Bab 72

Romance Completed 1266201

Bab 72
Eusoff bangun daripada pembaringan apabila dia menerima text daripada Daddynya.
~something interesting Daddy jumpa pasal Nurlisa, come to my office~
Eusoff berlari lari anak ke pejabat Daddynya yang tertempat di bawah tanah, office yang menjadi tempat rahsia untuk kerja PI syarikatnya.
Setelah meletakkan jarinya di pintu untuk scan, dia masuk ke dalam office itu dan melihat Daddynya tersenyum penuh tanda tanya.
“Info ni tak sahih lagi, tapi Daddy dapat confirm ianya benar,” Ayah kepada Megat Eusoff Andika yang sangat meminati bidang penyiasatan dan merasa puas apabila persoalannya terjawab.
Megat Rahim menghulurkan sekeping kertas ke tangan Eusoff dan anak muda itu terburu buru menyambut dan membukanya.
“Daddy tahu kan Andy tak tahu baca jawi, is that surat nikah?”
Megat Rahim mengangguk lemah, dia juga kecewa apabila melihat kertas yang bertulisan jawi itu.
“Ok ok, maksudnya Lisa pernah berkahwin dan ini sijil nikah ni, and sekarang dia janda la kan Daddy,” anak muda yang tiba tiba itu berwajah polos, dia terkejut apabila melihat sijil nikah itu dan dadanya berputar kencang.
“Buka google translate kat phone Andy, on camera and baca siapa suami dia,”
Megat Rahim tahu anaknya pasti kecewa kerana perempuan sebaik Nurlisa tidak mungkin senang untuk dia lepaskan.
Dia melihat anaknya melakukan seperti arahan dan wajah anaknya berkerut seribu.
“Daddy, Arman suami dia? How?” suara itu seperti tersungkur
“How come daddy, sebab Lisa kan from Johor and Arman tak pernah pergi Johor, macam tak logic jer Daddy,” suara itu sudah tergelincir
“Siapa yang siasat case ni? Uncle Jamal ke? Uncle Jamal salah orang ni, Andy tak percaya lah,” and suara itu sudah tenggelam.
“Why Arman, bukan orang lain? Dah lah Andy tak boleh ambik apa apa yang belonging to Arman. So, apa yang tinggal untuk Andy,” dan suara itu hampir lemas.
Megat Rahim memandang anaknya dengan penuh kasih sayang. Dia tidak pernah melihat anaknya begitu bersungguh sungguh dengan cintanya. Dia tahu sikap tidak kisah anaknya terhadap perempuan sudah berubah.
“Andy, Daddy pun terkejut, tapi Uncle Jamal kata 100%. Dan potret yang Arman share dengan Babah itu adalah Nurlisa. Dia minta Babah carikan seseorang yang selalu datang dalam mimpinya. Babah kasi kat Uncle Jamal, Uncle upah orang redo the potret and memang wajah Lisa,”
Megat Rahim masih ingat kesunguhan Syed Arman menelefonnya, dia beria ria meminta tolong untuk mencari, dan semasa di England, hampir setiap minggu Syed Arman menelefonnya untuk bertanya khabar.
“Apa yang Daddy nak inform ni adalah paling penting dan Andy dengar baik baik,” Megat Rahim perlu bantuan anaknya untuk memanggil Nurlisa pulang seperti arahan kawan baiknya, Syed Awaludin.
Syed Awaludin memintanya menjejaki Nurlisa kerana Nurlisa telah meletak jawatannya. Dia terkejut dengan semua perkara yang terjadi, tetapi dia sudah berjanji akan menolong sahabatnya.
“Daddy nak Andy pergi Arau, bawak Lisa baik ke KL, Babah dah tahu kat mana rumah dia. Lisa anak jati Arau, then kat situ dia bertemu Arman. Andy tahu kan rumah agam Nenda Endah, rumah itu kan milik Arman. Jadi situlah tempat Arman melarikan diri dari umi dia, dan kebetulan Lisa kerja kat rumah itu,”
“Kisah Lisa dan Arman tiada sesiapa yang tahu, only Daddy and Andy. Arman pun belum tahu. Jadi kita cari Lisa dulu, bila Andy dah jumpa nanti, jangan beritahu dia Andy dah tahu status dia. Sebab Daddy tak nak dia takut atau malu. Sebab dari segi hukum, dia masih isteri Arman yang sah. Selagi dia tak tuntut cerai,”
“Daddy nak Lisa rasa selamat dengan kita. Kita perlu lindungi dia, sekurang kurangnya sebelum Arman ingat balik,” Megat Rahim memandang anaknya yang kelihatan kusut.
Dia bersetuju, suatu ketika dulu, semasa Syed Arman berada di dalam situasi yang sangat kritical, dia pernah memesan agar Eusoff perlu berbuat baik dengan Syed Arman, kerana anak muda itu sangat kesunyian.
Syed Awaludin memintanya melindungi anak lelakinya itu. Dia tidak pernah malu menceritakan kegagalannya membentuk keluarga. Malah Syed Awaludin pernah menangis kerana desakan perasaannya untuk berjumpa ibu kepada Syed Arman.
“Daddy, kali ini Andy nak fight, Andy nak Lisa juga, Andy akan pastikan Lisa kahwin dengan Andy. Arman tak layak untuk dia. Dari dulu Andy yang jaga Lisa, apa yang Arman buat, sakitkan hati Lisa adalah. Daddy jangan halang Andy,” Eusoff bangun dan keluar dari bilik itu.
Dia berhabis dengan daddynya, dia akan fight untuk mendapatkan Nurlisa. Gadis sebaiknya Nurlisa perlu berada di dalam keluarga yang baik.
Eusoff mendail number Nurlisa, masuk voice mail. Entah apa pula Syed Arman lakukan pada Nurlisa untuk kali ini. Dia pasti Nurlisa berhenti kerana sudah tidak sanggup melihat permainan Syed Arman.
Keesokan hari dia akan ke Arau, dia akan menenangkan Nurlisa, dia akan melindungi Nurlisa daripada Syed Arman dan keluarganya.

***********************

Dengan penuh debaran, Syed Arman membuka muka surat yang pertama. Buku berbalut kemas itu bersaiz separuh dari A4 paper itu seperti baru.
Entah kenapa, tangannya mengigil, dia seperti berada di permukaan kawah yang besar, dia begitu takut untuk tahu apa yang akan diceritakan oleh Nurlisa.
Di setiap muka surat itu, hanya beberapa patah perkataan, dan tulisan itu hanya di bahagian akhir line di setiap muka surat. Tarikh dan waktu juga tertulis.
Dan Syed Arman tahu itu tulisan Nurlisa, dia sudah biasa melihat Nurlisa menulis di hadapannya.
~Hello…… this is first diari selepas SPM, aku mulakan kisah dengan seorang jejaka yang sangat handsome melintas di hadapanku, jejaka mat salleh yang berlagak macam orang melayu~
~dah 2 hari aku kerja di rumah agam ini, rumah yang paling besar di kampung aku. Ini semua Pak Leman yang meracuni aku. Pak Leman kata ada library kecil , dan aku boleh baca buku sambil kerja, rumah agam juga tiada penghuni, Cuma sekali sekala mereka datang, jadi aku SETUJU ajaaaaa, maaf abang long, adik nak habiskan baca semua buku, lepas result SPM, adik ikut abang~
~Hari ini jantung aku berkerja sangat keras, jantung aku berdebar, debaran yang aku tidak pernah rasa sebelum ini. Cucu kepada tuan rumah ni datang, dannnnnn, sebaik baik ciptaan Allah adalah cucu tuan rumah ni, aku belum tahu nama, nanti ya, esok aku update lagi~
~Wajahnya mat salleh sangat, Pak Leman kata dia tinggal di London. London tu di England la kan? Kenapa orang kat sana datang sini ya, aduh… anak dara pingitan ni susah la nak pingit apabila melihat orang handsome sangat ni… aku terpesona dah ni~
~Dah la rupa elok, tinggi pulak, body dia macam model dalam majalah tu, tapi sombong, pandang aku sipi jer, mentang mentang lah dia rupa elok~
~Pak Leman cakap mat salih tu bawak botol arak masuk bilik atas, muka handsome, tapi boleh berkawan dengan arak pulak. Pak Leman suruh aku hati hati, jangan dekat masa dia mabuk~
~Mat Salih tu asyik duk dalam bilik, semua makanan nak kena hantar sana, macam bagus sangat ni, lepas tu mabuk, susah aku nak concentrate baca buku ni, asyik menjerit jer, dah la suka baling baling, habislah gelas dalam rumah ni~
~Agaknya apa masalah dia ya? Kalau ada masalah, kena solat, bukan mabuk, salah didikan ni, kalau aku kasi syarahan, kot tak faham, English aku level budak kampung, Ya Allah, kasihanilah dia Ya Allah~
~Semalam aku baca buku “how to handle depression”. Aku rasa dia ada depression, jadi aku kena bercakap dengan dia, tanya dia, pujuk dia (ini buku tu yang cakap, bukan aku pandai pandai ya) canne la aku nak start bercakap dengan dia kalau aku hanya dapat English A di atas kertas, tapi communication aku tak reti, tak nak nak susun ayat dulu~
~Hari ni aku dengar suara dia, dia datang dekat dengan aku kat dapur, sepatah jer yang keluar dari mulutnya, “hot tea”, suara dia selari lah dengan muka dia….. makkk, anak mak sudah tidak keruan ni….?~
~Sudah seminggu dia datang dan hari kami berjalan lancar, dia tak cakap pun, asyik lepak dalam bilik, nasib baik dia makan aku masak. Ingat kan tak makan masak lemak, rupanya mat salleh makan pulak. Sedap la tu..~
~Semalam hari yang paling takut dalam hidup aku. Pak Leman panggil aku, mat salih tu mabuk kat luar, dia minum kat taman belakang. Dia cakap merepek, suara dia kuat, lepas tu, muntah penuh kat lantai, aku dengan Pak Leman kena angkat dia ke bilik atas~
~Pertama kali aku angkat lelaki dan berat nak mampus, lepas tu pertama kali aku dapat melihat wajah dia secara dekat, hati aku rasa nak runtuh, bukan apa, ciptaan Allah itu sempurna sangat~
~Pak Leman kena balik sebab ada ular masuk rumah dia, Mak Leha telepon suh balik, jadi aku yang uruskan orang mabuk, seperti dalam TV, aku kena tukarkan baju dia, buka stokin dan pasangkan aircond~
~Dada aku berdebar debar, tadi masa tanggalkan baju, dia pegang tangan aku, tangannya lembut, bau dia wangi, entah perfume apa yang dia pakai. Sampai sekarang dada aku berombak, susah nak explain kenapa dada ku kencang sangat ni~
~Aku tak sanggup tinggalkan dia sebab dia meracau teruk, banyak perkataan yang aku tak faham keluar dari mulutnya. Dia seperti tertekan, tapi yang pasti bau mulut dia busuk, mungkin sebab arak itu, tapi aku harus jaga dia, itu pesan Pak Leman~
~Maaf diari, dah 3 hari aku tak menulis, sebab kepala aku sakit, tapi aku nak tulis hari ni, aku nak simpan apa rasa hati aku~
~Malam itu aku tertidur di birai katil dia. Sebelum aku tertidur tu, dia dah habis meracau, aku nampak dia dah lena. Aku tersedar balik apabila dia mengamuk lagi, aku tertendang ke tepi dinding. Dia mengambil kasutnya dan membaling ke arahku. Balingan itu terkena kepalaku, darah memancut keluar, dalam masa sekejap, darah mengalir ke leher dan bajuku. Bajuku basah dengan darah~
~Dia menghampiriku, mungkin terkejut melihat darah yang banyak, kedudukan kami dekat, tapi aku jadi tidak keruan, aku berlari keluar dari pintu itu, dan masuk ke bilik ku. Aku kunci pintu. Sebenarnya luka itu tidak terlalu menyakitkan, tetapi derasan jantungku yang membuat aku menjadi sangat sakit~
~Walapun kepalaku sakit, aku berkerja seperti biasa. Sudah 3 hari juga aku tidak bertembung dengan dia, aku harus baikkan luka dahiku terlebih dahulu. Aku harus bercakap dengan dia, dia perlu ada orang untuk menjadi kawannya, kawan sahaja ya, aku faham jurang itu, aku pun tengok drama Korea yang aku pinjam CD dari kawan aku. Jadi aku faham apa makna setaraf itu. Ouhhh..kenapa aku cakap pasal setaraf, macamlah dia pandang aku, sila sedar diri Nurlisa Sofea..~
~Ini cerita pagi tadi, hari ni aku mendengar dia mabuk lagi, jam masih pagi, baru pukul 11am, masih pagi, tapi hatinya sudah memberontak. Aku beranikan diri untuk membuka pintu biliknya, dia tidak boleh dibiarkan keseorangan~
~Masa aku masuk bilik dia, muntah merata rata, baunya sangat busuk, botol arak merata rata, aku melihat dia sudah terbaring dengan seluar pendek tidak berbaju. Walaupun takut dia akan membaling lagi barang ke arahku, aku perlu berbuat sesuatu~
~Dengan plastik sampah yang ku ambil dari dapur, ku kemas semua botol, membersihkan semua muntah dengan mop, meletakkan semua baju kotornya di dalam bakul, dan tanpa ku sedari sebenarnya mulutku mula membebel, dan masa itu aku pasti dia tidak akan mendengar, kerana dia sedang mabuk teruk~
~Diari, hari ni segalanya bermula, kerana aku tahu aku boleh mengubatnya. Bebelan aku cuma untuk untuk menghilangkan ketakutanku, juga mengurangkan debaran dadaku yang bergerak kencang. Aku cuma bersuara dengan perlahan, dah aku yakin hanya sampai ke telingaku sahaja, dan kalau sampai pun, dia tidak mungkin faham, tetapi pertama kali aku mendengar suaranya “kalau nak buat kerja, tangan boleh berjalan, mulut tu tolong diam” dan aku………………~
~Dia bercakap melayu, mat salih cakap melayu? Allahuakbar, jodoh macam dah sampai kannnn….hahahahaha, makkkk, adik jatuh cinta, ayah.. ayah nak dapat menantuuuu, ouhhh yaaaa…aku berangan, angan angan mat jenin~
~Masa aku dengar suara dia, aku tergaman seketika, bukan seketika, tapi beberapa ketika, bayangkan muka mat salih boleh cakap melayu, gempak kan? Aku cuma jawab, “maaf tuan” and aku siapkan kerja aku dan lari keluar~
~Diari, kau mesti tahu canne rasa hati aku kan? Debaran tu tak pernah aku rasa, aura itu rasa macam sangat lain, sebab masa dia bercakap itu, suara dia kasar, tapi lembut, haaa..faham tak?~
~Malam itu dia datang ke dapur, pertama kali dia tegur aku, jap ya aku tulis kat sini, untuk jadi kenangan aku nanti~
~Dia : kau buat apa?,
Telinga aku terus serap percakapan dia, sebab bunyi pintu biliknya di tutup kedengaran sampai ke dapur, dan aku tahu dia turun ke bawah~
Aku : saya masak sup tuan, dengan nasi, sebab saya nampak tuan tak sihat malam tadi, tuan boleh duduk kat meja, saya hidangkan
Dia : Nama kau siapa? Kau orang gaji rumah ni ke?
Aku : Ye tuan, saya jaga rumah ni bersama Pak Leman, nama saya Nurlisa Sofea.
Dia : aku nak makan kat bilik, kau bawak naik atas. Jangan pandang aku macam aku jahat sangat. Aku pun manusia macam kau..
Dan dia berlalu pergi, tanpa aku sedari, aku ter pandang dia, ter pandang ya, bukan sengaja, sebab handsome sangat, lepas tu dia keluar dari bilik dengan seluar pendek, dah tu pakai baju yang nipis, aku pandanglah, itu pun tak sengaja~
~Baiklah baiklah, aku tahu aku over, lepas ni aku akan jaga mata, aku tahu aku anak dara pinggitan, aku akan jaga mata aku, aku janji~
****************************************
Nurlisa mengemaskan sisa makanannya dan meletakan di dapur. Jam menunjukkan pukul 3 petang, badannya lemah, tapi entah kenapa dia mulai merasa tenang, dia mula mengatur apa yang harus di lakukan. Dia mula merancang masa depannya.
Dia perlu menyembunyikan dirinya buat sementara waktu, kerana mereka semua pasti menjejakinya. Tempat yang paling selamat adalah di Endun Resort bersama Puan Embun.
Dia perlu menceritakan kepada Puan Embun apa yang berlaku, tetapi bukan di dalam masa yang terdekat. Dia perlu memastikan kesihatan mental ibu mertua baik, dan dia akan memulakan cerita ceritanya, juga singkatan kepada pengakhiran jalan cerita antara dia dan Syed Arman.
Pasti Sharifah Sakinah sangat beruntung, kerana Syed Arman pasti menyintainya. Dia pasti Syed Arman membuat keputusan yang betul.
‘Aku hanya masa silamnya, setiap orang pasti punya masa silam yang tidak mungkin boleh bertukar, tidak boleh di ubah. Cerita aku dan dia adalah satu kesilapan padanya, aku pasti itu’
Nurlisa mula menyapu perlahan airmatanya yang mengalir keluar.
Semenjak pulang dari Rumah Agam itu, sedikit pun dia tidak dapat lupakan apa yang di lihatnya, kerana semua itu Syed Arman pernah lakukan kepadanya suatu ketika dulu.
Bezanya, Syed Arman mendatangi semasa mereka telah halal waima dengan cara yang kasar, memaksanya untuk berkasihan semasa dia sedang memasak, sedang mengemas rumah. Walaupun paksaan, kerana keutuhan cintanya, dia pasti pengakhiran yang hebat antara mereka berdua ketika itu.
Dia tidak boleh melupakan desahan nafas Syed Arman semasa nafsunya ketika bersama Sharifah Sakinah mengila, dia dapat melihat dengan jelas tangan Syed Arman merayap ke serata tubuh Sharifah Sakinah.

Rasa bencinya mula bercambah.
Kalaupun dia tidak ingat siapa aku, tidakkah dia perlu menjaga tingkah laku? Atau dia memang suka dengan zina, kerana suatu ketika dahulu, Syed Arman hampir merogolnya, dan pada ketika itu sekiranya dia tidak menjaga maruahnya, pasti dia menjadi makanan Syed Arman setiap hari.
Rasa benci yang bertambah itu menjadi Nurlisa mula merasa menyesal, mula memarahi dirinya kerana kebodohannya.
Arrrggggg, bodohnya aku, kerana membuang masa bertahun tahun untuk sesuatu yang tidak pasti, Nurlisa berkata perlahan kepada dirinya
Pembaziran masa untuk dia, Nurlisa pasti masa menunggu itu terbuang begitu sahaja
Nurlisa memegang laptopnya, dia harus mengakhirinya, dengan 24 jam notis pasti akan membuat Syed Arman bertepuk tangan.
Pasti rancangan Syed Arman untuk membuatnya merana menemui jalan mudah, tetapi apabila dia berhenti, Syed Arman tidak perlu lagi melalui perbagai cara, dia sudah tewas, dia sudah angkat bendera putih.
Dalam beberapa minit, Nurlisa selesai mengisi online form untuk berhenti dan dia pasti selepas dia menekan “submit” button, form akan sampai ke Syed Arman dan Syed Adam.
Dia sudah habis, submission done
‘Alhamdulilah’ cerita 6 tahun sudah berakhir,
Dia berniat untuk mengunjungi makam ibu dan ayahnya sebelum dia keluar dari Arau ni, rindu pada ibu dan ayahnya menjentik hatinya.
~Am, secepat mungkin ya, Kak Lisa tak rasa akak boleh bawak kereta. Tapi akak taknak stay kat sini. Cakap ibu, kereta ibu tinggal sini dulu. Nanti akak akan usahakan orang bawak balik kereta. Am boleh sampai esok pagi kan? After subuh kita ke kubur sekejap and akak nak Am teman akak ke negara sebelah, akak nak jumpa ustaz yang kahwinkan kami dulu. Nak tanya dia solution pasal akak dengan Arman. Mesti dia pernah experienced dengan orang yang sama problem macam akak~
~Am jangan cakap ibu, akak nak selesaikan masalah akak. Sebab sepanjang 6 tahun, takde nafkah, sepatutnya talak boleh jatuh. Tapi akak nak tanya ustaz tu, sebab kami kahwin dulu kat pejabat, pasti ada file kami kat sana~
Nurlisa bangun dari kerusi di ruang tamu itu, dia berganjak ke dapur untuk mengemas, untuk dia pulang esok.
Dia tidak banyak pilihan, dia perlu jauh dari semua orang, sehingga reda dan pulang ke Johor bersama keluarganya.
Dia tahu abang dan kakak iparnya sudah banyak menderita kerana jiwa lemahnya, sudah banyak mereka membuang tenaga untuk kisah dia yang menyusahkan orang sekelilingnya.
Sudah banyak juga duit yang Kakak iparnya laburkan, dari semasa dia sampai sehingga lah sekarang.
Dia beruntung kerana kasih orang sekeliling melimpah ruah, tetapi dia masih mengejar kasih yang tidak akan menjadi haknya.

BERSAMBUNG

Maaf korang sebab delay post new chapter, banyak nauuu urusan dunia. enjoy ya, ini jer sempat tulis, kisah ni panjang lagi. Enjoy ya, and jangan lupa comment.

Share this novel

aliaakma_
2021-12-13 01:59:36 

hmmmmm awat sayu je cerita ni, mcm cerita melur bunga ivy

Zaidi Zack
2021-10-17 07:16:19 

Misteri sgguh nii. Dok rasa mcm nk habih dah tp dia masuk lg dlm plak

Leyla Normala
2021-03-28 21:53:10 

alaa tergantung lagi...


NovelPlus Premium

The best ads free experience