Rate

bab 3

Romance Series 11056

sampai sahaja dirumah bella terus menghempaskan tubuhnya di atas katil yang bersaiz king itu. dia mengeluh perlahan. tangannya lincah membuka ikatan rambutnya itu "huh penatnya harini..." ucap bella perlahan sambil mendepangkan tangannya. bella terpaksa pulang ke rumah dengan menaiki teksi.keretanya sudah pun dihantar ke workshop lelaki itu. mamat itu ada bengkel sendiri? dia owner bengkel itu ke? tapi kalau dilihat dari segi pemakaian, nampak macam mamat itu kerja dekat office takde pula menampakkan ciri ciri owner workshop itu. eh, tak mustahil juga. ish kenapa aku fikir pasal mamat tu? waste my time je. bella memarahi dirinya sendiri. baru sahaja kenal beberapa jam dah pandai nak teringat ingat dekat orang itu. buatnya dia tu ada niat jahat ke? tak pun mamat tu pengedar dadah? eh takkanlah... teka bella sambil jari telunjuknya mengetuk ngetuk dagunya, gaya seperti orang tengah berfikir. ah, malas aku nak ambil tahu. tiba tiba pintu bilik bella diketuk. shit! aku baru je baring!! "siapa tu" terjerit sedikit suara bella. "mak wan ni ha.." bella bangun dari pembaringannya, tangannya memulas kasar tombol pintu biliknya itu. "ye ada ada mak wan" soal bella sambil tangannya menutup mulut yang sedang menguap itu.. "cik bella, papa cik bella nak jumpa"
"nak jumpa? kenapa? ada apa?" bertubi tubi soalan bella
"entahlah cik bella" mak wan menggeleng perlahan kepalanya tanda tidak tahu.

tanpa berlengah bella terus menuruni anak tangga rumah banglo 3 tingkat milik Dato Jamaluddin itu. hatinya tertanya tanya kenapa papa hendak berjumpa dengannya?

" abang, Zan bukan apa.. tak macam terlalu awal ke semua ni? boleh ke bella terima keputusan abang ni?" risau sungguh Datin Zan Zareeda kalau keputusan suaminya Dato Jamaluddin, itu akan menyebabkan pertengkaran di antara bella dan suaminya itu. sudahlah anak dia itu keras kepala, mana suka kalau ada orang yang ingin mengatur hidupnya itu. pasti bergaduh besar nanti. tetapi ini semua untuk kebaikan dan masa depan bella juga. "awak jangan risaulah Zan, saya akan pastikan anak awak itu setuju dengan keputusan saya" dia cuma mahu yang terbaik untuk anak tunggalnya itu. ini juga untuk masa depan anaknya! dia akan pastikan anaknya itu setuju dengan keputusannya itu! muktamad.
"Zan rasa...." bicara Datin Zan Zareeda terhenti apabila kelibat anak perempuan nya itu. hatinya berdebar debar!

anak mata bella laju memandang ke arah papa dah mamanya itu. nampak macam serious talk aje.
"ye pa, ma kenapa nak jumpa bella? macam serious je?" soal bella kemudian matanya memandang kedua ibu dan bapanya silih berganti. dia melabuhkan punggungnya dia atas sofa empuk yang berhadapan dengan papa dan mamanya. "pa? ma? why? kita nak discus pasal apa?" soal bella macam tak sabar sabar sahaja bunyinya.

Dato Jamaluddin memandang isterinya dan menghembus nafas yang panjang. "papa nak bella kahwin" tenang sahaja suara Dato Jamaluddin ketika itu.

terbuntang kedua dua biji mata bella bila mendengar jawapan papanya, terbangun terus bella dari sofa empuk itu "what?! kahwin?? no!! bella taknak" jawab bella keras.gila ke nak suruh aku kahwin?! "sayang...please dengar dulu, this is for your future sayang.." Datin Zan Zareeda cuba untuk melembutkan hati anaknya itu. dia juga sudah dapat mengagak ini semua akan
berlaku. anaknya itu sungguh keras kepala.
"bulan depan bella akan berkahwin dengan calon pilihan papa" beritahu Dato Jamaluddin lagi.
"what?! papa please I'm not ready yet..I'm too young to get married papa." lirih sahaja suara bella ketika ini. "too young? apa maksud bella dengan too young? bella sedar tak yang umur bella dah 25? bella nak tunggu papa dengan mama tutup mata dulu ke baru bella nak kahwin?" ternaik suara Dato Jamaluddin. terketar ketar bibirnya menahan marah. "i don't want!! bella taknak!!!" jerit bella dan terus bangun menuju kearah tangga sudah bersedia untuk menapak ke tangga itu "bella!! listen to me!" jerit Dato Jamaluddin sambil memegang dada sebelah kirinya gaya seperti sedang menahan sakit. Datin Zan Zareeda mengusap lembut belakang dada suaminya itu dengan esakan kecil. bella langsung tidak mengendahkannya kakinya laju menaiki tangga "bella papa....." Dato Jamaluddin terus rebah dan terjatuh ke lantai. "abang.....ya allah bella!!!" jerit Datin Zan Zareeda kepada bella.

langkah bella terhenti bila terdengar esakan mamanya itu semakin kuat. dengan laju dia menuruni anak tangga itu. "papa!!! ya allah papa...mama what happened??" tanya bella dalam muka yang penuh kerisauan. dia meletakkan kepala papanya dia atas riba.
"pa...pp...papa nak bella setuju dengan keputusan papa...bo..bo..boleh ye nak? papa....nak bella tu..tunaikan permintaan papa ni...papa hi..hidup dah tak lama dah bella.." tersekat sekat suara Dato Jamaluddin ketika ini. nafasnya juga sudah tersekat sekat.

ya allah apa aku nak buat ini? tolong hambamu ini ya allah..." ba..baik pa, bella setuju"
ya allah aku redha ya allah jika ini yang terbaik untuk ku.. aku redha ya allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience