BAB 1

Drama Completed 309

“Adik…sini kejap”,
ish tembamnyer budak pompuan ni. anak sapa la ni???Budak pompuan tu berlari terkedek-kedek.Kawan-kawan nyer lain semua memerhati. Semuanyer ter’freeze’ sekejap main gelongsor bila aku memanggil.
“Ye kak?”,
penuhnyer pipi dia.Aku memang tak boleh tengok budak yang tembam-tembam ni.Geram!!!!aku cubit pulak la kang pipit tu.
“Tolong akak jap”,
“Tolong?”, mesti confuse giler budak pompuan ni bile aku mintak tolong kat dia.
“Tolong tolak buaian ni”, budak pompuan tembam tu tercengang. Biar betul kakak ni. Dah la dari tadi kakak ni conquer buaian.Tak bangun-bangun. Pastu nak suruh tolak pulak.
“Ala…tolong la dik. Akak teringin nak main buaian ni. Laju-laju sikit ek”, budak pompuan yang terkebil-kebil dari tadi bercekak pinggang. Huh…macam aku tak tau. Nak upah la tu. Matanyer mengerling bangla jual aiskrim kat tepi taman permainan. Budak-budak skang ni.kecik-kecik dah main rasuah. tu belum besar lagi tu.
“Yela..akak belanje la aiskrim nanti”, bangla ni pun satu. Mentang-mentang kat playground ni ramai budak-budak. Kat situla dia sibuk bunyikan loceng aiskrim dia. Budak pompuan tembam tu tersenyum.
“Ok”, segera dia menolak buaian.
“Ish..beratnyer akak ni. Tak larat la”, ala harap badan jer besar la budak ni. Aku yang slim ni pun dia tak larat nak tolak.
“Upin, Ipin, meh sini jap.Tolong tolak buaian ni. Nanti kakak ni belanje aiskrim.”, ish suka-suka hati je budak pompuan ni. Aku kata aku nak belanje dia sorang jer…Sudahnyer 5 orang budak tolak buaian aku.Fuh seronok….laju siot.Walaupun aku tahu terbangla nanti duit aku sploh hinggit. Ni semua Hadid punyer pasal. Kalau tak sebab dia tak la aku membawa diri nan kecewa nan frust nan putus cinta nan roti nan kat playgorund ni. Ni yang rasa nak nangis ni.
“akak nangis ye?”,
ish perasan la pulak budak pompuan tembam ni. Aku berhentikan buaian. Semua budak-budak tu pandang aku.
“akak sedihla. Akak dah putus tunang.”, aku kembali monyok.
“hah???putus tunang?ape tu?nak tali tak?ke getah?kite ader.”,
ish….budak tak cukup umur ni….
“Bukanle. Bengap juga adik ni.Tunang pun tak tahu……”,
budak pompuan bengap selambe je kata kawan dia bodoh. Budak botak tu menggaru-garu kepala.Ada kutu ye?
“Kak, tunang tu apa?”, ceh…mati-mati aku ingat dia paham.Confident jer budak tembam tu marah kawan dia tadi.
“akak tak jadi kawen la. boyfriend akak dah tak nak kat akak”,
“oooooo”, ceh cakap boyfriend bahu paham. Nampak sangat dah kena jajah.
“Kenapa dia tak nak kawen ngan akak?”, budak botak dah duduk bercangkung kat depan aku.
“Tu la.Dia ingat dia bagus sangat. Akak pun tak nak kawen ngan dia. Dah la tak handsome macam Brad Pitt.Akak boleh cari yang lain la”,
aku tiba-tiba bersemangat.
“emm..akak tak payah la sedih-sedih. Jom ikut kitorang main perang-perang nak?”,
budak botak mengeluarkan pistol air. Wow..best nie…….
“Ok, Jom”
segera aku bangun dan sudahnyer hampir maghrib baru aku stop main.Siap janji esok nak main lagi tu.

Malam ni aku tak boleh tidur. Teringat cerita petang tadi. Aku kira itulah pertama kali aku lihat wajah Hadid yang kemarahan. Selama ini, nak tinggi suara dengan aku pun tak pernah.Inikan pulak nak mengherdik. Sedih…memang sedih.Memang betulla Hadid dah tak sayang kat aku. Aku kira tahap kesabaran Hadid pada aku dah sampai kemuncak. Aku memang tak layak untuk dia. Semenjak 3 tahun aku berkenalan dengan Hadid , inilah pertama kali aku rasa down sangat.
“Eshal , kenapa dengan kau ni?”,
Kayla terkebil-kebil memandang aku. Meen yang dari tadi hanya memerhati duduk di sebelah aku.
“Takde ape-ape la”, huk…huk….ni yang sedih balik ni.
“Yela tu. Aku tau ko mesti ader problem ni.Kalau tak takkan la ko tolak mentah-mentah ayam rangka yang aku beli kat pasar malam tadi. Kalau tak tu ko cuma tinggal kan tulang jer kat aku”,
huh….sempat minah ni mengutuk aku.
“Sebenarnyer….aku….aku…..”, waaa……..
“apenyer???Cepatla cakap!”, Meen yang dari tadi diam menepuk belakang aku. Adoi…sakitla!
“Aku dah putus tunang dengan Hadid !”,
Meen dan Kayla memandang sesama sendiri. Kemudian diorang terus bangun dan duduk di meja makan. Menyambung balik aktiviti diorang yang tengah melahap tadi. Ha??tak nak pujuk aku?
“Weh…korang tak kesian ke kat aku?aku dah putus tunang tahu tak?”
aku tak puas hati sambil bercekak pinggang. Bukan nyer nak pujuk aku. Aku tengah sedih ni.
“Kitorang dah tahu dah. Tadi Mukhliz yang bagitau aku. Dia kata Hadid dengan kau dah putus”,
What???!!Mukhliz bagitahu Meen?Maknanya Hadid yang bagitahu member kamcing dia…Maknanya lagi memang betulla dia nak putus dengan aku…Sedihnya..
“Kau jugak yang minta putus kan? Bagus jugak tu. Jadi takder la lagi kitorang dengar ko membebel setiap hari. Gaduh dengan Hadid la. Hadid macam tu la. Hadid macam ni la.Kan aman hidup ko sikit. Kitorang pun aman gak”,
Suka hati je Kayla ni. aku yang mintak putus ek?Jap…jap…aku flashback balik…

Dah berhari-hari aku angin jer dengan Hadid . Mana taknyer, dia selalu busy dengan kerjanya. Asal hujung minggu jer outstation. Tak der masa langsung untuk aku. Tahula company tu bapak dia punyer. Kalau nak tunjuk bagus sangat pun tak payah la sampai ketepikan tunang sendiri. Yang aku tambah sakit hati lagi, Dayang PA dia tu asyik mengekor je kemana-mana dia pergi. Macam aku tak tahu gaya, lenggok, bahasa badan Dayang . Nampak sangat ada hati dengan Hadid . Kalau korang jadi aku, korang tahan ke menengoknyer????Sakit bijik mata aku ni. Aku rindukan Hadid yang dulu. Hadid yang selalu ader masa dengan aku. Yang boleh buat aku ketawa time aku tension giler dengan bos aku Mr. Kemek. Yang boleh buat aku bahagia bile dia tiba-tiba jer surprisekan aku. Tapi Hadid yang tu dah tak ada. Lenyap bersama dengan kemunculan Lola , bekas kekasih Hadid . Terserempak Lola di Pavillion membuat jantung aku berdegup laju. Rupa-rupanya company tempat Lola bekerja merupakan vendor company Hadid . Dan yang buat aku tambah tak keruan, Lola selalu berulang-alik bertemu Hadid dengan alasan urusan kerja. Semenjak kehadiran Lola dalam hubungan kami, aku nampak Hadid semakin berubah. Dia selalu tak ceria bersama aku. Kalau dulu, dia selalu mengatakan aku saja yang boleh buat dia ceria dan lupakan segala kekusutan, stress dan seangkatan dengannya. Tapi sekarang? Sehinggalah pagi tadi aku pergi bertemu Hadid. Sakit hati aku melihat Lola mengendeng kat sebelah dia. Siap ketawa-ketawa lagi.
“Eh Eshal …Surprisenya. Hadid tak beritahu pulak you nak datang”,
Lola tersenyum ramah. Ape?Ingat cun ke?Dia tak nampak muka aku dah kelat macam peria ni?
“If u mind, boleh tak you tinggalkan I dengan Hadid sekejap.Ada hal private yang I nak bincang”, aku menjeling Hadid . Hadid hanya memandang aku tanpa berkata sepatah pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience