Bab 6

Romance Series 3575

"Cepat cakap.Alana nak tidur ni" Alana sengaja membuat muka budak sakai.

"Aku rasakan,baik kau pergi lari daripada nikah dengan aku" beritahunya.Alana hairan.Memang itu yang dia rancang!Alana tersenyum dalam hati.Kalau dia cakap tak nak, apa respons Danish eh.

"Tak nak.Lana nak kahwin dengan abang Nish jugak" Alana sengaja menyilangkan tangan ke dadanya.Terkejut Danish.

Damn!Dia nak kahwin dengan aku?Gila ke si Lana ni.

"Apa hal pulak?" Muka Danish kelihatan blur.Alana tersenyum.

"Suka hatilah.Abang yang cari masalah kan" Jawab Alana.Sekarang,firasat hatinya membuak-buak menyuruh Alana membatalkan hasratnya untuk lari ke Australia.Yes .She will do that!

"Kau ni memang suka menjawab eh" herdik Danish.Geram melihat Alana.

"Suka sangat.Dah la Abang Nish.Lain kali jangan buat masalah eh" hujah Alana lalu terus meninggalkan Danish.Alana bersorak dalam hati.Sebenarnya dia tak berani nak lawan cakap Danish,tapi beranikan jugak sebab nak mempertahankan diri sendiri.

"Just wait Lana.." bisik Danish sendiri.Kalau Alana tu adik kandungnya,dah lama buka gelanggang tinju tadi.

*******************
Alana duduk bersila di atas katil empuknya sambil membaca novel cinta tebalnya.Bagi Alana,setiap novel memang sama.Semuanya mesti bermula dari jatuh cinta atau kisah selepas berkahwin tetapi yang berbeza adalah jalan ceritanya yang sememangnya unik.

Sesekali dia menyelak setiap muka surat.Kalau lah ditakdirkan dia bercinta seperti novel yang dibaca.Memang seronok.

"Lana sibuk?" Puan Sri Syahima sudah berdiri di hadapan muka pintu.

"Tak mummy.Masuklah.." balas Alana lembut.Puan Sri Syahima duduk di atas katil Alana.

"Alana ok ke nak kahwin dengan Danish?" tanya Puan Sri Syahima.Alana menutup novelnya.

"OK mummy.Alana boleh terima" balas Alana.Padahal dalam hati bersorak sebab dapat balas dendam masa kahwin.

"Mummy akan pastikan Alana ni dijaga dengan baik.Anak kesayangan mummy ni" hujah Puan Sri Syahima ceria.

Habis la kau Danish.I will show you,who is the Alana.Bisik Alana sambil tersenyum Sinis.

"Bila Alana dah kahwin nanti,alone la mummy.." Kata Puan Sri Syahima separuh merajuk.Alana ketawa.

"Comel la mummy ni" Alana memeluk mesra Puan Sri Syahima.

"Tapikan mummy,Danish boleh ke tahan dengan Alana?" Alana melepaskan pelukan.

"Why not?" Puan Sri Syahima tidak mengerti.

"Alana manalah pandai masak,mummy..." jawab Alana.

Danish dah la suka makan macam-macam.Habislah amba.

"Erk,that's I'm not sure. You can ask him to teach you to cook" balas Puan Sri Syahima acuh tak acuh.Alana ketawa paksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience