Bab 50: Hero pujaan

Vampire Completed 7526

Mallone sampai di sekolah dengan selamat. Motornya diparkir di tempat student parking kenderaan.

Dia disambut oleh empat orang sahabat baiknya, Eddy, Fred, Johnny dan Pupu. Mereka masing-masing mempunyai karakter sendiri namun berkawan baik sejak form 1 lagi.

"Bunga raya kembang berseri,
Saya ucap selamat pagi"
Kata Eddy berpantun kepada Mallone.

"Pak kaduk pergi ke kedai,
"Saya nak ucap bai bai" kata Mallone mengusik temannya.

"Eleh, nak pergi mana awal-awal ni? Kebiasaannya tok ketua tak seawal ini" kata Fred.
"Jangan la panggil tok ketua. Aku nampak tua kalau disumpah macam tu. Jatuh merudum saham" kata Mallone.

"Bukan sumpahan tapi kenyataan. Tok ketua bukankah panggilan paling afdal buat kamu" kata Pupu. Pupu muda sikit. Dia form 4 tapi bergaul dengan Mallone sebab dia salah seorang ahli Pengawas yang berada di bawah pimpinan Mallone.

"Agak-agak lar.. "sahut Mallone.

"Eh, ada orang datangla.. awal siot awek tu datang sekolah.. Pukul Enam pagi dia sampai do"kata Fred tiba-tiba.

Engsel pintu pagar dibuka dan Melia melangkah masuk. Mereka memandang gerangan yang menuju ke arah mereka.

Melia datang sekolah pakai ilmu magik ok.. Diakan vampire jadi dia boleh ghaib dan muncul dimana-mana.. Sebab tu mereka tak dengar bunyi kenderaan.

"Fred, kau tampar aku jap. Nak tahu aku bermimpi ke tak" kata Mallone.

"Betul ke bos? Tak nyesal nanti? " kata Fred.

"kau tampar je. Jangan kat muka" kata Eddy.

Fred pun dengan pantas menampar belakang kepala Mallone.

Malangnya Mallone mengelak dan tamparan itu terkena Pupu. Pupu marah.

"Eddy, kau tahan tangan aku. Takut tak dapat kawal kemarahan, aku belasah si Fred"kata Pupu.

Drama mereka berakhir ketika Melia terpacak di depan mereka. Mallone masih terpana dilanda angin cinta. Atau mungkin juga ribut petir sekali dengan guruh.. tak padan dengan budak..

Tap tap tap..
Melia memetik jari di hadapan mereka.

Mallone tersedar dan kalut bertanya.

"Eh, awak dah sampai? Awalnya" kata Mallone.

"Ha'ah.. jam begini biasanya saya dah datang ke sekolah. Awak lupa atau buat-buat lupa? " kata Melia.

"Korang tunggu aku kat tempat biasa. Aku ada hal nak discuss dengan dia" kata Mallone.

Mereka berempat menurut. Johnny yang paling pendiam dapat merasakan aura pelik dari Melia.
Namun, dia hanya diam.Mereka bergerak ke bilik khas mereka.

"Awak nak cakap apa?" kata Melia.

"Tak de.. nak cakap i miss you so badly" kata Mallone.

"Melia tunduk malu. Asal la dia ni nak luah perasaan.

"Awak tak rindu saya ke? " tanya Mallone.

"Awak tak rasa semua ni terlalu awal? Kita masih student. Sepatutnya tak boleh bercinta. Kalau setakat berkawan, saya okay" kata Melia.

"Maksudnya, awak tolak cinta saya lagi? " kata Mallone.

"Bukan macam tu. Lepas exam saya bagi jawapan. Sekarang ni kita kena fokus pada pelajaran dan saya harap lupakan perasaan awak sekejap"

Mallone sudah nak kecewa. Hatinya hancur lebur.

"Lepas exam berlalu, saya terima cinta awak" sambung Melia.

Mallone yang kecewa tak jadi hanya mengangguk.
"So friends? "kata Melia. Dia menghulur tangan untuk shake hand.

Mallone teragak-agak menyambut. Soalnya dia tak pernah sentuh perempuan apatah lagi berjabat tangan.

Mallone terkejut melihat rambut Melia bertukar merah serta biji matanya bertukar berwarna kuning cair saat mereka berjabat tangan.

"You?"kata mallone kaget.
"So yeah, am vampire too. Puak vampire berambut merah dari selatan"

Mallone diam tak terkata.

"Jangan risau, saya takkan terkam awak"sambung Melia.

Mallone pula hanya diam. Lidahnya kelu..

"Awak masih sukakan saya ke? Kalau tak, kita akhiri semuanya" kata Melia.

"Bukan macam tu. Saya sukakan awak. Cuma tak sangka awak pun vampire" kata Mallone.

Bahaya bahaya bahaya...
Itu yang dirasakan Mallone. Bergegas dia tinggalkan Melia.

Melia hanya pandang langkah hero pujaan yang sedang melangkah berlalu meninggalkannya.

Again.. dia ditinggalkan. Sebab itulah Melia tak punya kawan. Dia lebih selesa bersendirian.
Dia gembira apabila berkenalan dengan Mallone.

Mallone sampai ke bilik khas tergopoh-gapah.
"What happen to you dude? " sapa Eddy.

"She's vampire.. tapi kenapa auranya saya tak dapat kesan" kata Mallone.

"Oh God. Kau lupa kau pun vampire juga. Asal nak takut pula? " kata Fred.
"Mereka puak vampire berambut merah. Saya baru tahu tadi"

"Bukan ke puak vampire kita lebih kuat dari puak mereka. Tak payah takut. Awak tanya pada ayah awak pasal mereka. Pasti mereka faham" kata Eddy.
Loceng yang dibunyikan membuat mereka bubar. Mereka berjalan menuju ke kelas masing-masing. Mallone terserempak dengan Melia. Kali ni Melia hanya tunduk memandang kasutnya. Siapalah dia mahu memandang orang paling popular di sekolah.

Mallone henti betul-betul di hadapan Melia. Tangannya menyentuh dagu Melia supaya mendongak.

"Saya sahut cabaran awak. Pastikan awak tepati janji" kata Mallone dan tersenyum manis bak gula. Giliran Melia pula terpana. Angkara senyuman maut si Mallone.

Para admirer Mallone teriak histeris. Punah harapan apabila hero pujaan telah mempunyai buah hati. Mallone berlalu ke kelasnya.

Melia pula dikerumuni sekumpulan gadis. Nak minta tips untuk mengorat crush. Melia yang biasanya tak bercakap hanya menjawab apa yang perlu. Mereka masuk ke kelas.

Melia langsung tak dapat fokus. Kata-kata Mallone terngiang-ngiang di benaknya.
Nampaknya dia perlu berbincang dengan Tuan Eros tentang hal ini. Takut pula puak mereka saling bertempur apabila bertemu dengan puak Felix.

cinta monyet Mallone dan Melia. Banyak lagi chapter story ni. Sampai hero dan heroin mempunyai cicit. Jangan bosan membaca ok..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience