BAB 3

Horror & Thriller Completed 2380

“Goosebumplah, Ibu, kenapa bilik ini sunyi dan rasa aneg…tadi masa saya lalu di depan bilik lain tidaklah begitu sunyi macam bilik ini, hiasan dalamnya juga agak berbeza dari bilik lain.” Muka Nizam kelihatan gelisah itu memandang ke muka ibunya yang sedang melepaskan selendang yang terbelit di leher.

“Hish, toksah nak cakap bukan-bukanlah.. bilik ni sunyi mungkin sebab bilik ini ad…” tak semena-menan daun pintu yang terkuak itu tertutup sendiri. Nizam dan ibunya serentak memandang tepat pada pintu yang tertutup dengan sendirinya itu keduanya saling berpandangan.

“Kamu Jangan fikir yang bukan-bukan lagi, boleh jadi tu angin kuat macamlah kamu tak biasa.” Ujar Puan Liza yang mula bercakap dahulu sebelum Nizam bertanya soalan yang masih tidak berjawab oleh ibunya sedari tadi.

“Ibu, kenapa bilik ni lain macam?” Nizam mengulang semula soalannya..

“Alaa… Kamu ni Nizam boleh tak jangan kecoh dan serabut sangat, buat dunno je lah? Ibu letih dan nak rehat.” Berang Puan Liza dengan ajukan soalan anaknya itu.

Nizam mengangkat beg troli tetapi dia tiba-tiba dia terhenti kerana dia terasa seperti ada seseorang sedang menarik kakinya dengan kuat. Dia cuba menarik kakinya sekuat hati namun gagal.

Nizam menariknya sekuat hati namun memilih untuk berdiam diri tidak mahu menghebahkannya pada ibunya.

Ditenungnya kakinya, ada tangan yang penuh dengan lelehan lender warna hitam sedang memegang kakinya.

Dia cuba bertahan semampu yang boleh, cuba bertahan namun akhirnya…

“ARGHHHH!! Ibu tolong ibu!!” Jerit Nizam sekuat hati. Derapan kaki ibunya yang panik menuju ke arah kedengaran dan seraya itu juga tangan itu meleraikan kakinya.

“Apahal kamu melalak ni Nizam?”

“Tadi, tadi ibu ada.. ada hantu tarik kaki saya!” Nizam memberitahu apa yang telah berlaku pada dirinya sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience