tadi habis lambat, lepas tu kita orang lepak kat café sekejap,” Nurlisa suka dengan cara Eusoff membawa diri dan bercakap dengan orang baru dalam hidupnya. Dia sangat berhati hati bercakap sambil pembawakan badannya sangat sopan.
Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam bangunan itu.
Nurlisa terasa janggal apabila berjalan beriringan dengan Eusoff, apatah lagi mereka menjadi perhatian orang di situ.
“my secretary dah buat reversation tadi. Don’t worry, tempat kita dah secured,” kata Eusoff sebaik sahaja sampai di restaurant tu, ianya menjawab persoalan di dalam hati Nurlisa apabila melihat ramai orang yang beratur menunggu giliran.
“Ramai sangat orang eh, mesti sedap sangat ni,” mereka terus masuk setelah memberi nama kepada kaunter paling hadapan itu.

Eusoff menarik kerusi untuk Nurlisa duduk, membuatkan sekali lagi Nurlisa serba salah dan segan dengan tingkah laku sopan Eusoff.
Eusoff hanya tersenyum memandang Nurlisa, gadis itu tidak pernah tidak cantik.
“Princess, you nak makan apa? Orderkan untuk I sekali. I nak tahu what is your favourite,” tegur Eusoff setelah melihat Nurlisa tekun melihat buku menu di hadapannya.
“Sure nak I orderkan, selera I selesa kampung tauu, sat gi tak kena dengan tekak you,” Nurlisa memandang Eusoff sambil tersenyum. Tenang dia melihat Eusoff wajah Eusoff yang tidak menekan dirinya, tidak seperti Syed Arman.
Eusoff menganguk sambil mengenyitkan mata kepada Nurlisa.
“Hati I ni dah bersedia untuk di takluki oleh you, jadi kita mulakan dengan favorite food you dulu,” Eusoff tersenyum sambil memandang teleponnya yang berdering minta di jawab.
“I dah balik dah, ada lunch appointment,”
“Ouh ye ke? Baiklah, I balik sana lah, say yes to Uncle Awal, nanti I datang pukul 3,”
“Ok Arman, you dengan Adam join sekali kan?,”
“Tak kot, I tengah makan dengan princess I ni, don’t kacau us,”
Dan telinga Nurlisa dapat menangkap butir bicara perbualan mereka.
“Pukul 3 nanti I ada meeting dengan Uncle Awal, jadi I ikut you balik office lah nanti, I lepak bilik you ok kan?,” Eusoff menajamkan matanya memandang Nurlisa. Dia tertarik dengan kelembutan gadis ini, sikap polos dan jujur gadis ini.
Semasa meeting dengan Syed Adam dan Syed Arman sebentar tadi, Endah Holdings meletakkan Nurlisa di posisi yang boleh membuat keputusan besar untuk Yayasan Endah. Mengikut Syed Adam, beberapa perkara yang penting, Nurlisa boleh membuat keputusan tanpa perlu merujuk kepada Syed Arman atau CEO.
“Princess, boleh I tanya something, soalan ni santai jer, I tak maksudkan pun, tapi I nak tanya jugak,” Eusoff membetulkan duduknya.
“You ada apa apa ke dengan Arman? Sorry, I need to ask this, sebab kalau you terikat dengan Arman, I tak boleh kacau you,” Nurlisa memandang Eusoff tidak berkelip.
“susah soalan tu, macam add math masa form 5 dulu, kena ada formula pulak,” Nurlisa cuba menutup gelodak hatinya. Dia tidak tahu bagaimana harus memberi jawapan kepada Eusoff.
Sementara dia memikirkan jawapan untuk soalan Eusoff itu, pesanan makanan mereka sampai, bersama dengan airnya. Nurlisa memesan mee wantan bersama dengan dim sum seafood. Menu mereka sama dengan Chinese tea ais.
“Sambil makan kita bercerita ya, I cerita kat you kenapa i tanya soalan tadi, tapi you santai jer, cerita ni tak berat,” Eusoff membacakan doa sebelum makan dan Nurlisa sangat suka sisi Eusoff yang sangat teratur.
“My daddy dengan Uncle Awal berkawan rapat, dorang kenal almost 5 tahun dah. Pertemuaan mereka sangat unik. Mereka berjumpa kat Masjid Wilayah, Uncle Awal masa tu tertidur di masjid selepas solat asar. Daddy I kejutkan dia banyak kali sebab dia menangis dalam tidur, tapi tak terjaga. Daddy I hampir hampir nak call ambulance. Tapi Pak Guard yang jaga masjid tu pesan jangan kacau Uncle Awal, nanti Uncle akan bangun sendiri. Tapi Daddy I tak puas hati, tunggu la jugak sebelah Uncle Awal sambil mengaji. Selepas 10 mins Uncle Awal bangun sambil menangis teresak esak. Dia terkejut tengok ada orang sebelah dia,”
“Masa tu Uncle Awal macam ada masalah, selepas daddy I tanya banyak kali, Uncle cerita yang anak lelaki dia dah 2 hari hilang. Tak de jejak langsung. Dia dah hampir putus ada, berjalan sekeliling KL, cari kereta anak dia. Masa tu case tu viral satu Malaysia. Semua orang mencari anak Uncle Awal. Uncle siap sediakan ganjaran 10k kalau ada yang jumpa,”
“Daddy I call staff dia, minta tolong carikan. Kebetulan pulak Uncle takde petunjuk pun, cuma last terima call dari anak dia kata kat Fraser Hill, on the way balik KL. Staff Daddy terus gerak ke Fraser Hill ikut Kuala Kubu, mereka berpecah kepada 5 kereta. Lupa nak cakap, Daddy ada company Private Investigator,”
Kelihatan Nurlisa tekun mendengar cerita Eusoff, hatinya tertanya tanya siapa anak Tuan Syed Awaludin tu..
“Staff daddy ambil masa sehari jer, kereta Arman terjumpa dalam gaung kat Kuala Kubu Baru, tapi Arman takde dalam kereta,”
Nurlisa terkesima, kenapa Syed Arman berada di Fraser Hill sedangkan dia sepatutnya berada di London.
“Dari tempat jumpa kereta tu, Staff Daddy minta tolong orang asli. Esoknya mereka jumpa Syed Arman kat sungai, kepala dia berdarah, kaki patah, tangan patah, luka penuh satu badan,”
“Mengikut cerita orang asli tu, besar kemungkinan Syed Arman kemalangan, kereta jatuh gaung, takde tanda kena pukul atau kena khianat. Mereka guna helicopter untuk bawak Arman ke hospital. Semua orang ingatkan Arman dah takde, tapi Allah panjangkan nyawa dia. Arman koma 3 bulan, lepas terjaga, dia tak ingat apa jadi kat dia. Ada beberapa perkara yang dia ingat, tapi almost 80% dia tak ingat,”
“Daddy I kata, dari kecik life Arman bukan macam orang lain. Jadi Uncle Awal kata, dia akan pulangkan semua kepunyaan Arman kalau Arman sedar. I tak tahu apa yang Uncle Awal maksudkan, sebab daddy tak cerita yang tu,”
“Lupa nak cakap, masa dorang jumpa Arman, kat tangan dia ada gelang, masih dalam bekas macam nak kasi kat someone. That why semua family agak yang Arman ada someone dalam hidup dia, tapi semua tak tahu,”
“Masa Arman dalam koma, Umi Arman pulak jatuh kat pool kat rumah dia. Lemas dalam kolam tu, sampai kan biru badan baru orang sedar. Bawak gi hospital and Umi Arman macam still sakit, tak pernah keluar rumah,”
“Jadi Daddy I dah pesan, kena berbuat baik to Arman, actually Daddy pesan kat semua staff dia, supaya always jaga Arman,”
“Arman handsome kan? Ada masa nanti I ceritakan kenapa Arman handsome, tak sama macam Adam dengan Teha,”
“Wahhhh…my princess dengar dengan tekun cerita I kan? I boleh tulis skrip drama tak?,” gurau Eusoff tu membawa jiwa Nurlisa balik ke restaurant itu.
Sedari tadi dia berfikir tentang semua cerita Eusoff, banyak perkara dia semakin memahami suaminya.
“Takde lah, you cerita macam penghibur lara. Dengan tonasi semua cukup. Sedap cerita you..nanti sambung eh?,” Nurlisa cuba menutup gelodak hatinya.
Patutlah suaminya tidak pernah balik, tetapi siapa yang menghantar nota cerai itu?
Nurlisa semakin kusut memikirkan tentang kisah mereka.
“Panjang umur Arman, sekejap jer dah muncul. That girl yang seksi tu bukan Sakinah ke? Alahai… ,” kata kata Eusoff itu menyesakkan dada Nurlisa.
Arman bersama Sharifah Sakinah?
Di restaurant yang sama?
“You tak yah pandang lah dorang, Sharifah Sakinah tu seksi sangat, dorang pun tak perasan kita,” Nurlisa lega apabila dia tidak perlu berhadapan dengan drama mereka berdua.
Dia menghabiskan mee wantannya perlahan lahan dan seleranya sudah hilang apabila mendengar nama Syed Arman dan Sharifah Sakinah.
“Ok Princess, we have another 15 mins to 2pm. I nak your ig name boleh?,” soalan itu membuatkan Nurlisa terhenti makan.
“Ig? Nak buat apa En Eusoff?,” Nurlisa memberi soalan kepada soalan Eusoff.
“Jangan panggil I En Eusoff, call me Andy, and jangan lah tanya nak buat apa dengan ig, zaman sekarang ni zaman ig kot, nak skodeng you la sayang,” Eusoff ketawa apabila menjawab pertanyaan Nurlisa. Dia terpegun apabila melihat wajah Nurlisa yang sedikit blur.
Nurlisa memberikan nama instagramnya kepada Eusoff. Dia tidak mahu bersoal jawab dengan Eusoff kerana jiwanya terlekat dengan Syed Arman.
“ I nak update feed pasal you tauuu, jangan terkejut nanti ramai buaya tembaga yang kacau you,” tanpa mendengar jawapan daripada Nurlisa, Syed Arman memuat naik video yang di rekod sebentar tadi dengan caption ‘with si cantik manis, tag Sofea Ann.
“Princess, done post and tagged. You ni anti-social ya, lupa nak sampaikan pesan, mummy nak jumpa you, next week kot, nak ajak you join charity dia. I pun join sekali,” suara Eusoff tengelam tetapi muncul suara Syed Arman melintasi mereka.
“Hey Eusoff, you makan sini? With who?,” Nurlisa masih memberi tumpuan kepada teleponnya, memeriksa post update seperti yang di beritahu oleh Eusoff.
“With Tuan Puteri, kami nak habis dah, tunggu Lisa habiskan makan dia kejap,” mata Nurlisa bertaut dengan mata Syed Arman. Pandangan mata Syed Arman tajam, dan dia faham kenapa pandangan itu begitu tajam.
Kesian suamiku, Nurlisa hampir menangis melihat suaminya yang kini, penuh dengan misteri.
“Hi Boss, you makan sini jugak, we almost done, jumpa kat office nanti,” Nurlisa harus bersuara supaya Eusoff tidak perasan tentang kekekokan dirinya.
“I nak jumpa you nanti sebelum I masuk meeting with CEO and Chairman. Tunggu kat bilik I,” suara itu tegas dan Syed Arman berlalu pergi.
Dan mereka beredar selepas Nurlisa selesai membayar makanan mereka selepas mereka berebut untuk membayar di hadapan kaunter itu.
BERSAMBUNG
“Tuan, bukak pintu ni, Sofea bawak kek yang Sofea masak tadi,”
“Tuan dah satu hari tak makan,”
“Sofea janji tak akan cakap dengan orang yang hantar food tu, Sofea minta maaf, jangan buat Sofea begini”
“Tuan marahlah Sofea kalau itu yang tuan mahu, Sofea rela,”
“Sofea letak makanan depan pintu, Sofea turun dulu,”
Belum memulakan langkah, pintu itu di buka dan dia mengambil makanan itu. Dia juga menarik gadis itu ke biliknya. Setelah dia meletakkan makanan dia meja kecil di biliknya, dia menarik gadis itu dan memagut bibir gadis itu kasar dan ghairah.
Gadis itu membalas ciumannya, memeluk leher jejaka itu. Mereka tenggelam didalam nikmat yang tiada penghujung. Sungguh gadis itu sangat menyintai jejaka itu, yang sudah bergelar suaminya.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-09 20:52:09 

dear.....plz uodate

YAZNI-ERNIE
2020-11-07 22:34:38 

dearrr.....

YAZNI-ERNIE
2020-11-07 17:29:44 

dear....weekend dh ni....kata nk uodate...plzz.....


NovelPlus Premium

The best ads free experience