BAB 1

Horror & Thriller Completed 2380

“Ishak, apa kau tak rasa berdosa ke sanggup bunuh anak sendiri?! Tolong lah jangan ganggu kami lagi ishak.. Berhentila jadi kaki botol dan berjudi.” Rayu wanita mengandung itu kepada suaminya.

Berang dia mendengar perkataan kaki judi dan kaki botol, berderau menyirap darahnya lantas bagai dirasuk syaitan dia mencapai pisau daging di dapur, dia nekad mahu membunuh bayi yang dikandung isterinya itu

Selepas mendengar perkataan kaki botol itu terus suaminya ya mengambil pisau di dapur untuk membunuh bayi dalam kandungan isterinya tetapi dihalang oleh anak sulungnya, Ikhwan.

“ASTAGHFIRULLAH! Apa yang abah buat ni? Abah dah gilakah sampai sanggup bunuh Ikhwan.” Bagai sudah dirasuk, Ayahnya terus menikam anaknya itu tanpa belas.

Isterinya segera masuk ke bilik dan mengunci pintu tetapi gagal kerana rambut panjangnya terlebih dahulu ditarik oleh suaminya dan sekali lagi laju saja tangannya merodok pisau ke dalam perut isterinya.

Usai sang suami menamatkan riwayat si isteri, dia pun rebah di atas lantai.

Beberapa jam kemudian si suami yang pengsan tadi sudahpun sedar dan baru dia sedari segala perbuatannya tatkala melihat isteri dan anak sulungnya sudah terkulai layu tidak bernyawa.

“Ya Allah Apa yang aku dah buat ni?” jeritanya panik.

“Tak boleh jadi, Aku kena sorokkan semua mayat-mayat ini segera?” laju saja idea muncul di kepala Ishak untuk menanam mayat itu di sebalik dinding.

Namun dirinya masih dihimpit rasa bersalah.

Tidak cukup dengan itu dia merangka pelan untuk membunuh diri dengan menggantunkan kepalanya di kipas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience