Rate

bab 1

Romance Series 11056

kaki panjang Isabella laju berjalan kearah shopping complex, tujuannya hanya satu! untuk pergi ke popular membeli buku novel, ha Isabella ni minat gila tau baca novel!! , setelah memilih buku novel yang memenuhi cita rasanya barulah Isabella membuat pembayaran di kaunter

"Okay cik berapa ye semua?" dengan senyuman manis Isabella melemparkan terhadap cashier perempuan itu
" rm 110 cik " dengan bersahaja cashier perempuan tu berkata dengan tiada segaris senyuman di mukanya
" nah duit.. by the way akak kena selalu senyum dengan customer, muka tu dah macam jeruk dah masam dia , takut lari pulak customer nanti " Isabella memang pantang kalau orang kurang ajar atau pun tidak ada adab bila berhadapan dengan nya , apa lagi kan dah kena sound haaa hamek kau..
berubah terus air muka akak cashier sombong itu bila ditegur begitu, tersentap ! tetapi dia berlagak biasa sahaja separti tiada apa yang berlaku.
Isabella naik meluat melihat muka akak cashier yang sombong itu, dengan tiru muka selamba cashier itu dia berlalu keluar dengan hati yang panas , semasa dia keluar dari kedai itu dia terus membelek novel novel yang dibelinya dengan riak muka yang sangat teruja terlupa seketika hati yang sedang panas bila memandang muka akak cashier yang sombong itu

sedang dia tersenyum gembira melihat novel novelnya, seperti ada benda yang keras melanggarnya dan menyebabkan novel novelnya turut terlepas dari tangan dan terjatuh di lantai mozek itu, dengan hati yang panas dia terus memandang si pelanggar yang buta itu dalam hati dia menyumpah seranah orang yang melanggarnya itu dan dengan muka yang menahan geram terus dia mendongak ke atas dan melihat seorang lelaki yang tinggi lampai berkemeja hitam dah berseluar jeans biru gelap dan matanya terhenti di leher lelaki itu panjangnya leher dia... eh jangan nak berangan !ni leher dia tapi mana muka mamat buta yang suka suka hati langgar ku lepastu tak reti mintak maaf ni? cuba dongak sikit lagi bisik hati Isabella.. aduh sakit tengkok aku kalau macam ni orang ke tiang lampu ni? Isabella berbisik sendiri sebelum menyambung memandang muka si tiang lampu + si buta dan sekali lagi dia tergamam...
putera kayangan! bisik hati Isabella. Isabella berangan seketika lamunanya terhenti apabila lelaki di hadapannya itu menjerkah dengan suara yang tinggi " excuse me are you blind?! "
eh eh biadap betul mamat ni harap je ada rupa macam putera kayangan tapi perangai serupa macam samseng! ni bukan putera kayangan ni putera samseng !
" im sorry " dengan berlagak bersahaja Isabella menuturkan kata maaf sambil memandang lelaki itu dengan pandangan sinis, Danielle memandang perempuan di hadapannya dengan pandangan tajam , apabila matanya merenung mata Isabella seolah olah dia dapat melihat kedukaan dah kekecewaan di dalam mata itu.., ahh dia malas nak menghiraukannya bagi dia perempuan semua sama !!

" excuse me young lady kau buta ke apa ? itulah sibok sangat tengok novel sampai orang lalu lalang pun tak nampak , kesian ada mata tapi buta! "
eh eh mamat ni, ni sudah melampau aku dah cakap sorry tu kira settle la yang dia nak besar besarkan hal ni kenapa ?
" excuse me mamat muka ketat, saya yang buta ke awak yang buta?! dia yang dok berkepit dengan awek dia, gelak tak ingat dunia pastu dah langgar orang cakap salah kita! dasar buta ! " sengaja dikuatkan perkataan buta itu bagi menambah geram kepada mamat muka ketat itu
" what did you call me ?" Danielle mencerlungkan matanya sambil merenung tajam kearah perempuan dihadapannya itu
" yes mamat...ops I mean you.. and tak payahlah nak buat mata macam tu.. nak saya cucuk mata awak guna ranting ke ?" sambil tangannya buat bentuk peace dan membuat gaya hendak mencucuk mata mamat muka ketat itu
Danielle lantas memegang kasar lengan Isabella dan menarik lengan Isabella hingga menyebabkan keadaan dia dan Isabella hanya sejengkal jaraknya matanya juga merenung tajam mata Isabella hingga menyebabkan Isabella melarikan pandangannya, Isabella tergamam dengan perlakuan lelaki di hadapannya ini dan sedaya upaya melepaskan lengannya dari genggaman erat lelaki itu dan tapak tangannya menolak dada lelaki itu hingga lelaki itu terdorong ke belakang, tapi hanya beberapa tapak jauh darinya.. huh tu baru aku tolak sikit tau , tu pun dah hilang imbangan! bisik hati Isabella puas.." you ingat I ni wife you ke nak pegang sana sini?!" kasar Isabella bertanya dengan muka menahan geram
lantas Danielle menjawab " kenapa kau teringin nak jadi wife aku ke ? jawab Danielle dengan mendekatkan dirinya dengan Isabella dan membisik lembut di telinga Isabella! fuh boleh patah lutut aku macamni! asal jantung aku berdebar semacam ni? lagi sekali tangannya menolak dada bidang milik lelaki itu Isabella menjawab dengan kasar " eh awak jangan perasan la! matanya beri jelingan maut kepada lelaki dihadapanya itu
Isabella mengalih pandangan terhadap gadis di sebelahnya " eh you cakap dengan boyfriend you ni tolong jangan sesuka hati nak pegang tangan I , you tak jealous ke dia sentuh I ? " Isabella bertanya dengan melirik matanya kepada lelaki itu tapi cepat cepat dia merenung kembali gadis yang bersebelah dengan lelaki itu, hati kecilnya berbisik betul ke ni girlfriend dia? jangan salah sudahlah buat malu aku je!! bentak hati kecil Isabella..
Danielle memandang gadis yang berada disebelahnya dan gadis itu pun turut memandang Danielle dengan serentak kedua duanya menghamburkan ketawa , seketika itu tergamam buatnya Isabella memandang Danielle dia gelak pun handsome siot!! tapi bila dia gelak lagi macho!! hati nya berbisik sendiri matanya masih lagi merenung Danielle yang sedari dari tadi gelak dan tanpa disedari bibir munggil Isabella tersenyum seketika dan kembali merenung Danielle...

sedang Danielle mentertawakan Isabella matanya tertumpu kepada Isabella , hatinya berbisik kenapa minah ni tenung aku macam tu? hati lelakinya sedikit terusik melihat senyuman daripada bibir munggil itu , tiba tiba akalnya berbisik. " kau kena ingat nielle perempuan semuanya sama" cepat cepat Danielle kembali tersedar dari lamunanya! " eh yang kau tenung aku macam tu kenapa? dah jatuh hati ke? and for your information this is my lovely sister , maya nama dia..kenapa ? kau jealous?! " jawab Danielle kasar.
entah kenapa dia berasa lega mendengar penjelasan mamat muka ketat itu , takkan jatuh cinta kot? nonsense!!! bentak akalnya..
"eh takde masa la saya nak jealous dengan awak!! saya tenung awak sebab saya pelik , hidup lagi rupanya manusia spesis macam awak ni kenapa tak pupus je? second kalau dia kakak awak ke mak awak ke even wife awak sekalipun kisah apa saya? takde kena mengena pun dengan saya" jawan Isabella selamba

Danielle kembali tersenyum sinis " kau fikir aku bodoh ke? kau tenung aku pastu kau tersenyum sorang sorang macam kerang busuk! aku pun pelik jugak kenapa lah spesis macam kau ni tak mampus terus takdelah semak aku tengok!" jawab Danielle kasar sambil tangannya menguak rambutnya yang terjuntai ke dahi , Isabella tersentap , habis la kau bella kan dan kantoi kau berangan!! adoyaii bisik Isabella, cepat Bella pertahankan diri kau! cepat!!
" eh awak ni kan cakap ikut sedap mulut je kan? ? cakap sesedap hati je saya sumbat mulut awak dengan cili padi nanti kang!! " jawab Isabella seraya tangannya membuat gaya ingin menyumbat cili padi ke dalam mulut Danielle

maya tergelak gelak melihat dua orang insan dihadapannya yang sedang sakan bergaduh , beberapa kali tangannya menutup mulut supaya ketawanya itu tidak didengari oleh abangnya Danielle , silap silap boleh kena pelangkungla jawabnya, aku jugak yang malu nanti!! haih apalah dah besar pun dah bergaduh macam budak budak! tawanya bersambung lagi

Isabella geram sungguh melihat Danielle yang tidak berputus asa menyakitkan hatinya!! egonya terguris! selama ini tiada seorang lelaki pun yang boleh berlawan mulut dengannya melainkan.... ayah tirinya
" eh dah la buang masa aku layan kau kat sini ! " bentak Danielle kasar lalu terus menarik adiknya maya, supaya berlalu dari situ dan meninggalkan Isabella yang menahan geram dari tadi hati lelakinya ingin tergelak melihat kemerahan muka Isabella yang menahan geram! ish geram nak cubit cubit je pipi tu bisik hati kecil Danielle Isaac tiba tiba dia teringat kejadian yang berlaku 10 tahun lepas, akalnya berkata " kau nak kecewa lagi ke nielle? sudah sudah la tu perempuan semua sama " Danielle meraup wajahnya dengan kasar dah menjerit" nonsense!!" maya terkejut melihat Danielle abangnya " abang okay ke? " Danielle hanya pandang maya adiknya, lalu mengangguk dan mengusap kepala adiknya

Isabella merasakan hatinya sungguh panas tunggu masa nak meletus je! macam gunung berapi ! "nasib la kau blah mamat muka ketat kalau tak , silap silap esok masuk berita " seorang lelaki ditemui mati di shopping complex kerana berlawan mulut dengan seorang perempuan " Isabella bebel seorang diri sambil berjalan menghampiri tempat parking keretanya..
setelah memanaskan enjin keretanya dia memandu perlahan keluar dari shopping complex itu .. tiba tiba
GEDEBUMMM
"ya allah siapalah yang biadap main langgar buntut kereta aku ni ?! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience