Isyaira Afyra merupakan seorang remaja perempuan yang peramah baik hati , ingin tahu , mengambil berat , cemerkap , lemah ingatan dan mempunyai penyakit OCD serta fobia akan darah. Dia tidak boleh melihat sesuatu dalam keadaan yang tidak kemas dan tidak bersih. Dia gemar mengambil gambar , menulis diari , mengkaji sesuatu yang baru dan melakukan eksperimen sains.
Amir Irsyad adik lelaki kepada Isyaira merupakan seorang remaja lelaki yang nakal , suka membantah , tidak mendengar nasihat dan gemar bermain permainan video . Sikapnya yang suka mengenakan adik-beradiknya dengan helahnya apabila mereka memasuki biliknya dan suka meminta balasan apabila melakukan sesuatu kerja sudah biasa dan dapat dijangka oleh keluarganya.
Qi Lin Mei salah seorang rakan Isyaira juga merupakan jirannya mempunyai kisah silam yang pahit dan menimbulkan rasa ingin balas dendam dalam dirinya. Sikapnya yang pemarah , sombong , suka bersendirian dan berdendam membuatkan tiada orang yang ingin berkawan dengannya. Isyaira merasai penderitaan yang sama dan memahami akan keadaan dirinya . Dia gemar membaca buku fakta , misteri dan aksi.
Fadzhan Hanief salah seorang rakan Isyaira juga merupakan jirannya menghidapi satu penyakit sejak dari kecil namun dia merahsiakan penyakit itu daripada rakan-rakannya. Hanya keluarganya sahaja yang mengetahui penyakit yang dialaminya. Dia tidak mahu dimaki atau dibuli oleh rakan-rakannya jika dia memberitahu bahawa dia mempunyai penyakit tersebut. Sikapnya yang tegas , berani , baik hati , suka membantu , menepati masa ,amanah dan mahir menyelesaikan masalah membuatkan dirinya disenangi oleh ramai orang. Dia gemar bermain bola sepak dan mahir mengira nombor.
Raihana Dina salah seorang rakan Isyaira merupakan seorang yang peramah , periang, ceria dan suka bersosial dan ingin tahu. Sikapnya yang ingin tahu segala-galanya tentang sesuatu atau seseorang membuatkan segelintir orang tidak selesa bersama dirinya. Dia gemar mencari maklumat tentang isu semasa.
Hakimi Daimi salah seorang rakan Isyaira juga merupakan rakan karib Fadzhan yang gemar mencipta mesin dan mengkaji alat-alat berteknologi tinggi.Hakimi merupakan seorang yang peramah , ceria , ingin tahu , sentiasa mengambil berat dan sangat gemar akan teknologi-teknologi canggih yang dicipta oleh saintis terhebat.
Zee Khay Hui salah seorang rakan Isyaira daripada keluarga kaya yang suka mengenakan orang ramai dengan helahnya walaupun mereka tidak mengganggunya. Sikapnya yang sombong , penakut , pemalas , iri hati , bangga diri , penuh dengan tipu daya dan helah serta suka mengganggu orang lain membuatkan dirinya tidak disenangi oleh ramai orang . Dia gemar bermain papan luncur , aktif bersukan dan pantas dalam melakukan kerja.
Hanan Airin salah seorang rakan Isyaira yang baik hati , pendiam , mengambil berat , jujur , amanah , selalu menasihati dan suka melihat keindahan alam sekitar. Dia gemar menanam pokok bunga dan sangat menyayangi haiwan ciptaan Tuhan.
Farah Hanie merupakan adik kepada Fadzhan seorang yang mengambil berat terhadap keluarganya. Dia seorang yang agak tegas , suka membantu, ceria , suka bersendirian dan mahir menyembunyikan sesuatu perkara daripada pengetahuan orang lain. Dia gemar menyertai pertandingan dan menyertai aktiviti yang mencabar.
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak melibatkan mana-mana pihak yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia . Jika mempunyai persamaan nama , tempat atau jalan cerita itu hanyalah satu kebetulan . Diingatkan lagi sekali pembaca mestilah remaja yang berumur 13 tahun ke atas .
Share this novel