BAB 1 : PERMULAAN HIDUP BARU { COMPLETED }

Romance Series 653

Cuaca kelihatan cerah ......
Kelihatan seorang remaja perempuan sedang melihat pemandangan di kawasan perumahannya melalui jendela di biliknya.
Isyaira melihat ke arah langit biru dan awan-awan putih yang sedang bergerak . Tiupan angin lembut di wajahnya membuatkan dia tersenyum lebar . Kemudian , dia melihat ke arah jiran-jiran yang sedang menyiram pokok bunga , mencuci kereta , menyapu halaman rumah dan berbual antara satu sama lain. Terdapat juga kanak-kanak riang sedang bermain.

Tiba-tiba senyuman di wajahnya semakin pudar dan akhirnya hilang. Memori pahit yang dilalui olehnya dan keluarga masih bermain di fikirannya.Pemandangan yang indah di kawasan itu masih tidak dapat membuatkan dirinya tenang dan melupakan memori pahit itu. Isyaira berjalan ke arah mejanya lalu duduk di atas kerusi sambil kepalanya diletakkan di atas kedua-dua belah tangannya. Dia melihat ke arah sebuah foto berbingkai di atas mejanya . Foto itu merupakan gambar dia dan keluarganya semasa
Hari Keluarga. Kenangan indah dia bersama keluarganya diingatinya semula membuatkan dirinya tidak dapat lagi menahan air matanya lalu mengalir deras. Isyaira memeluk foto itu sambil menangis teresak-esak.

" Ayah.. ay..ah tak ..salah kan ? Ammar...Ammar
masih ...hidup kan ? " katanya sendirian sambil menangis.

______________________________________________

Kelihatan seorang budak lelaki bertopeng mengejar seorang lelaki di sebuah lorong gelap dan sunyi. Aksi kejar-mengejar itu berakhir apabila lelaki itu tiba di jalan mati dan tidak dapat melarikan diri lagi.

" Kau dah tak boleh lari lagi !! " kata Amir kepada lelaki itu.

" Siapa kau ? Kenapa .. kenapa kau kejar aku ? Aku .. aku tak bersalah !! " kata lelaki itu.

" Siapa yang arahkan kau lakukan semua ni ?!! Tanya Amir.

" Ketua , lepaskan dia !! Dia tak bersalah !! " kata Farah melalui alat penghubung di telinganya.

" Jangan mengarut !! Aku nampak dia bagi senjata tu depan mata aku sendiri !! " kata Amir.

" Tapi rakaman semasa menunjukkan , dia dan pengikut-pengikutnya sedang menuju ke pelabuhan besar . " , kata Misa.

" Mungkin rancangan penyamaran mereka untuk memperdayakan kita. Jejak mereka. Aku akan pastikan mana satu yang sebenar. " kata Amir.

" Hahhahahahahahhahahahh !!!! Budak kecil bertopeng macam kau ni nak soal siasat aku !!! Berlakon jadi ejen penyiasat !! " kata lelaki itu sambil ketawa jahat.

Amir melihat ke arah lelaki itu dengan muka marah walaupun lelaki itu tidak dapat melihatnya.

" Woi budak !! Kau balik rumah sekarang !! Jangan sibuk hal orang tua !!! Sedar diri sikit kau tu budak !!!! Budak kecil macam kau ni patut duduk rumah je main masak-masak !!!! Kalau tak nak kena tembak balik sekarang !!!! " kata lelaki itu sambil menghalakan pistol miliknya ke arah Amir.

Tidak seperti orang biasa , Amir tidak takut atau gentar melihat pistol itu dihalakan ke arahnya seolah-olah dia tahu pistol itu tidak mempunyai peluru. Kemudian Amir mengeluarkan pedang miliknya lalu membelah pistol tersebut menjadi dua bahagian. Pistol yang dibelah itu jatuh ke atas tanah dan lelaki itu mula terkejut dan takut.

" Tolong !! Tolong !! Jangan apa-apakan saya !! Saya hanya mengikut arahan !!" lelaki itu merayu kepada Amir supaya dilepaskan sambil melutut di hadapannya.

" Arahan siapa ? Amir bertanya kembali soalan yang sama.

" Xen....Xen..." lelaki itu tergagap-gagap untuk bercakap nama yang ingin disebutkannya itu.

" Siapa ?! Amir menjerit kepadanya supaya menyatakan nama itu.

" Xena .. " , lelaki itu akhirnya mengatakan apa yang ingin dikatakannnya.

" Xena..." , Amir terkejut apabila mendengar pernyataan itu seolah-olah dia tidak percaya akan lelaki itu. Amir terkaku sementara dan fikirannya teringat sesuatu.

" Ketua , dengar tak ? Dengar tak ? " kata Farah melalui alat penghubung itu.

" Farah , kau bawa lelaki ni pergi markas .Aku dah tidurkan dia. " arah Amir .

" Ketua , nak pergi maa.. .belum sempat Farah menghabiskan ayatnya , Amir telah menanggalkan alat penghubung lalu dimatikannya.

" Ish, suka suka dia je matikan alat penghubung tu waktu aku tengah cakap !!!! Misa , kau tengok ketua kesayangan kau tu !! Suruh orang pergi sana sesuka hati dia !!!! kata Farah.

" Tak pe biar aku pergi .Kau duduk sini . Tengok rakaman ni . Jangan terlepas pandang pula. " Misa memberi arahan lain kepada Farah.

"Eh , tak apa biar aku pergi ! Aku takut terlepas pandang .Nanti satu hal pula nak kena selesaikan", kata Farah lagi.

______________________________________________

Di hadapan bilik Amir

Tok !! Tok !! bunyi ketukan pintu.

" Amir , turun makan !! Berhentilah main game tu !! , kata Isyaira sambil mengetuk pintu biliknya.

Di meja makan

Kelihatan Amir sedang berjalan menuju ke meja makan.

" Mana kakak kamu ? " tanya Ilourise.

" Entah ..tak tahu ", kata Amir.

Amir duduk di kerusi lalu minum air yang dihidangkan ibunya seperti orang yang sangat haus.

" Abang Amir ni macam tak pernah jumpa air !!" kata Ameela.

" Bukan tak pernah jumpa air , abang penat buat kerja tadi. Haus sangat ", kata Amir.

" Buat kerja apa ? Duduk berkurung dalam bilik 24 jam main game . Keluar waktu makan je bukan nak tolong mama ." kata Ilourise.

Amir hanya mendiamkan diri dan makan hidangan di atas meja. Ibu dan ahli keluarganya yang lain tidak tahu bahawa dia seorang ejen penyiasat . Amir perlu merahsiakan identitinya sebagai seorang ejen daripada keluarganya.

Di hadapan bilik Amir

Amir tidak menyahut lalu Isyaira membuka pintu biliknya. Sebaik saja Isyaira membuka pintu , sebaldi tepung jatuh di atas kepalanya.

" Amir !!!!! Isyaira menjerit sehingga ahli keluarganya di meja makan mendengar jeritan itu.

" Kenapa pula tu ? Ilourise hairan.

" Tak tahu lah ... " kata Amir hampir ketawa tapi disembunyikannya.

Isyaira mengambil tuala kecil yang disediakan khas untuk helah yang dilakukan Amir lalu mengelap mukanya yang dipenuhi dengan tepung. Isyaira turun tangga lalu ke meja makan .

" Tu lah , siapa suruh masuk bilik Amir kan dah kena" , kata Amir sambil ketawa kecil apabila melihat wajah kakaknya yang masih kelihatan sedikit tepung.

" Tak kelakarlah !! kata Isyaira sambil menarik telinga adiknya lalu duduk di kerusi.

" Arrghhh!! Sakitlah kak !!" kata Amir apabila telinganya dilepaskan.

" Dah lah tu , makan jangan gaduh !!" kata Ilourise.

Mereka berhenti dan makan dengan berselera.Ilourise melihat ke arah wajah anak perempuannya yang pertama. Wajahnya kelihatan seperti seseorang yang telah berhenti daripada menangis sebentar tadi. Mata Isyaira yang sedikit kemerah-merahan itu disedari oleh ibunya.

" Ayra , did you cry again ? Ilourise bertanya.

" No , I'm not crying ....." jawab Isyaira dengan mata yang berkaca. Dia cuba menahan air matanya.

" Sudahlah tu kak !! Dah sah sah ayah tu bersalah !! Kalau tak mana Ammar sekarang ni !! Mana dia ?! Dia buat kita merana !! Dia buat kita terpaksa pindah ke sini !! Dia yang buat salah kita yang kena tempias !! kata Amir dengan suara yang agak tinggi.

" Tak !! Ayah tak bersalah , Ammar masih hidup !!" kata Isyaira.

" Enough !! Don't talk about him anymore !!! He passed away !!! " jerit Ilourise marah .

Mereka terdiam dan air mata Isyaira mula mengalir perlahan.

" We will start our new life without him !! Stop talking about him if you don't want to live on the street !! " nasihat Ilourise.

Amir selesai makan . Dia bangun daripada kerusi yang didudukinya lalu menuju ke sinki dapur untuk mencuci tangan . Dia meninggalkan pinggan ke dalam sinki lalu menaiki tangga menuju ke biliknya.

" Wash your dishes !! " pinta Ilourise tapi tidak diendahkan oleh anak lelakinya itu.

Amir buka pintu biliknya . Amir melemparkan topi yang dipakainya tepat ke arah penyangkut lalu menghempas badannya ke atas katil. Segala keletihannya terlihat di wajahnya yang pucat sedikit. Amir termenung ke arah siling sambil memikirkan sesuatu. Pandangannya dialihkan ke arah sebuah gambar yang tergantung berhampiran dengan almarinya. Gambar itu merupakan gambar dia dan ayahnya .

" Ayah , Amir sebenarnya tak nak percaya semua yang berlaku. Kalau kakak betul , maknanya ayah tak bersalah. Tapi kalau salah Amir tetap .. akan benci ayah .." kata Amir sendirian.

Flashback
Beberapa hari yang lepas .....

Kelihatan beberapa orang pekerja sedang mengangkat perabot - perabot ke dalam sebuah lori pengangkut berwarna putih.

" Where are you going to move?! " tanya Edward.
Pertanyaan itu tidak diendahkan oleh Ilourise yang sedang membawa bagasi miliknya menuju ke arah kereta miliknya.

" Answer me !! Where are you going to move ?! " Edward inginkan jawapan.

" Far away from this place !! " jawab Ilourise sambil berjalan menuju ke kereta milknya.

" Why.. why not you stay here with me ?! " Edward memberikan cadangan.

" What !! Are you out of your mind ?! " Ilourise terhenti apabila mendengar pernyataan itu.

" Yes.. I'm not crazy or anything worst you taught. I will take care of you better than him. I promise. Please trust me . " kata Edward sambil memegang tangan Ilourise.

" Don't touch me !! I don't want to marry with you !! " katanya lalu menarik tangannya sehingga terlepas daripada genggaman Edward.

" I already promised with him that I will take care of you !! Please stay here with me . I will make you happy better than him . " Edward berkata lagi lalu memegang kembali tangan Ilourise.

" Promise with him ?!! You make a promise with that killer ?!! Did you kill him ?!! " Ilourise geram.

" No , I' m not !! He ask me to take care of you before he die !! Please stay here with me !! " rayu Edward dan mengeratkan lagi genggaman tangannya.

" Let me go !! !!!!!!!! I don't want !!! Stay here with you !!! " Ilourise meronta-ronta untuk melepaskan tangannya namun tidak berjaya.

Anak-anak Ilourise memerhatikan mereka berdua dengan kerisauan di dalam kereta. Amir yang berasa amat marah dengan kejadian itu keluar daripada kereta lalu berjalan menuju ke arah mereka .

Let me go !!!!! Ilourise cuba melepaskan tangannya namun tidak berjaya. Edward masih menggenggam erat tangan Ilourise dan dia ingin menarik Ilourise masuk ke dalam dakapannya namun terbatas apabila Amir menumbuk wajahnya dengan agak kuat sehingga jatuh ke atas tanah. Tangan Ilourise akhirnya terlepas dan dia jatuh ke atas tanah.

" Don't you dare touch my mother and my siblings !! If you touch them again , I will kill you !! kata Amir sambil mengangkat ibunya yang jatuh ke atas tanah tadi.

Mereka berdua berjalan menuju ke kereta lalu meninggalkan Edward yang masih di atas tanah memegang wajahnya yang hampir bengkak akibat tumbukan Amir tadi.

Ilourise dan Amir masuk ke dalam kereta. Ilourise memandu laju ke arah pintu pagar depan rumah. Terdapat banyak wartawan di situ . Polis-polis menghalang mereka daripada menghampiri keretanya .

"I will make you regret it .... kata Edward sambil tersenyum sinis.

Akhirnya Ilourise berjaya keluar dari rumah itu . Dia memandu keretanya melalui jalan pintas dalam hutan untuk mengelakkan diri daripada bertemu wartawan.

Di dalam kereta....

Kedengaran suara seorang wartawan bergema di radio keretanya.

" A scientist named Amin Isyairi was found to have killed his own son before killing himself. According to one of police officers on duty in the case , the evidence show the scientist......belum sempat wartawan itu menghabiskan ayatnya , radio itu dimatikan oleh Ilourise yang amat marah mendengarnya.

" Is there no other news ?! Why do you want to repeat the same news ?! It 's been three days repeating the same news !! " marah Ilourise kepada wartawan itu walaupun wartawan itu tidak mendengarnya. Suasana senyap seketika kerana radio tidak berbunyi.

" Mum , where we are going to move ? tanya Ameeka.

" Far away from this place ... " balas Ilourise.

" We will live in the forest ?! No !! I don't want it !! " kata Ameela.

" No !! We never live in the forest !! We will move to another country !! " balas Ilourise menidakkan pernyataan anaknya.

" What ? Another country ? " kata Amir.

" The place where your father lived before .... " balas Ilourise.
________________________________________________

Seketika Amir hampir melelapkan mata , "Ding Dong Ding Dong " , loceng rumah berbunyi .

" Ish bisinglah !! Kacau aku nak tidur je !! " marah Amir . Amir berjalan menuju ke tingkap biliknya untuk melihat orang yang mengganggu dia ingin tidur.

" Siapa pula yang datang rumah ni ?" tanya Amir sendirian kehairanan.

Cahaya matahari yang terik membuatkan Amir sukar untuk melihat siapa yang berada di hadapan pagar rumah. Amir mengambil topi lalu menyarungkan di kepalanya. Dia duduk di atas kerusi di mejanya lalu mengambil telefon untuk main permainan video. Amir mengambil lolipop di dalam balang miliknya dan membuka bungkusan lolipop lalu dimasukkan ke dalam mulut. Bunyi loceng itu tidak diendahkan olehnya.

Di hadapan pagar rumah ...

Kelihatan seorang budak perempuan sedang membawa bakul yang berisi buah-buahan dan sedikit kuih-muih.

" Assalamualaikum !!" Farah memberi salam sambil menekan loceng berkali-kali.

" Tak ada orang ke dalam rumah ni ? Kereta ada takkan tuannya tiada ? " kata Farah sendirian.

Di bilik Ilourise

Kelihatan Ilourise tertidur di atas meja kerjanya .
Skrin laptop di atas mejanya memaparkan satu laman syarikat miliknya.

Di bilik Isyaira

Kelihatan Isyaira baru terbangun daripada tidurnya.

Setelah bosan mendengar bunyi loceng itu , Amir akhirnya meringankan langkah untuk turun ke bawah untuk bertemu orang yang menekan loceng itu. Amir membuka pintu hadapan rumahnya lalu menyarungkan selipar. Amir berjalan menuju ke arah pintu pagar.

" Ada pun .." kata Farah dalam hati.

Amir tiba di pintu pagar . Dia masih bermain permainan video tanpa menoleh ke arah Farah.

" Assalamualaikum , saya Farah jiran hadapan .... " belum sempat Farah
menghabiskan ayatnya , Amir menoleh ke arah Farah dan sangat mengenalinya.

" Farah ?! Apa kau buat dekat sini ?! " jerit Amir kehairanan.

" Ketua ?? " Farah juga terkejut melihat Amir berada di situ.

" Apahal pula budak ni ada dekat sini !! Ni rumah dia ke ?! " kata Farah dalam hati.

" Macam mana kau tahu rumah aku dekat mana ha ?! Kerja yang aku suruh kau buat , dah buat ?!" tanya Amir.

" Kenapa ketua matikan alat penghubung tadi ?! Apa yang penting sangat ?! Selalu tinggalkan misi lepas tu pergi macam tu je ?! " marah Farah.

Mereka mula bertengkar sehingga didengari oleh Isyaira yang kebetulan ingin menuju ke situ.

" Amir apa bising - bising ni ?! " marah Isyaira.

Isyaira melihat ke arah mereka berdua yang masih bertengkar lalu meleraikan petengkaran tersebut.

" Sudah !! Kenapa ni ?! " Isyaira bertanya.

Mereka berdua terdiam dan memandang antara satu sama lain dengan muka geram.

" Kamu siapa ? " tanya Isyaira kepada Farah.

" Saya Farah . Saya dan keluarga tinggal dekat depan rumah ni je. " kata Farah memperkenalkan diri.

"Jiran depan rumah lah ni ! Maaflah tak tegur ! " kata Isyaira.

"Tak apa . Kakak dengan keluarga kan baru menyesuaikan diri di sini. " kata Farah.

" Kami ada buah tangan untuk kakak dan keluarga .Buah tangan ni untuk mengucapkan selamat datang kepada jiran baru. " kata Farah sambil memberikan buah tangan itu kepada Isyaira.

" Terima kasih . ", kata Isyaira

" Sama-sama ." kata Farah sambil matanya memandang ke arah Amir sebagai tanda tak puas hati.

Isyaira melihat ke arah pandangan mata Farah itu lantas bertanya " Kamu berdua dah lama kenal ke ? "

" Eh , tak ... tak.. mana ada !! Ni baru kali pertama !! " jawab Farah dengan kerisauan.

" Tapi kamu bertengkar tadi seperti telah lama mengenali antara satu sama lain. Macam ada je perkara tak puas hati yang telah berlaku . " Isyaira memberi alasan pertanyaannya tadi.

" Tak ada lah . Saya cuma marah dia sebab dia lambat buka pintu je. " jawab Farah mencari alasan.

Amir kembali pada permainan videonya lalu ingin beredar dari situ untuk masuk ke dalam biliknya.

" Eh , Amir nak pergi mana ? " tanya Isyaira.

" Masuk bilik lah ! Nak buat apa lagi ! Kakak layan lah budak tu ! Amir nak sambung main ! "
balas Amir.

" Jangan nak mengada !! Minta maaf dulu !! Baru pergi main !! " pinta Isyaira.

Amir tidak mengendahkan Isyaira lalu masuk ke dalam rumah menuju ke biliknya.

" Amir !! Amir !! Amir !! " jerit Isyaira.

" Kakak minta maaf sangat dengan perangai Amir tu . Dia memang macam tu. Degil ! Susah sangat nak dengar cakap orang lain. " Isyaira mohon maaf.

" Tak apa lah kak. Saya okay je. " kata Farah.

" Kakak tahu ke tempat - tempat yang ada dekat sekitar kawasan perumahan ni ? " tanya Farah.

" Tak . Tak tahu sangat . Nama taman perumahan ni pun kakak lupa. " kata Isyaira .

"Nama taman perumahan ni ialah Taman Orkid Permata 2 Bukit Indah. Kakak nak saya bawa kakak ' tour ' tempat ni ? " tanya Farah.

" Boleh juga . Tapi tak menyusahkan ke ? " Tanya Isyaira kembali.

" Tak adalah saya ikhlas . " balas Farah.

" Terima kasih , " kata Isyaira.

Farah suka membantu jiran-jiran baru untuk lebih mengenali mereka . Lagi -lagi apabila dia tahu ketua pasukan dan keluarganya yang baru berpindah ke sini. Dia tidak tahu banyak perkara tentang ketua pasukannya itu kerana Amir suka menyendiri dan tidak suka bergaul.

Mereka mulakan perjalanan. Sambil berjalan mereka berbual panjang.

" Kak , apa nama kakak ? " tanya Farah.

" Kejap kak tak bagi tahu lagi ke ? " tanya Isyaira.

" Tak" jawab Farah ringkas.

" Maaf lah akak ni pelupa sikit . Nama kakak Isyaira Afyra binti Amin Isyairi . Boleh panggil Kak Ayra. " balas Isyaira.

" Kak Ayra dan keluarga tinggal mana dulu sebelum pindah ke sini? "

" Kami tinggal ...di.... A.S. dulu " jawab Isyaira.

" Oh , kenapa Kak Ayra dan keluarga pindah ke sini ? " tanya Farah lagi.

" Sebab...... sebab ...... " Isyaira cuba mengawal air matanya.

" Ayah....ayah.. kemalangan .. " Isyaira jawab dengan suara perlahan dan berjaya mengawal air matanya.

" Maaf !! Saya tak patut tanya soalan tu dekat Kak Ayra !! Maafkan saya !! Farah berasa serba salah dengan pertanyaannya tadi.

" Tak apa ... benda tu dah lepas .. Kakak dah redha.. " kata Isyaira.

Farah menunjukkan beberapa tempat di taman itu kepada Isyaira sambil berbual. Kemesraan di antara mereka mula terlihat seperti Isyaira baru berjumpa dengan seorang kawan lebih muda daripadanya.

Tiba-tiba telefon milik Farah berbunyi menandakan ada misi yang perlu dilakukan olehnya.

" Haish , masa-masa macam ni lah dia nak bagi misi , " kata Farah dalam hati.

" Kak Ayra , saya nak minta maaf . Saya ada hal penting nak kena buat. " kata Farah .

" Hal penting ?? " soal Isyaira.

" Saya... saya... " Farah sedang memikirkan alasan.

" Saya lupa yang saya ada kelas tambahan hari ni . Cikgu dah telefon tadi tapi saya 'mute' .Saya pergi dulu kak !! " kata Farah sambil berlari untuk menuju ke markasnya.

" Terima kasih sebab beritahu kakak tempat - tempat dekat sini !!" kata Isyaira.

" Sama-sama !! " jawab Farah sambil berlari.

Farah meninggalkan Isyaira sendirian di kawasan itu. Isyaira melihat pada jam tangannya yang sedang menunjukkan pukul 4.34 petang.

" Dah nak masuk Asar dah ni !! Baik aku balik rumah cepat !! " kata Isyaira sendirian.

Isyaira cuba mencari jalan pintas untuk balik ke rumahnya menggunakan aplikasi peta digital dalam telefon pintarnya.

__________________________________________

Kelihatan Isyaira berjalan di lorong gelap dan sunyi. Dia agak takut tapi cuba memberanikan dirinya kerana hanya jalan itu jalan terpantas yang perlu dilalui olehnya untuk menuju ke rumah. Isyaira berjalan dengan berhati-hati tetapi dia tetap cemerkap . Isyaira secara tidak sengaja terlanggar sebuah tin kosong yang agak sederhana saiznya.

" Aduh , sakitnya !! Kenapa tin ni duduk tengah jalan ?!! " kata Isyaira sambil memegang kakinya. Dia menyepak tin itu dengan kaki yang sama terasa sakit.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara berhampiran
tempat dia berada.

"Suara apa tu ? " soal Isyaira .Dia mencari punca suara tersebut dan akhirnya menjumpai suara tersebut. Dia melihat beberapa orang lelaki sedang berkumpul di hadapan seorang gadis.

" Tolong ... tolong lepaskan saya !!!! " kata gadis itu merayu.

" Siapa lalu kawasan ni kena bayar dulu !! Ni kawasan kami !! " kata salah seorang lelaki itu.

" Woi !! Lepaskan dia !! " jerit Isyaira dengan beraninya .

" Siapa pula budak ni ?! " kata lelaki yang sama.

" Lepaskan dia !! Kalau tak !! " " Kalau tak apa ?! Nak belasah kami ?! " kata-kata Isyaira dipotong oleh lelaki itu.

Mereka ketawa jahat dengan terbahak-bahak.
Isyaira tidak takut dan cuba mara ke hadapan namun fikirannya tiba-tiba terbayang sesuatu yang menyebabkan dia takut semula.

Dalam fikirannya terbayang rakan-rakan sekelasnya yang rebah di dalam kelas serta meja dan kerusi tidak tersusun disebabkan oleh tindakannya. Dia telah berjanji dengan dirinya yang dia tidak akan cuba mencederakan sesiapa lagi dalam hidupnya setelah berpindah ke tempat baru.

" Nampaknya kita ada mangsa baru . " kata Jed. Mereka menuju ke arah Isyaira sambil membawa senjata tumpul .

Isyaira yang tidak ingin mencederakan mereka atau dicederakan oleh mereka terus berlari untuk beredar dari situ .

" Tadi berani sangat !! " kata salah seorang daripada mereka.

Mereka mengejar Isyaira lalu meninggalkan gadis tersebut. Gadis tersebut terus berlari meninggalkan tempat tersebut. Isyaira tersenyum apabila melihat gadis itu berjaya melarikan diri tetapi dirinya pula menjadi mangsa. Setelah beberapa minit berlari , akhirnya Isyaira berjaya menyembunyikan diri daripada mereka di suatu lorong terpencil.

" Mana budak tu !! " kata Jed.

" Rasanya budak tu lalu jalan ni tadi !! " kata salah seorang lelaki yang lain.

" Cis , budak tu dah terlepas !! " kata Jed .

Isyaira tercunggap-cunggap kerana penat berlari. Dia duduk bersandar ke dinding . Matanya dipejamkan sementara.

" Huh , nasib baik !! Kalau tak dah lama dah aku kena ...." " Kena belasah ? " suatu suara yang telah didengarinya tadi kedengaran semula.

Isyaira membuka mata dan terkejut melihat sekumpulan lelaki berada di hadapannya.

" Kau fikir kau boleh lari daripada kami ?! " kata salah seorang lelaki itu.

Wajah Isyaira mula menunjukkan dia ketakutan dan di dalam hatinya mengharap ada yang akan membantunya tanpa dia bertindak.

" Tolonglah ... sesiapa... " kata Isyaira dalam hati.

" Kenapa dengan muka tu ?! Bukan tadi berani ke ? ! Sekarang dah takut ?! " kata Jed

Mereka sekali lagi ketawa jahat dengan
terbahak-bahak.

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka rebah tanpa diketahui puncanya.

" Woi !! Bangunlah !! " kata salah seorang lelaki ingin mengejutkan rakannya tetapi dia tidak sedarkan diri.

" Ha..han .. tuuuuu . Ni mesti kerja hantu !! kata salah seorang lelaki yang sedang cuak.

Jed mengetuk kepala lelaki cuak tadi lalu berkata " Jangan nak mengarut !!!! "

Kelihatan seorang remaja perempuan berambut pendek , berkaca mata , berseluar track hitam dan berbaju blaus hitam lengan pendek bersama' inner' lengan hitam dan 'skarf ' kuning dilehernya di belakang sekumpulan lelaki tersebut. Isyaira terkejut melihat perempuan itu.

Salah seorang lelaki itu berpaling ke belakang dan melihat perempuan itu. Secara pantas kaki perempuan itu menyepak muka lelaki itu. Lelaki itu jatuh dan mengerang kesakitan .

" Aduh , muka aku !! " jerit lelaki itu sambil memegang wajahnya yang bengkak.

Jeritan itu didengari oleh rakannya yang lain lalu menyerang perempuan itu.Salah seorang lelaki itu cuba menumbuk perempuan itu namun perempuan itu mengelak lalu memberikan beberapa tumbukan di perutnya serta menyepak lelaki itu hingga terhempas ke dinding. Satu rebah. Kemudian dua orang lelaki menyerang perempuan itu dari arah belakang menggunakan pemukul kayu namun perempuan itu pantas mengelak dan menyepak kaki mereka hingga mereka terjatuh . Masih bermaya untuk bangun , mereka cuba menyerang perempuan itu tetapi dipukul oleh perempuan itu menggunakan pemukul kayu mereka sendiri. Dua rebah.

Seorang lelaki yang tinggal selain Jed juga cuba menyerang perempuan itu. Lelaki itu cuba menumbuk wajah perempuan itu tetapi dielak olehnya. Cuba menyepak dengan pelbagai jenis tendangan aksi juga berjaya dielak oleh perempuan itu.

" Siapa perempuan ni ? Hampir semua pengikut aku dia tumpaskan !! " soal Jed dalam hati.

" Woi !! Kau berhenti sekarang !! Sebelum aku tembak kau !! " kata Jed sambil mengacukan pistol tu ke arah perempuan itu.

Perempuan itu tidak mengendahkan amarannya lalu menyepak lelaki itu dengan tendangan yang agak kuat hingga terhempas ke dinding.

" Dia buat tak tahu je !! " kata Jed dalam hati.

" Woi !! Kau berhenti sekarang sebelum aku tembak perempuan ni !! " ugut Jed sambil mengacukan pistol itu tepat ke arah kepala Isyaira. Isyaira berasa amat takut walaupun dia boleh menepisnya akan tetapi dia risau tidak menepati masa yang akan membuatkan dirinya mati dibunuh.

" Tembak lah !! Ada aku kisah !! " kata perempuan itu.

" Are you seriously ?! You want to let me die like this ?! " kata Isyaira dalam hati.

Isyaira terkejut dengan ayat perempuan itu seolah-olah perempuan itu bukan mahu menyelamatkannya akan tetapi hanya mahu mengalahkan sekumpulan lelaki tersebut.Jed turut terkejut dengan ayat yang diberikan oleh perempuan itu.

" Aku tembak ni !! " kata Jed sambil menekan kuat kepala Isyaira dengan pistol yang dipegangnya.

" Tembaklah tiada siapa halang !! " kata perempuan tu lagi.

" Aku tembak ni !! " kata Jed lagi sambil mengulangi perlakuan yang sama.

" Nak tembak , tembak je lah !! Tak payah lah tekan kepala ni kuat-kuat !! Sakit tahu tak !! " kata Isyaira kepada Jed .

" Diamlah , kau !! kata Jed sambil memukul kepala Isyaira dengan kuat .

" Aduh !!" Isyaira memegang kepalanya.

" Kenapa tak nak tembak ?! Peluru habis ?! " tanya perempuan itu seperti telah mengetahui pistol itu palsu dan bukan yang sebenar.

Bukan senang nak dapat pistol sebenar . Hanya mereka yang bekerja sebagai polis sahaja mempunyai pistol yang sebenar. Penjenayah yang mendapat pistol yang sebenar itu adalah hasil penyeludupan mereka dari negara luar.

Jed mengeluarkan pisau lipat daripada poketnya lalu diletakkan di leher Isyaira.

" Kau pergi sekarang !! Sebelum aku kelar perempuan ni !! " ugut Jed lagi sekali.

" Eh , mana perempuan tu ?! katanya apabila melihat perempuan itu tiada di hadapannya.

" Hahahhahahahahhah !!!! Dasar perempuan pena........kepala Jed dipukul dengan pemukul kayu dari arah belakang oleh perempuan itu . Jed jatuh ke atas tanah dan tangannya melepaskan pisau lipat itu. Jed bangun berdiri lalu melarikan diri daripada perempuan itu.

" Kata orang lain penakut padahal dia yang penakut !! Lari masa tengah lawan !! " kata Isyaira sambil melihat Jed melarikan diri.

Isyaira menoleh ke arah perempuan itu . Perempuan itu telah berada jauh daripada pandangan matanya. Isyaira terus berlari menuju ke arah perempuan itu untuk mengucapkan terima kasih. Jaraknya tidak terlalu jauh daripada belakang perempuan itu.

" Terima kasih sebab tolong saya tadi . " Isyaira berterima kasih kepada perempuan itu .

Perempuan itu tidak membalas lalu mempercepatkan lagi langkah kakinya.

" Tunggu !! Nama awak siapa ?! Awak tinggal dekat mana ?! " tanya Isyaira sambil mengikut perempuan itu . Soalan itu masih tidak dibalas. Jarak di antara mereka semakin menjauh. Perempuan itu melintas jalan dengan pantas . Isyaira tidak sempat mengekorinya dari belakang kerana kereta -kereta yang dipandu laju di atas jalan .Kelibat perempuan itu hilang daripada pandangan matanya . Isyaira pulang ke rumahnya .

Tiba waktu malam.....

Di rumah nombor 18 , Taman Orkid Permata 2...

Kelihatan Farah dan ahli keluarganya sedang makan malam di meja makan rumahnya.

" Farah dah jumpa ke dengan jiran baru depan rumah kita tu ? " soal Haini.

" Dah ... dah berkenalan dah tadi. " balas Farah sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

" Ye ke ? " kata Fadzhan tanda tak percaya.

" Betul lah !! Buat apa Farah nak tipu !! " kata Farah suaranya ditinggikan.

" Tak adalah selalunya Farah sibuk . Sibuk dengan kelas tambahan katanya . Tapi tak pandai pandai juga. " kata Fadzhan mengusik.

" Eh , Farah dapat tempat pertama dalam kelas tahu tak !! Setiap tahun tak pernah dapat tempat kedua ke , ketiga ke !! Farah tetap dapat tempat pertama lah !! Bukan macam abang , setiap tahun dapat tempat ketiga !! Tak pernah tempat pertama !! " kata Farah membandingkan dirinya dengan abangnya.

" Tempat pertama pun kalau tak dapat A tak guna juga. Semua B tak ada satu pun yang A . " kata Fadzhan cuba meninggikan darjatnya yang mendapat semua A bagi setiap subjek dalam peperiksaan tahun lepas.

" Sudahlah bergaduh , kamu berdua !! Depan rezeki ni kan !! Kalau tak nak makan nak gaduh , jangan duduk sini !! Duduklah tempat lain !! Ibu nak makan pun tak senang !! " jerit ibu mereka dengan geram lalu menyuapkan nasi di dalam mulutnya. Mereka terdiam dan meneruskan makan.

Farah selalu bertengkar dengan abang kandungnya , Fadzhan tentang kehebatan dan kelebihan masing-masing. Hampir setiap hari mereka akan bertengkar hanya untuk menjatuhkan masing-masing dengan kelebihan yang sedia ada dan tidak mahu mengalah walaupun dah memang kalah. Walaupun mereka selalu bertengkar , mereka tidak pernah mencederakan masing-masing dan masih mengambil berat antara satu sama lain.

" Ibu nak tahu tak jiran kita tu dari luar negara , dari A.S. " Farah mulakan perbualan kembali.

" Dari A.S ? Kenapa dia pindah sini ? " soal Haini.

"Kak Ayra kata dia pindah sini sebab ayah dia
kemalangan. " jawab Farah.

" Kak Ayra ? Jiran baru kita ? " soal Haini.

" Nama penuh Kak Ayra , Isyaira Afyra . Dia sebaya dengan abang dan ada empat orang adik dan tinggal bersama seorang ibu tunggal iaitu ibu kandungnya sendiri " kata Farah menjelaskan .

Mereka meneruskan perbualan mereka.

Di rumah nombor 13 , Taman orkid Permata 2....

Di mana Isyaira berada ......

Kelihatan Isyaira sedang duduk di mejanya sambil menulis sesuatu dalam buku diarinya.

" Who was the girl who saved me earlier ? " tanya Isyaira sendirian .

" I seem to have seen that girl before ?
But , where ? soal Isyaira sendirian sambil membayangkan wajah yang menyelamatkan dirinya petang tadi.

Bersambung .............

Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak melibatkan mana-mana pihak yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia . Jika mempunyai persamaan nama , tempat atau jalan cerita itu hanyalah satu kebetulan . Diingatkan lagi sekali pembaca mestilah remaja yang berumur 13 tahun ke atas . Apakah yang berlaku pada bab seterusnya ? Adakah Isyaira akan berjumpa dengan penyelamatnya ? Siapakah penyelamatnya ? Di sekolah ? Adakah dia akan dibuli di sekolah barunya ? Nantikan jawapannya pada bab seterusnya......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience