Bab 3

Short Story Series 1375

"Ari. Kau dekat mana?." Suara Liya kedengaran cemas.
"Dekat rumahlah Liya. Asal? Ada story ke?."
"Tak ada apalah cuma pelik tak nampak kau dekat pantai dah 2 hari." Liya satu-satunya kawan aku yang ada. Walaupun Liya tak tahu apa yang berlaku tapi dia tahu Ari pendam sesuatu.
" Aku malas nak keluar lah Liya. Kau kat mana ni?." Ari cuba ceriakan suaranya malas nak cerita yang dia dah 2 hari dikurung dalam bilik ni. Chik Jah hanya dibenarkan menghantar makanan sahaja. Nasiblah sekolahnya dah habis tinggal tunggu keputusan sahaja.
" Aku baru balik kerja ni. Aku tak macam kau goyang kaki je duit penuh poket."
"Tapi kau lagi happy."
"Alolo sedihnya ayat. Esok jom ah kuar tengok movie ke makan-makan.Amacam ubat luka lara kau tu?." Dari suara Liya dah tahu dah macam-macam plan dalam kepala otak dia tu.
"Esok aku confirm kan."
"Okeyy bye." Talian di matikan.

Ari menghempaskan badannya dan merenung bintang-bintang yang ditampal di dinding biliknya. Ini satu-satu kenangan dia bersama daddy. Ari memejam matanya menghilangkan sayu yang bertandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience