EPISOD 1 - PENGENALAN

Others Series 1018

Permulaan kisah bermula dari seorang Wali Allah perempuan yang terpilih dan telah menerima ujian-ujian yang hebat dari Allah Taala. Pengembaraan hidupnya banyak berjumpa dengan Wali Allah yang lain dan juga dari alam ghoib. Wali Allah adalah insan terpilih yang dekat hati, jiwa, kalbunya tak henti-henti berzikir nama Allah dan Rasullullah. Doanya yang makbul tanpa hisab. Setiap geraknya akan dirujuk dengan Allah Taala sebelum dia melangkah kakinya. Setiap rezeki yang dia terima pasti dia meminta izin kepada Allah terlebih dahulu sebelum menjamahnya. Wali Allah berbeza penampilan ada yang nampak seperti kurang siuman, ada yang nampak seperti orang jahil, ada yang nampak biasa-biasa dan ada yang nampak seperti orang alim. Mereka sama dari segi keimanan. Untuk sampai tahap ini mereka diuji pelbagai ujian kehidupan sehingga mencapai tahap makam-makam ter tentu. Oleh sebab itu bergantung pada amalan seseorang ada yang boleh terapung ketika membaca Doa, ada yang boleh ghoib, ada yang boleh menjelma, ada yang pelbagai kebolehan. Akhir zaman ini jangan mudah tertipu dari penampilan alim belum tentu mereka tu Wali Allah.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience