Bab 51

Romance Completed 1263900

BAB 51
Dari kejauhan Nurlisa melihat kelibat Syed Arman menunggunya, dia terlambat 30 minit kerana tersesat. Dia melajukan langkahnya, kerana tidak sabar untuk memeluk suaminya.
“Abang, Sofea rindu,” Nurlisa memeluk suaminya kemas daripada belakang, sesungguhnya di rindukan belakang sasa suaminya. Tetapi dia tidak merasa tindak balas daripada suaminya, yang dia rasa cuma keras dan tegap, tidak bergerak.
“Abang, dengar tak ni, Sofea rindu,” sekali lagi dia mengucapkan perkataan rindu itu. Dia melepaskan pelukan itu dan memusingkan badan suaminya. Wajah suaminya mencuka, tiada gula sedikit pun.
“Kenapa abang ni, tadi masa call excited nak jumpa isteri abang. Sekarang bibir boleh sangkut hanger pulak. Abang marah Sofea ke?,” dia meninggikan badannya untuk mencium bibir suaminya.
Tetapi lelaki itu masih mengeraskan badannya. Tiada suara yang menjawab, tiada juga kerdipan mata rindu itu.
“Abang marah Sofea ya? Sofea lambat, tadi Sofea salah masuk simpang, lepas tu jalan sehala, Sofea kena pusing jauh, maafkan Sofea abang, next time Sofea tak buat lagi, Sofea janji,” bibir suaminya di kucup lama, jiwa cinta pada suaminya tidak pernah surut.
“Abang, balaslah kiss Sofea ni, Sofea miss your kiss abang, Sofea tak boleh tidur malam bila ingat bibir abang, boleh gila Abang,” Nurlisa masih merengek meminta perhatian suaminya.
Matanya terpejam, menikmati bibir suaminya, walapun tiada langsung tindakbalas daripada suaminya.
Dalam dia menumpukan cintanya, dia terasa badannya di tolak kasar oleh suaminya. Badannya tertolak ke belakang dan dia hampir jatuh.
“Dari hari pertama kau jumpa aku, kau tahu aku suami kau, kau bodohkan aku dengan semua kisah lembik kau, semalam ada orang hantar video kau keluar dengan Jantan lain masa aku takde kat Arau. Aku bukan jambatan kau nak jadi orang kaya. Kali ni aku ceraikan kau dengan lafaz kat depan,” suara itu sangat kasar, matanya membulat dan nafaskan juga kasar
Nurlisa terkedu, dia tidak sempat kelipkan matanya, kerana semuanya sangat pantas
“Nurlisa Sofea, aku ceraikan kau dengan talak tiga, ini ada duit edah kau, kau jangan cari aku lagi, aku akan kahwin dengan pilihan keluarga aku,”
“Bahasa yang paling mudah nak faham, aku takkan sesekali mengaku kau isteri aku, kau bukan bekas isteri aku, kau cuma gundik aku untuk aku lepaskan nafsu aku, lepas aku kahwin nanti, isteri aku yang akan layan nafsu aku, kau boleh berambus”
Dan jejaka itu berlalu pergi selepas mencampak duit not 100 kepada Nurlisa. Nurlisa terkesima dan dia tidak sempat membalas semua kata kata suaminya.
Dia mengejar suaminya, dengan pantas mencapai lengan suaminya
“Abang, Sofea tak faham apa abang cakap, kenapa tadi masa call abang excited, now abang buat Sofea begini. Sofea tak cakap pasal kita sebab Sofea takut abang tak percaya. Sofea minta maaf abang, tolong abang jangan buat Sofea begini, Sofea minta maaf abang,” ketika itu suaminya mereguk tangan Nurlisa kasar.
Nurlisa merasa seuatu telah melukakan lengan, dia mengagak mungkin cincin suaminya. Dia masih berusaha untuk mencapai tangan suaminya.
“Arman, sorry I lambat,” mereka berpelukan dan berlalu pergi. Dia melihat mata wanita yang memeluk suaminya itu memandang tajam kearahnya.
Dia memberhentikan langkahnya. Dia tidak lagi berupaya untuk berjalan. Dia menangis semahunya.
“Tolong jangan pergi abang, Sofea tak buat semua itu, Sofea sayang abang. Tolong jangan tinggalkan Sofea abang, Sofea tak sanggup lagi,”
Dia menangis semahunya, tidak lagi malu untuk menangis. Suara tangisannya memecahkan keheningan pagi di taman itu.
Dalam kesedihan, dia merasakan seseorang menyentuh bahunya. Dan suara itu sangat familiar.
“Nurlisa, bangun..waktu zuhur dah masuk. awak mengigau ni.. Saya boleh dengar suara awak dari luar,” Dr Ammar menyentuh bahu Nurlisa lembut, dia melihat peluh membasahi dahi wanita itu.
“Maaf saya masuk bilik awak tanpa izin. Staff perempuan tak ada yang shift morning. Saya terpaksa masuk sebab suara awak menangis kuat sangat. Saya risau kalau awak apa apa,” suara penuh prihatin itu masuk ke telinganya.
Nurlisa membuka mata, dia memandang sekeliling, dia berada di bilik di resort, tiada Syed Arman, tiada taman disini. Dia melihat Dr Ammar memandangnya dengan dahi berkerut.
Dia dia bermimpi rupanya. Dia mengesat dahinya.
Dia memandang sayu ke arah Dr Ammar.
Rasa malu menerjah dirinya.
“Astaghfirullah hal adzim,” Nurlisa meraup mukanya perlahan.
“Saya mimpi buruk, Allauakbar,” Nurlisa membetulkan tudungnya. Dia bernasib baik kerana dia terlupa menanggalkan tudung semasa tidur tadi.
“Ammar, terimakasih sebab kejutkan saya, mimpi tadi seperti betul betul, minta minta Allah jauhkan daripada saya,” Nurlisa mencapai teleponnya, dia ingin memeriksa telepon kalau kalau ada berita tentang Syed Arman.
“Mimpi tu mainan tidur, awak terlalu fikir, jadi kadang kadang jiwa kita tidur dengan cerita semasa kita sedar. Insyallah, semua akan baik baik, awak kena positive. Saya keluar dulu, sekejap lagi staff akan hantar lunch awak. Ibu pesan jangan skip makan. Saya dah pesan bawakan susu dan bubur jugak, takut awak tak boleh terima makanan lain,” Dr Ammar melangkah ke pintu setelah dia menyelak langsir agar suasan bilik tidak terlalu suram.
“Terimakasih Ammar, saya bertuah kerana ada orang yang baik sekeliling saya,” Nurlisa bangun menghantar Dr Ammar ke pintu.
Nurlisa memeriksa teleponnya, tiada satu pun berita tentang Syed Arman. Dia perlu menelefon Ameena, jiwanya perlu tahu tentang suaminya.
“Assalamualaikum Ameena, bagaimana khabar boss?,”
“Allahuakbar, teruk ke?,”
“I faham, apa apa please update me,”
Nurlisa faham, di dalam perbualan mereka, Ameena ingatkan banyak kali supaya tidak sesekali menampakkan diri di hospital, kerana kedatangannya akan membuatkan suasana menjadi semakin teruk.
Sesungguhnya dia tidak faham apa yang di maksudkan oleh Ameena, tetapi dia tahu kehadirannya memang tidak pernah di undang.
“Ada darah beku kat kepala sebelah kiri boss, doctor decided untuk proceed with operation. Sama sama kita doakan Cik Lisa,” itu perkataan daripada Ameena yang membuatkan dia tidak senang duduk.
Nurlisa tahu pasti kepala Syed Arman terhantuk semasa di bilik air dan hantukan itu pasti kuat, kalau tidak masakan ada darah beku.
“Ya Allah, aku melutut padaMu yang Allah, janganlah Kau ambil nyawa suamiku Ya Allah. Berilah kesembuhan padanya Ya Allah, ampunkan dosa suamiku, berilah kita bahagia Ya Allah,” tanpa sedar doa itu meniti di bibirnya
Dia menyesal kerana tidak memberitahu tentang hubungan mereka, kalau tidak pasti pengakhiran mereka tidak begini.
Nurlisa kembali duduk di sofa di bilik itu. Dia teringat kembali mimpi sebentar tadi, terasa seperti baru berlaku. Untuk kisah 5 tahun dulu, pasti ada yang menghasut Syed Arman untuk menghantar nota cerai kepadanya. Dia pasti itu.
Kerana dia sangat pasti, kepergian suaminya pada subuh itu dengan penuh rasa cinta untuk dirinya. Walaupun suaminya pergi dengan senyap, tetapi pada malam itu, mereka saling meluahkan cinta. Mereka saling berjanji akan bercinta sehingga hujung nyawa. Mereka juga saling berjanji untuk memberitahu perkahwinan mereka.
********************
Tingkat 2, Prince Court Medical Centre
11 pagi
Syed Awaludin bersama Syed Adam keluar daripada bilik Dr Rajesh, Doktor yang mengambil case Syed Arman. Mereka harus akur dengan keadaan Syed Arman dan mereka juga sudah meletakkan tandatangan di borang itu.
Syed Arman harus di bedah untuk membuang darah beku di kepalanya, itu kata Dr Rajesh
Syed Awaludin teringat saat getir semasa 5 tahun dulu. Jiwanya kembali tidak keruan. Dia sangat takut sekiranya anaknya akan pergi darinya.
“Babah ada banyak perkara yang belum selesai dengan Arman. Babah ada banyak cerita untuk Babah ceritakan. Tapi nasib Arman tidak pernah baik, ujian Allah untuk dia juga sangat berat,” Syed Awaludin berkata sendiri, dia mengharapkan Syed Adam akan mendengar.
“Insyallah Babah, Adam call adik sekejap ya Babah, tadi adik pergi kereta, ambik telepon dia tertinggal. Lama pulak,” Syed Adam menjauhkan diri daripada Babahnya. Dia tidak mahu Babahnya resah mendengar bicaranya bersama Sharifah Teha
“Adik, Arman kena operate juga, ada darah beku, Adik kat mane?”
“Doktor jamin everything will be ok, adik tolong update Lisa ya, call Ameena minta Ameena call Lisa, jangan text,”
“Kita dah janji untuk jaga Lisa kan? Takper dik, apa akan ambil semua risiko kalau Babah atau Umi tahu. Now abang kena concentrate dengan Arman. Adik naik cepat, nanti Babah cari,”
Syed Adam memutuskan talian, kembali duduk di sebelah Syed Awaludin. Jiwa Babahnya tidak keruan, dia perlu kuat untuk Babahnya.
***************************************
Nurlisa melangkah perlahan ke pejabatnya di pagi Isnin itu. Setelah dia memakir kereta Syed Arman di parking VVIP itu, dia duduk lama di dalam kereta itu. Beberapa kali dia menyedut bau Syed Arman dari keretanya. Bau perfume YSL juga mngingatkan dia kepada suaminya.
Nurlisa membuka pejabatnya setelah sampai pada pukul 7.30am. Dia mengingatkan Ameena tentang perjumpaan mereka untuk memulangkan kunci kereta dan telepon Syed Arman. Dia tidak boleh menyimpan barang kepunyaan Syed Arman kerana tiada yang tahu itu barangan suaminya.
Dia masih bersyukur kerana Puan Hendon dan Dr Ammar menghantarkan sehingga ke Damasara. Mereka memastikan Nurlisa masuk ke dalam rumah. Mereka juga sempat menikmati minum petang di rumah Nurlisa.
Nurlisa melepaskan mereka pulang ke Janda Baik dengan jiwa yang sarat. Dia berdoa semoga Allah memanjangkan siratulrahim mereka, supaya dia punya ibu seperti Puan Hendon.
Jiwa Nurlisa tidak pernah sekali pun dapat melupakan Syed Arman. Tidak pernah…
Mengikut update daripada Ameena setakat semalam, pembedahan Syed Arman berjaya. Doktor memberitahu banyak tanda positive yang di tunjukkan oleh Syed Arman. Mereka tidak menerima pelawat luar, hanya ahli keluarga yang terdekat sahaja.
Walaupun tidak dapat melihat Syed Arman secara berdepan, Ameena ada menghantar gambar Syed Arman selepas pembedahan. Kepala masih berbalut dan matanya juga masih terpejam. Dia melihat suaminya sangat lemah.
Untuk kali ini, dia berjanji akan berbuat apa sahaja untuk kebahagiannya. Dia berjanji pada dirinya.
Terdengar pintu pejabatnya di ketuk daripada luar, seperti biasa, Ameena akan membuka pintu tanpa perlu di suruh.
“Good Morning Cik Lisa, boleh saya masuk,” gadis yang seksi itu menjengulkan kepalanya. Kelihatan wajahnya tersenyum memandang Nurlisa.
Dan seperti biasa, tanpa di suruh masuk, dia terus masuk dan menutup pintu pejabat Nurlisa.
“Cik Lisa apa khabar? I mendengar macam macam versi cerita, but I tak nak tanya Cik Lisa, sebab I tahu Cik Lisa tak ready,” Ameena mengambil tempat duduk di hadapan Nurlisa.
“Teha pesan, I kena jaga Cik Lisa. CEO pesan I kena jaga Cik Lisa. I percaya Cik Lisa ada relationship dengan boss, tapi kalau Cik Lisa belum bersedia, I tak kan paksa. I akan jaga Cik Lisa seperti yang CEO and Teha arahkan. Apa apa Cik Lisa boleh tanya I,” Ameena menyambut huluran kunci dan telepon Syed Arman.
“Ini car key and phone. I dah park kat tempat VVIP. Phone tu takde battery, I tak charge pun. I memang harap you update I pasal boss. One day, if keadaan mengizinkan, I akan cerita from A to Z. But not today,” Nurlisa bangun daripada kerusi dan menuju ke pintu pejabatnya.
“I nak cari Danish, kena hantar memo to HR on the staff movement. Nanti lepas ready, you email to HR and cc to CEO. We need to move 2 staffs from Operation Dept to here, for Project Tahfiz. Boss dah agreed last week. Nanti I sign letter tu,” Nurlisa keluar dari pejabatnya menuju ke staff working areas.
“Assalamualikum semua. wah…. semua datang awal today. I belanja nasi lemak lah,” Nurlisa beruntung kerana dia mempunyai staff bawahan yang tidak berkira kerja dan sangat proactive.
“Ameena, boleh tolong belikan 10 nasi lemak kat Café Muslimah, together with nescafe tarik ya, for 10 pax. I nak kuih jer, any kuih should be ok,” Nurlisa mengeluarkan note 100 dan menghulurkan kepada Nurlisa.
Ameena tersenyum menyambut not RM100 dengan senyum penuh mesra.

“Thanks Ameena,” Nurlisa berasa lega apabila melihat senyuman ikhlas Ameena. Dia tidak mahu Ameena merasa rendah diri apabila dia meminta belikan makanan, dan tentunya di luar skop kerjanya sebagai setiausaha.
“My pleasure Cik Lisa, anything for you,” Ameena menghadiahkan senyuman yang paling sempurna.
Dalam beberapa langkah ke pintu lift, kelihatan Sharifah Sakinah berjalan laju ke arah mereka. Dia kelihatan sangat terganggu dan riak wajahnya sangat kusut.
“I nak jumpa boss you, mana dia?,” Sharifah Sakinah berjalan laju memasuki ruangan staff dia tingkat 30 itu.
“Nurlisa, stay there, I need to talk to you,” suara Sharifah Sakinah bergema di level 30 itu.
Nurlisa terlihat terkejut dengan kehadiran Sharifah Sakinah. Dia takut apabila melihat wajah bengis Sharifah Sakinah.
“Kalau Cik nak jumpa saya, boleh masuk bilik saya,” Nurlisa cuba menutup gelodak hatinya.
“You jangan nak tunjuk lemah lembut depan staff you. Perempuan sundal macam you memang patut kena penampar,” perkataan penampar bukan setakat di mulut, tapi tangan Sharifah Sakinah menampar pipi Nurlisa dengan sekuat hati.
Badan Nurlisa terdorong ke belakang. Tidak berhenti di situ, Sharifah Sakinah cuba menarik tudung Nurlisa, keadaannya sangat kecoh, dengan suara Sharifah Sakinah yang memenuh ruang.

Danish mengambil langkah menghalang Sharifah Sakinah daripada mendekati Nurlisa. Nurlisa kelihatan sangat terkejut dan pipinya merah kesan tangan Sharifah Sakinah.
“You nampak alim, lemah lembut, tapi bersedudukan dengan Arman. Kalau you nak jual diri pun, boleh cari orang lain tak? Jangan kacau tunang orang,” Dada Sharifah jelas menahan marah. Dia mencampak tas tangannya ketepi supaya senang untuk dia mengerjakan Nurlisa.
Nurlisa menganjakkan drinya ke belakang, dia merasa sangat malu dengan staffnya.
“You tepi, kasi I ajar betina ni, jangan ingat you lembut, Arman boleh suka kat you. Sampai mampus pun you jangan berangan nak berlaki dengan Arman. Family dia dari class elit, takkan sama dengan perempuan hina macam you. Sedar diri sikit boleh tak? Atau you nak I ajar macamana nak sedar diri, macamana nak ukur diri,” tangan Sharifah Sakinah masih cuba menolak Danish ke tepi.
Dalam kekalutan itu, terdengar suara Eusoff di sebalik bilik tetamu tingkat 30 itu.
“Sakinah, suara you I dengar sampai bilik CEO. I datang sini sebab CEO yang minta I datang kerana ada staff yang hantar video to CEO,” Eusoff menarik lengan Nurlisa ke belakangnya. Dia menepuk bahu Danish memberi isyarat dia akan handle Sharifah Sakinah.
Semua yang berada di ruangan kerja staff itu memandang Eusoff dan mereka sanga bersyukur.
“Ameena, bawak boss you masuk bilik dia. Berikan Lisa air sekali, yang lain boleh bersurai,” mendengar arahan Eusoff itu, semua yang berkumpul di situ kembali ke tempat duduk masing masing.
“Danish, panggil security. CEO ask me to handle this,” Sharifah Sakinah terkejut dengan kehadiran Eusoff, seseorang yang pernah dia impikan untuk menjadi suaminya. Seseorang yang pernah datang dalam mimpinya.
“Sakinah, better you balik sebelum I hilang respect kat you. You hutang explanation and maaf dengan Nurlisa, sebab dia tak buat salah apa pun. But now please blah from here sebelum security seret you ke lobby,” suara Eusoff tidak kasar, tidak juga tinggi, tapi cukup di dengar oleh semua staff di ruangan itu.
“Fuck you betina, kisah you dengan I tak habis lagi. One day I akan habiskan apa yang tak habis today. I promised that,” Sharifah Sakinah mengambil tas tangannya dan berlalu pergi.
BERSAMBUNG

Share this novel

Yazni Ernie
2020-12-21 01:21:23 

uodate dear

Yazni Ernie
2020-12-19 22:41:35 

dh few week's, kan. u x update

Yazni Ernie
2020-12-19 22:41:02 

hi dear. update la mlm ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience