Rate

BAB 4

Romance Series 3867

Hari demi hari tibalah masa ‘off day’ Amani. Hari Sabtu, menjadi hari pilihan Amani cuti gara-gara dia sedang mengambil ujian memandu.

Itupun setelah bertekak dengan Kak Su, manager tempatnya dan juga sorang pekerja yang suka mencari gaduh dengannya , iaitu Nur.

Siapa Nur? Nur gayanya seperti ala-ala tomboy . Berlagak seperti dia manager disitu. Beberapa pekerja disitu tidak berapa berkenan akan perangainya , yang seperti suka mengapi-apikan serta memburuk-burukkan orang lain. Ada sahaja pekerja yang tidak berani melawannya sentiasa kena buli sehingga menangis . Salah seorang yang menjadi mangsanya ialah Esya. Aku?huhuhu ofkoslah aku bukan jenis yang berdiam diri. Hakikatnya , dia ialah bukan pekerja yang terbaik. Kedatangannya teruk. Rekod bekerjanya juga teruk.

Disebabkan harini hari cutinya , maka dapatlah dia merehatkan badan di rumah selepas ujian memandu tersebut.

Tengah sedap-sedap ‘landing’ atas katil sambil layan drama korea, handphone bergetar sekali dua menandakan ada whatsapp masuk.

Beep Beep
Beep Beep

“Weh, tadi makcik dengan pakcik tu carik kau lagi weh! Dia mintak no kau lagi!”- Esya

“Aku rasa dia nak bagi kat anak dia kot. Hahaha”- Esya

‘Aduh.. masalah apa pulak timbul ni .Siapa pakcik makcik tu ek? aduh apahal dia datang time aku cuti je . geram pulak aku .’ bebelku sendirian.

“Seriuslah? Habis kau bagi ke?” - Balasku

5 minit kemudian...

Ehhh .. Minah ni sempat pulak reply whatsapp!

“Aku x bagi pun . Lagipun takutlah aku nak bagi no anak org dekat org yang kita x kenal kan..” - Esya

‘Ah , buat taktahu jelah . Takyah fikirkan sangat . Mungkin si Esya ni bergurau je kot. Kadang dia ni bukan betul sangat. Baik aku layan movie lagi bagus’ , desisku.

Dari satu movie ke satu movie , semuanya dilayan tanpa perasaan. Rasa ingin tahu siapa gerangan pakcik makcik itu makin membuak-buak.

Tiba-tiba...handphonenya berbunyi , menandakan ada panggilan masuk.

Kring Kring
Kring Kring

Hatinya berkira-kira sama ada mahu menjawab panggilan itu ataupun tidak.

Siapa? Haih Si Mirul lah..

Dengan malasnya aku menjawab ..”hello ye nak apa, ada apa call?”

“Hi , Nak call lah . Tapi 5 minit ye. Busyla .Nanti karang kata apa pulak kita tak call . Tak macam org tu , ada jantan lain kan. Hahaha ”. balasnya. Nampak tak? mengalahkan CEO kan busynya? Dan Cop ! Cop ! Jantan lain? Bengang betul hatinya.

Mirul ? Siapa Mirul? Mirul ialah pada mulanya hanya kawan satu kolej . Disebabkan mereka selalu buat assignment bersama, dan Mirul sering membantu dalam melakukan assignment , maka timbullah perasaan suka dihati ini . Mungkin disebabkan terasa terhutang budi , maka timbullah perasaan suka tu. Cinta? Entahlah , tak rasa apa-apa yang menggetarkan jiwa. Cewwahh .Dia pulak? terlebih tangkap cintan-cintun dari awal dia kenal diri Amani kemudian menawarkan janji-janji palsu. Dan sentiasa cakap nak ‘good-good’.

3 tahun , berkawan dan daripada kawan baik sehingga tanpa sedar menjadi kekasih , membuatkan Amani jadi sangat rimas dengan perangai Mirul yang terlalu mengongkong , terlampau cemburu , ‘over’ gurau sehingga orang lain nampak sangat ‘annoying’ ,sehinggakan nak bergaul dengan kawan lelaki yang lain pun dihalangnya .

Sehinggalah , dia diterima bekerja di ‘Pizza Hut’ membuatkannya dia terus jarang menghubungi Amani. Dan sentiasa mencari kesalahan Amani.

Lalu , aku hanya mampu menjawab “Oh ok , bye assalamualaikum”.

Terus letak. Malas nak bertekak.

Situasi ini berulang setiap hari. Sehinggakan aku naik jemu untuk menghubunginya . Ada sahaja alasannya bila ditanya kenapa tidak menghubungi aku. Bila dihubungi kena herdik , bila mendiamkan diri dituduh ada yang lain.

‘Sabarlah jelah..’ desis hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience