Rate

BAB 5

Romance Series 3867

Bekerja sebagai jurujual di WATSONS menyebabkan masanya lebih banyak di tempat kerja berbanding di rumah. Bekerja di tempat begini juga memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dalam menghadapi perangai pelanggan yang cerewet serta bos yang pilih kasih dan juga pekerja yang berlagak ‘ala-ala’ diva dan ‘ala-ala’ bos.

“Woi sundal! Kau ni memang mengular je kerja kau kan?”, jerit si Nur kepada Esya.

Esya yang baru sahaja masuk kerja terperanjat mendengar jeritan tersebut membalas ,”Apa sundal-sundal? Kau ni tak reti nak panggil orang elok-elok ke apa? Buta ke aku baru masuk kerja?”

Nur , manusia ‘ala-ala’ tomboy yang pantang dijerkah terus menyerang Esya sehingga Esya jatuh terduduk gara-gara ditumbuk oleh si Nur tomboy tersebut.

Berlakulah aksi tolak-menolak , tendang-menendang antara Nur , Esya dan juga staff yang lain termasuklah aku , Amani yang ingin membantu Esya. Sehingga berselerak bahagian dalam stor.

Bella , sebagai ‘lelaki berpewatakan perempuan’ menyelamatkan Esya dari terus diserang oleh Nur.
“Woi Nur , kau sedar sikit kau tu perempuan , aku ni siapa ? jangan sampai kau yang aku apa-apakan” jerkah si Bella.

Nur sempat membalas walaupun lihat seperti ketakutan setelah dijerkah oleh Bella.
“Kau ingat aku takut dengan kau? Kau nak buat apa dekat aku? Nak rogol aku? Hahahah”, balasnya.

Maka makin teruklah pergaduhan itu berlaku apabila Bella menendang Nur tanpa henti.

Kak Su? Hanya mampu melihat. Tanpa membantu, terus mengadu pada pihak atasan. Alasannya? “Saya taktahu pape, korang punya hal, jangan libatkan saya”- Kak Su

Mujurlah ketika itu , pelanggan tidak begitu ramai dan boleh dikira dalam 2 hingga 3 orang sahaja.

Akhirnya , Bella dan aku membawa Esya ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis akibat ditumbuk di bahagian mata secara rambang oleh Nur. Nasiblah matanya tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Selang beberapa hari , beberapa orang atasan dari pihak WATSONS datang ke kedai kami untuk menyoal siasat punca kes ini berlaku.

Aku, Esya , Kak Su , Bella , Nur dan beberapa orang lagi yang terlibat disoal-siasat. Seperti biasa , kamera ‘cctv’ pasti akan dilihatnya untuk membuktikan siapa yang salah dan siapa yang betul.

Akhirnya , semua yang terlibat diberi surat amaran termasuk aku , dan diarahkan berpecah ke ‘outlet’ lain. Aku? Terpaksa dipindahkan ke ‘outlet’ City Square, JB . Melopong aku seketika membaca surat yang berada ditanganku.

Sedang aku tengah memikirkan masalahku ini , Esya datang kepadaku , “Weh, kau jangan risau ye , nanti kita cari kerja sama-sama. Aku minta maaf taw Ann , kau pun terlibat sama”, bisiknya padaku sambil memeluk lenganku.

‘Haih.. taktahu nak kata apa, Sebab kawan baiklah aku sanggup korban macamni’ keluhku sendirian.

Bella turut mencelah ,”Aahlah, baik korang cari kerja lainlah. Weh Esya , kau dapat mana? Ann ? kau dapat mana?” soalnya.

“Aku dapat kat CS...”, balasku.

“Aku dapat dekat IOI haihh.. Ann , Bell , sorry taw , sebab aku , korang kena jugak!”, kata Esya pada kami.

“Tapikan weh, aku dengar Kak Su kena lucut jawatan? Betul ke? Kalau betul kan , padan muka dia! Puas hati aku! Selalu cari pasal dengan kita , backup sangat si Nur tu!”, luahan Bella.

“Aku lagi geram dekat Kak Su tu tapi ish tak baik pulak kita ni hihihi”, luahan Esya.

Aku? hanya mampu geleng memikirkan bagaimana mahu menjelaskan perkara ini dekat ibuku dirumah . Huwaaaa.... ibu....!!! maafkan anakmu ini!!!! :’(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience