BAB 1

Romance Completed 18278

Tak payah bagitau pun semua orang tahu yang perempuan ni multi-tasking, dalam elok memuji, bergossip dalam masa yang sama membebel tak habis walaupun tangan ligat mengoreng ikan, basuh kain, mop lantai, lap kipas dan macam-macam lagi, sebab tu besar kemungkinan orang lelaki suka lepak di kedai kopi dengan member-member. Aku cakap ni berdasarkan pemerhatian aku. Sekarang ni ramai berkumpul di kedai bapa aku tapi banyak yang bergosip dari nak minum, buat tambah dosa.

"Apa bendalah korang ni, Korang ni tak patut tau gosip pasal dia" tegur aku geram. Dari kerusi ni single lagi dorang duk asyik umpat pasal mamat berparut misteri tu.

"Kau ni, tak habis-habis nak membela mamat tu kan?" Farah protes bila aku tegur dorang. Ish! Memang la dorang semua ni kawan baik aku tapi tak elok la duk citer pasal orang lain kan? Tak sedap lubang telinga aku nak dengar.

"Bukan aku nak bela,tapi tak best ar citer pasal ni" heh. Saja tukar topik nanti dorang terasa hati pulak. Nanti nak kata aku bajet baik la kot.

"Ala, tak habis citer lagi ni" aku mengeluh bila mereka tak nak dengar nasihat aku jadi baik aku pergi layan pelanggan kat kedai makan bapak aku ni. Lagi baik!

Sambil aku duduk kat tempat membayar ni telinga aku dapat tangkap apa yang mereka bualkan. Bukannya mamat misteri tu ada kacau dorang ke apa pun yang dorang nak kecoh tak tentu pasal tu kenapa?

"Aku rasa dia tu macam pembunuh misteri"

"Ya la, muka berparut X macam gangster"

"Menakutkan betul la...." terus mereka diam bila mamat misteri tu datang makan kat sini. Cepat2 mereka lari balik ha, tahu takut! Mesti takut jadi mangsa bersiri kan?
Aku gelak sedikit bila tengok muka cuak mereka. Cakap je lebih tapi penakut yang amat. Mamat misteri ni nama apa pun aku tak tahu yang pasti dia ni memang menakutkan dari wajahnya yang berparut, rambut yang berserabai, tapi memang aku tak pernah dapat pndang muka dia betul2, menakutkan!

Aku pun takut nak tengok muka dia lama2 tapi abah suka layan dia dan dia selalu datang belajar agama rumah aku. Tapi sekali pun aku tak pernah join. Dah aku sorang je perempuan dalam rumah tu. Umi meninggal masa melahirkan aku, abahlah yang jadi umi aku selama ni. Sayang abah!

Ok, sambung cerita, semua orang memang mostly takut kat dia, walaupun dia kaya gila! Rumah bapak besar, tapi tak nampak macam dia kaya pun. Dia ni pelanggan tetap abah, aku? Tak berminat langsung nak tahu pasal dia. Dia pulak hidup sorang je, parents dia meninggal kemalangan dan dia je yang selamat. Mungkin parut tu kesan kemalangan tu kot. Eh, yang aku duk cerita sejarah hidup dia tu kenapa?

"Cantik, abang nak bayar ni" aku angkat muka pandang mamat perasan la kut. Aku tak ada abang pun ok! Anak tunggal sejati ni tak ada tambah2 lagi lainlah kalau abah nak kahwin lagi. Cantik! Hehehe.

"Nama saya bukan cantik, mana bil?" Pinta aku dengan sedikit senyuman. Hormati pelanggan, nanti kena marah dengan abah sebab aku marah pelanggan ! Dah dia tu datang bukan nak makan tapi duk mengurat aku. Marahlah aku.

"Semakin marah semakin cantik" usiknya lagi aku senyum sedikit lalu menghulurkan duit bakinya. Dia senyum lagi sebelum beredar pergi. Ei! Ikut hati aku baling dengan penyapu mamat tak cukup sivik ni!

"Ayu Airina"

"Ya bah?" Soal aku lalu keluar dari dapur, baru je nak melangkah selamba bila aku dengar suara lelaki lain aku dapat agak yang tu adalah mamat misteri tu. Aku diam sekejap di dapur sebab tak bertudung jadi aku ke belakang dapur dan ambil tudung di ampain. Pakai la apa pun asalkan tutup aurat dengan sempurna,heh! Ustaz kata kalau pakai baldi pun ok! Tapi takkan la kot nak pakai macam tu.

"Buatkan air" arahan abah aku tak cakap banyak, memang kerja aku pun kalau tak siapa lagi nak buat? Aku ni dah 24 tahun tapi duk tanam anggur lagi kat rumah, bila nak dapat kerja ni? Dah tiga bulan grade ni. Apa yang aku perasan, mamat misteri tu tak pernah pandang aku pun. Eh, dah kenapa pulak dia nak pandang kau? Kau lawa sangat ke Iry?

"Nah abah" aku hidangkan air di meja dan mula berlalu pergi tapi bila abah minta aku duduk sekali aku ikutkan je. Apesal pulak ni?

"Hafiz, abah nak minta jasa baik kamu jagakan puteri abah" mata aku membulat mulut sekali kut. Apa abah cakap ni. Mamat misteri ni pun macam terkejut gila! Abah! Iry tak nak la, Iry takut. Betullah apa yang Zia cakap, nanti aku akan kena kahwin dengan mamat ni sebab abah aku sayang sangat dekat mamat ni.

"Abah, apa ni?" Soal aku protes.

"Abah nak yang terbaik untuk Ayu"

"Abah, Ayu muda lagi"

"Abah minta satu ni je dari Ayu. Abah dan nak pergi mekah minggu depan, lama. Siapa nak jaga Ayu nanti?

"Abah, Ayu boleh jaga diri sendiri"

"Ayu, abah tak rasa selamat. Kalau boleh sebelum abah pergi, abah nak ada orang jaga kamu"

"Allah selalu ada abah"

"Iya,abah tahu. Tapi apa salahnya ada orang temankan Ayu" aku diam. Abah tak pernah pun selama ni minta apa2 dari aku. Tapi abah minta benda yang berat sangat sampai aku sendiri tak mampu nak tunaikan.

"Abah, Fiz bukan orangnya. Abah carilah lelaki lain yang lebih layak" kali pertama aku dengar suara itu dari jarak dekat. Boleh label macho ok suara dia ni. Eh, sempat lagi kau Iry!

"Fiz yang pling layak. Tolong abah ya?" Pinta abah lagi. Ish! Abah ni, kenapalah mesti dia. Cakap dengan dia pun tak pernah macam mana nak kahwin? Abah, cinta selepas kahwin tu bagus tapi kalau tak jadi yang nama cinta tu macam mana? Takkan nak bercerai berai. Nauzubillahiminzalik!

"Biar Ayu istikharah dulu"

"Biar Fiz istikharah dulu" erk. Cakap serentak ayat yang sama la. Aku diam bila kali pertama mata kami bertentang. Dup dap dup dap. Alamak! Berdebar pulak jantung kita ni.

"Abah bagi masa tiga hari" ujar abah tersenyum senang. Aku bernafas malas dan bersandar pada sofa. Gambar kawin abah dan umi yang tergantung di dinding aku pandang lama. Wajah umi yang tersenyum buat aku lega dan tenang sedikit. Senyuman umi memang jatuh pada aku. Sebab tu aku senyum manis kot. Hahaha.... masuk trolley tolak sendiri.

Istihkarah ketiga aku pun asyik mimpi benda yang sama je, mimpi aku pergi banglo besar mamat misteri tu dengan baju pengantin. Petunjuk dariMu ke ya Allah. Aku lipat selimut dan masuk ke bilik air untuk mandi. Setelah itu aku solat subuh dengan tenang. Mungkin benar yang dia jodohku Ya Allah.

"Macam mana Ayu?" Soalan abah pagi2 ni pun dah best sangat la. Ingat aje yang masuk hari ni dah tiga hari.

"Kalau jawapn dia ya, Ayu ikut je" jawab aku lemah. Rasa macam tak yakin la pulak. Masalah!

Zia dengan Ita pun terkejut bila aku cakap macam tu tapi tetiba je mereka ni husnuzon katanya bila dah jodoh siapa kita nak menolak. Sempat mereka suruh aku berjga jaga kalau mamat tu nak bunuh aku. Dasar otak kartun!

"Aku terima nikahnya......" selesai je akad tadi aku dah jadi isteri kepada lelaki yang aku kenal luaran dia sahaja. Masa akad pun dia minta aku berada dalam bilik, dan majlis hanya ringan sahaja. Gaya orang kawin express gitu tapi memang agak express pun sebab tak sampai sebulan dah kahwin ni. Jemput saudara terdekat je la.

Zia dan Ita ni tak habis-habis suruh aku berhati hati, aku jadikan mereka madu aku baru tahu! Tak ada salam batal air sembahyang, tak ada dia sarung cincin. Macam kahwin atas angin je aku ni ha. Tak kisahlah yang aku tahu aku dah jadi isteri dia.

Impian nak kawin dalam dewan tu semua dah tinggal kenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience