Bab1

Romance Series 3575

Tersenyum Alana sewLaktu wajah kacak Danial di hadapannya.

"Tersenyum je ni.Why?Share la sikit" Danial menegur Alana yang dari tadi dok khayal aje.Alana berkelip dua tiga kali sebelum kembali ke alam nyata.

"Tak adalah..Lana teringat pasal pesan umi tadi" tipu Alana acuh tak acuh.

"Ye ke?Ke tengok Danish berenang kat kolam tu?" usik Danial sambil matanya memandang ke arah adiknya Danish yang sedang berenang bersama rakan-rakannya yang lain.Terus terbeliak mata Alana.

"Ish..mana ada.Tak terdetik langsung Lana nak tengok muka prince jerk tu..". Alana tak paham.Antara Danial dengan Danish, Danial lagi baik. Jauh beza dengan Danish tu.Perangai tak pernah tak annoying.

" Amboi..anak umi ni bukan main ye berbual" tegur Cik Hana mesra.

"Lana ni umi.Syok tengok Danish" usik Danial lagi.Serentak Danial dan Cik Hana ketawa.

"Memang umi tak akan percaya kalau si Lana syok dekat Danish tu.Hari-hari bergaduh aje." Cik Hana memandang mesra wajah Alana.Terus muncung Alana jadinya.Macam perli aje umi ni.

"Hmm..dah la.Lana nak masuk bilik kejap,ye" laju Alana menapak ke atas.Bukan nak ambil apa pun.Tapi,lepas nampak Danish keluar dari kolam tu yang jantung Alana berdegup.Takut tiba-tiba dia join perli Alana jugak nanti.Lagipun,Alana nak jaga mata.Tengok badan si Danish tu nak buat apa.Mahu tak tidur Alana malam.Perlahan Alana menjejakkan kaki ke dalam biliknya.Seketika,dia berhenti.

"Alaa..tertinggal novel pulak kat bawah"Alana baru teringat yang novel dia tertinggal di atas sofa.Segera Alana berpusing untuk turun mengambil novel.

D'buk

"Hoi! Buta eh?!" lantang suara Danish memarahi Alana.Takut jadi Alana dibuatnya.

"Sorry abang Danish.Alana nak cepat" Alana menundukkan wajahnya.

"Lain kali guna mata nak jalan" sinis ayat Danish. Pedas.Alana mengangguk beberapa kali sebelum kaki melangkah ke arah tangga.

Danish ni kalau ayat tu tak sakitkan hati orang tu bukan Danish la tu.Muka dah handsome dah.Seribu kali lagi handsome dari abang dia tapi perangai mengalahkan singa lapar.Asyik marah aje.Tu la sebab Danial tu prince charming dan Danish prince jerk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience