EPISOD 2 - SERANGAN BOMOH ORANG ASLI

Others Series 1018

Wali Allah perempuan itu dipanggil Nur. Nur dilihat oleh orang kebanyakan seperti biasa sahaja akan tetapi pada orang yang jika hijab atau mata batinnya di chakra ajna terbuka. Dia mampu melihat cahaya aura yang bersinar disekeliling jasad Nur. Gelombang dari tenaga cahaya berfungsi sepenuhnya menghasilkan aura positif. Tiada satu aura negatif pun dapat menembusinya. Wali Allah berkait rapat dengan tenaga dalaman sama ada semulajadi atau berguru. Keupayaan mereka berbeza kerana setiap amalan kerohanian tidak sama. Kebanyakan mereka tenang sahaja dalam apa situasi sedikit pun tiada gentar dan kurang berkata perkara kosong yang tiada faedah. Satu hari Nur diuji oleh seorang bomoh orang asli kerana bomoh itu dapat melihat cahaya yang terpancar. Nur menyedarinya, Nur hanya berdoa minta supaya Allah selesaikan mereka yang menyerangnya. Bomoh orang asli mati keesokan harinya dengan badannya bengkak-bengkak dan sebelum kematiannya di kepanasan kata isterinya . Apa yang diniatkan bomoh orang asli itu kepada Nur tertulah kepadanya semula dengan izin Allah Taala.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience