BAB 10

Romance Completed 18278

Bagasi kami dibawa oleh pekerja hotel, setelah kami masuk ke dalam lif tubuh kecil aku terundur ke belakang bila ada seorang lelaki yang bersaiz XXL masuk, kasut tumit tinggi menyebabkan aku hampir jatuh tapi nasib baik ada tangan yang sempat menahan aku. Tangan boss besar la siapa lagi.

Mata kami bertentang dan aku segera melarikan pandangan dan menjauhkan diri darinya tapi keadaan lif yang semakin sempit buatkan jarak kami semakin dekat.

"Hensemnya suami dia"

"Untungnya..." aku dapat dengar suara dua perempuan bercakap. Pasal boss aku la siapa lagi. Aku melepaskan keluhan berat sebab mereka dah salah tafsir. Aku buang pandang pada boss yang senyum membalas pandangan dua remaja itu. Dasar playboy...eh, boss aku memang jenis yang mesra rakyat la kan.

"Semua orang fikir yang saya ni suami awak." Bisiknya dan senyum lagi. Aku ni pulak yang nak pengsan dengar dia cakap macam tu.

"Kalau boss duk jauh sikit dari saya mesti orang tak kan fikir macam tu" aku berkata geram tapi boleh pulak dia sengih sememeh aku sumpah jadi mamat sengih baru dia tahu.

"Saya tak nak, saya tak kisah orang anggap saya suami awak" mata aku membulat biar betul nak buat lawak tak kelakar ni. Aku jeling dia tajam tapi dia tetap mantain senyum. Tak suka!

Aku terus hempas pintu bilik setelah masuk ke dalam bilik hotel. Dah la bilik aku setentang dengan dia, kenapalah aku datang jugak OS ni eh? Takkan nak marah boss aku kut tapi kalau dia melebih aku tak teragak agak nak pelangkung dia! Aku peduli apa kalau kena masuk penjara sekalipun.

"Hafiz Arfan!" Aku lompat atas katil dan terus baring, habis terselak skirt aku ni memang dasar tak senonoh kan aku ni? Aku tarik selimut dan berguling guling atas katil sebab serabut kepala, kenapa mesti Naufal Bin Ahmad tu muncul dalam hidup aku dan kenapa dia mesti kacau bilaukan hidup aku. Sekalipun single jangan la nak goda bini orang! Dasar otak mereng!

Bila dah selesai solat isyak aku buka telefon dan berapa ratus whatsapp masuk, tapi satu pun bukan dari Fiz, mesej pun tak ada call apatah lagi. Dia tak rindu aku langsung ke? Aku pejamkan mata rapat2 sebelum pintu bilik aku diketuk, mesti boss la kan? Siapa lagi? Aku pakai tudung dan membuka pintu sikit, yang boss aku hensem sangat ni kenapa? Memang gen dia hensem la Iry.

"Saya hensem sangat eh?" soalnya dengan senyuman dia yang tak habis2 tu. Aku senyum segaris sebelum mengangguk setuju, erk! Dasar otak mereng la kau ni Iry.

"Wah, a gift! Thanks" ucapnya teruja! Baru je puji suka sampai macam ni sekali, kalau aku panggil sayang masuk hospital gamaknya ni ha.

"Boss ni, macam saya orang pertama atas dunia ni yang puji boss"

"Bukan yang pertama, tapi, pertama kali saya dengar dari mulut awak" ujarnya ceria. Aku tergelak kecil, macam2 hal la dia ni sorang. Dia tak tahu ke yang aku ni macam orang gila puji dia dulu, boleh join kaki kelab puji boss kat pejabat la ni.

"Ya la boss, sama2. Ada apa ni?"

"Jom dinner? Saya belanja" pelawanya dan aku haruslah tak boleh nak menolak kan? Perut tengah lapar orang nak belanja pulak ada depan mata jadi tak payah la nak tolak rezeki sangat. Benda depan mata kena grab cepat2.

"Boss tunggu kat bawah, jap lgi saya turun" aku tutup pintu dan bersiap ala kadar. ala kadar dah la bukannya nak keluar dinner dengan suami sendiri. Hehehe, suami aku nak ajak keluar dinner sama payah macam nak ajak keluar perang. Tak faham betul Fiz ni.

"Kenapa tak tunggu kat bawah boss?"

"Saya tunggu awak, kita pergi sama2" hailah dia ni pun spesis yang degil macam Fiz jugak kan? Aku senyum segaris sebelum mengunci pintu bilik. Kami berdua beriringan sambil berborak senang. Boss ni sekali layan rasa macam dia tu penghulu playboy je tapi hati dia baik. Semua orang tahu semua tu kan?

"Nasib baik saya bersiap kejap je, kalau tak boss dah jadi macam bodyguard tak berbayar kat depan ni"

"Untuk awak, semuanya boleh. Tak perlu bayar dengan duit pun, your smile is more than enough" aku senyum lagi, dasar Mr. Sweettalker, agaknya dengan orang lain pun mulut dia manis macam ni jugak kut. Hailah siapa la yang berjaya rebut hati orang yang serba ada ni kan? Aku kut? Ha! Jangan nak buat gila la wahai Iry isteri Hafiz Arfan. Buatnya dia dengar mampus kau nanti.

"I love your smile" pujinya pula dan aku berpaling pandang mukanya yang sedang tersenyum, kenapa rasa macam jantung aku merempit kena kejar dengan polis trafik je ni?

Aku alihkan pandangan dan merenung lantai marmar yang cantik ni. Indahnya kalau perkataan semanis ini keluar dari mulut Fiz kan? Iry! Kau jangan nak banding beza Fiz dengan lelaki lain! Tak elok dan tak sepatutnya pun. Sedar la diri tu sikit Iry, kau isteri orang dan hakikat tu kukuh gila!

"Maaf kalau saya tersilap cakap" pintanya serba salah bila aku diamkan diri je. Aku suka la boss! Suka dia cakap macam tu.

"Tak lah, cuma teringatkan suami saya, dia makan apa la malam ni." Bohong la sangat tak kan tak pasal2 pulak nak naikkan nama dia kan. Alasan macam tak logik je aku rasa tapi tu lebih baik.

"Oh, apa nama suami awak?" Soalan itu buat aku tersenyum puas. Aku suka menyebut namanya malah aku rasa aku boleh ulang sampai sejuta kali kalau boss nak dengar.

"Hafiz Arfan" balas aku penuh perasaan dan wajah Fiz mula bermain dianak mata aku. Aku cintakan dia Ya Allah.

"Sebut nama je dah boleh awak senyum sampai ke telinga, mesti dia hensem kan? Sehensem saya tak?" Soaln boss buat aku gelak, mana boleh lawan boss punya hensem satu ofis tu pun kalah dengan boss.

"Dia tak hensem malah boss jauh lebih hensem dari dia, tapi, saya suka pandang dia" aku ucap sepenuh perasaan dah rasa macam orang angau.

Habis je makan kami berjalan di tepi pantai, kenapalah aku ikut sama tapi ada baiknya jugak, untuk aku release tension kat pjabat. Pada mulanya aku termenung je jalan2 tanpa perasaan tapi bila ada air yang terpercik kat muka aku buat aku geram, bila pandang siapa yamg kurang ajar sangat ni rupanya boss aku sendiri. Hailah geram pulak aku rasa sekarang ni. Aku dah mandi la!

Tapi tak boleh nak bagi muka je kat boss ni kena balas balik! Akhirnya kami berdua main simbah2 air macam budak kecik, siap main kejar2 lagi. Penat betul kaki aku nak melangkah lagi akhirnya aku terduduk sebab penat sangat. Penat gelak pun tak hilang jugak, gembiranya aku rasa sekarang ni.

Boss ambil tempat agak jauh dari aku, mungkin menghormati aku la kut, aku senyum padanya dan aku dapat rasakan senyuman balas dia tu tikam hati aku sikit tapi aku cepat istighfar, wajah Fiz mula bermain di benak aku balik. Walaupun boss yang ada kat sini tapi aku tetap rasa kehadiran Fiz. Aku terlalu sayangkan dia.

"Thanks for today" ujarnya dan aku pandang dia sekilas.

"Thanks to you too" aku balas terima kasih dengan terima kasih balik. Sopan sungguh la kononnya ni.

Aku angkat pasir pantai dan bermainnya dengan melepaskan pasir halus itu terbang, dah nama pun malam aku sendiri tak tahu pasir tu terbang pergi mana. Aku tergelak seorang diri bila dpt rasa pasir2 halus itu jatuh atas baju aku sendiri, tak sweet betul la pasir pantai malam ni.

"Ugh" aku mengaduh pedih bila pasir pantai masuk dalam mata aku. Sudah! Tu la gatal sangat nak main kan?

"Kenapa Iry?" Soal Boss lalu mendekati aku, air mata dah mengalir keluar sedikit bila aku genyeh mata dengan jari.

Terasa jari aku dipegang untuk halang aku genyeh mata lagi dan terasa pipi aku disentuh lembut lalu mata aku dibuka perlahan lahan dan kemudian ditiup. Lama kelamaan rasa pedih tu dah hilang sepenuhnya.

"Astaghfirullahalazim... sila ikut kami!" Tanpa salam dan kata sapaan aku dan boss telah dikepung oleh orang kampung dan ahli masjid. Masak la aku kali ni, kena tangkap khalwat ke apa ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience