BAB 4

Drama Completed 309

Selesai menjamu selera papa dan abah Hadid terus menuju ke ruang tamu. Mama dan Umi dah hilang. Mesti mama tak sabar nak tunjuk barang yang dia beli di US. Aku???hanya terkebil-kebil di meja makan. Selalunya dulu kalau Hadid datang, pasti aku dah tarik tangannya melihat kucing-kucing comel kesayangan aku pot-pot dengan not-not. Sambil tu mulut aku pasti becok bercerita aktiviti aku. Hadid hanya menjadi pendengar setia.
“Eshal , boleh kita berbual sekejap?”,
melihat Hadid di belakang, nafasku kembali tak normal. Nak bincang? Bincang apa lagi? Aku melangkah menuju ke tepi kolam renang. Hadid mengikut di belakang.
“Ish…lama kita tak jumpa. Dah hampir 2 minggu kan?Tak rindu kat saya ke?”, ish…soalan apa ni?Mamat ni dah hilang ingatan ke?
“Buat apa nak rindu kat awak?”,
itu jawapan yang terkeluar dari mulut aku even dalam hati aku ni beria-ia nak cakap aku memang rindu kat dia. Kalau tidak, tak la aku mengigau sambil berjalan masuk bilik Meen pastu peluk dia. Meen kata nasib baik dia tak ada sakit jantung. Kalu tak maunya dia dah arwah dek kerana terkejut tengok ader lembaga peluk dia. Tapi kira ganas la jugak Meen sebab dahi aku lebam kena siku dengan dia.Nasib baik dia tak terajang.
“Bagusla kalau macam tu.Tentang kita, saya dah beritahu umi dan abah saya. Mereka kata terpulang pada saya nak buat keputusan apa”,
oh…dia dah bagitahu umi dan abah dia. Aku?Nampak sangat dia memang dah tak sayang aku.Kedatangan mereka ni pun agaknya nak memutuskan secara adat. Aku sedih sendiri. Aku berlari naik ke bilik aku. Rasanya aku tak dapat bertahan kalau aku pandang muka dia.

“Anak mama ni kenapa?”, mama mengusap kepalaku. Lagila air mata aku ni macam air hujan.
“ Hadid ma…Kami dah putus”, mama hanya tersenyum.
“Sebab ni la anak mama ni murung je. Lepas tu asyik menangis je ye. Hadid beritahu mama, Eshal yang minta putuskan”,
Ha???mama dah tahu?aku memandang muka mama. Mama hanya menangguk.
” Hadid dah beritahu mama. Mereka datang tadi nak selesaikan masalah la”,
aku kembali menangis. Betulla tu. Nak putus kan pertunangan secara beradat.
“Eshal dah tak sayang Hadid ke?”,
aku terdiam seketika.
“Eshal sayang dia mama. Tapi dia yang dah tak suka Eshal . Yela Eshal ni kan macam budak-budak. Mana padan dengan dia. Eshal ni agaknya selalu merimaskan dia. Selalu ganggu dia buat kerja.”, mama kembali tersenyum.Ish…mama ni boleh senyum lagi.
“Anak mama ni kan comel. Pandai ambil hati. Apa kata Eshal tawan balik hati Hadid ?”,
“Macam mana?”, aku kembali bersemangat.
“Hai, Eshal kan panjang akal”, mama mengenyit mata.

Esoknya, aku dah terpacak di depan bangunan pejabat Hadid .Langkah pertama, nak ajak pergi breakfast sama.
“Hai”,
aku menyapa Hadid yang segak memakai kot dan briefcase di tangan. Agak terkejut dengan kehadiran aku, Hadid memandang aku lama.
“Awak dah breakfast? Saya belum lagi. Jom”,
aku tanya soalan, aku jawab pastu aku ajak dengan tak malunyer. Hadid hanya mengangguk dan memberi isyarat untuk masuk ke biliknya sebentar. Aku tersenyum. Yes!Jadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience