Series
1375
Aie menarik kerusi dan duduk disisi Ari. Dia melihat sayu wajah Ari yang masih pucat. Nasib baik dia jumpa Ari cepat kalau tidak pasti hanya tubuh kaku yang berada di depannya. Kelopak mata Ari bergerak-gerak.
"Ari. Ariana." panggil Aie lembut.
" Hai." Ari tersenyum nipis sebelum menyambung "Sorry."
"Hmm kau tahu tak jantung aku macam nak gugur tadi tengok kau macam tu. Nasib aku datang cepat."
Air mata Ari menitis mengena tangan Aie.
"Dahlah jangan sedih. Ada hikmah semua ni tengok family kau dah happy sekarang. Kau nampak kan family kau dah berubah. Diaorang sayang kau Ari."
"Hmm aku tahu."
"Rehatlah aku kuar kejap. Abang kau dari Jepun pun ada balik taw. Nampak tak yang kau penting dalam hidup diaorang." Ari hanya tersenyum lemah.
"Hai sis. Macam mana okey?." Akim mengusap kepala adiknya. Tak sangka adiknya sanggup ambil keputusan seberat ini. Terlalu berat derita yang adiknya tanggung.
"Ari okey. Mama dengan daddy mana?"
"Ada tadi dah jumpakan. Diaorang balik kejap. Katanya nak buat kenduri adik selamat." Ternyata kejadian ini ada hikmahnya. Mama dan daddy dah berdamai. Sempat juga Akim ceramah mak ayahnya. Bukan apa dia takut mak ayahnya menyesal jika nyawa Ari melayang hanya kerana tekanan yang dihadapi.
"Aie tu siapa." Akim bertanya sambil menaik-naikkan keningnya.
"Kawan." Jawap Ari selamba.
"Risau betul dia dekat Ari."
"Mengada. Biasalah kawan mesti risau."
"Alolo dahlah rehat ya."
Share this novel