Bab 1: Felix si Vampire kacak

Vampire Completed 7526

" Boss, ada orang buat kacau di kawasan kita. Diorang mahu meminta wang daripada peniaga yang berada di bawah port kita. Macamana Boss?" tanya anak buah Felix.

" Kau kasi setel macam biasalah macha. Dia ganggu kita, kita ganggu dia balik. Jangan sampai lepas. Potong kepalanya kalau dia melawan" arah Felix.

Felix memang jejaka handsome, hot and sexy. Wajahnya menawan kalbu. Sekali pandang mesti nak pandang lagi.
"Jom gerak, Jap lagi aku nak pergi office. Malam karang kita berburu.. sekaligus bunuh lalat yang berani ganggu kawasan kita" katanya lagi.

Mansion Felix terletak nun jauh di kawasan hutan yang dikelilingi tembok yang tinggi. Tak lupa juga tempatnya menyimpan pelbagai senjata yang terletak di bawah tanah. Sesiapa yang pernah melawat mansion Felix pasti ketakutan. Apa tidaknya, kepala orang yang dipenggal dijadikan perhiasan di sepanjang jalan menuju pintu utama mansion. Tengkorak yang diawet pula diletakkan di dinding rumah.. Uish.. seram deh gue..

Mereka pun menaiki kereta menuju ke office Felix. Syarikat Felix adalah antara syarikat yang gah menjulang nama di persada dunia. Namanya Felix VM Holdings. Sebuah syarikat pengeluar tekstil terbesar yang mempunyai 5 cawangan di beberapa buah negara.

Muda-muda dah berjaya kan.. Actually, syarikat tersebut adalah kepunyaan datuk Felix iaitu Datuk Paque. Datuk Paque sudah meninggal dan Felix yang mewarisi kekayaan datuknya itu. Aset yang ditinggalkan oleh Datuk Paque menjadikan Felix seorang billionaire.

Malam menjelang tiba. Felix dan orang kanannya masuk ke salah sebuah kelab malam yang terkemuka di Bandar Y. Tujuannya mahu berbincang dengan cara "baik" dengan ketua gangster yang menganggu kawasan.

" Helo brader.. Saya Felix. Saya mahu berbincang beberapa perkara. Kita bincang di bilik VIP. "
"Jomlah.. sapa takut" kata ketua gangster dengan wajah bengis.

Mereka menempah bilik private untuk berbincang. Tak lupa juga room service dan wanita pelayan.

Felix menepis tangan perempuan yang asyik mahu merabanya. "Dasar perempuan gatal" getusnya.

" Arahkan yang tak berkaitan keluar. Aku tak suka lalat yang menganggu perbincangan kita" kata Felix tegas. Matanya berubah menjadi semakin hitam apabila marah.

" Keluar semua kamu yang perempuan" kata ketua gangster.

"Baiklah, saya straight to the point. Apa motif kamu kacau kawasan saya?"

"Hahaha.. motif? mestilah nak duit. Apa kata kita share-share? 50-50 deal? " tanya ketua gangster.

"Saya tak setuju. Itu kawasan adalah hak mutlak saya. Jangan ganggu kami lagi. Siaplah kalau sampai hal ini berulang lagi. Siapa yang mahu share-share. Tak hingin aku " kata Felix.
" Jangan main-main. Kau untung aku pun untung" katanya memujuk Felix.

"Untung kepala botak kau. Aku cakap tak mahu, tak mahulah. Tak faham bahasa ke? "tempik Felix baran.

"Hey, hey.. Cool down young man. Jangan marah Felix. Tapi kau ni memang nak kenalah.Tak dapat cara halus, aku dapat cara kasar" kata ketualp gangster.

Dia meluru ke arah Felix sambil melepaskan tumbukan paling padu ke arah muka kacak Felix. Felix yang sudah bersedia, cepat-cepat mengelak. Ketua gangster hanya mampu menahan sakit apabila hanya menumbuk meja. Felix mencengkam belakang baju si gangster dan melepaskan tumbukan bertubi-tubi.
"Rasakan, beraninya kamu nak merosakkan aset muka kacak saya" katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience