BERCINTA SEBELUM NIKAH?

Other Completed 1395

Ramai sekarang dia silap dalam memilih cinta. Entah kenapa, dia sanggup gadaikan maruahnya, habiskan masa dan tenaganya semata-mata untuk buktikan kecintaannya kepada sesuatu yang langsung tak layak di cintai.

Apa yang saya nak ketengahkan ialah, isu PERCINTAAN SEBELUM NIKAH. Benda ni sangat bahaya kalau korang nak tahu. Ramai gila beb yang hancur pasal benda ni. Jujurnya, saya pernah jumpa ramai orang. Ada lelaki yang luahkan perasaannya pada saya dengan mengatakan dia nak bunuh diri kerana perempuan yang dia suka telah putus cinta dengannya.

Ada jiran saya yang selalu bersama-sama solat di masjid, tiba-tiba saya dapat tahu yang dia di masukkan ke dalam hospital gila, lantaran putus cinta. Bak kata ayah dia, anak dia tu sampai hantuk-hantuk kepala kat dinding, cakap sorang-sorang, tak makan dan akhirnya gila.

Saya nak nyatakan kat sini bahawa, ya. CINTA kepada sesuatu yang cantik itu adalah FITRAH. Means, kalau kita jatuh cinta pada perempuan cantik, or lelaki jambu, itu fitrah. TAPI, yang jadi masalah ialah bila kita LAYAN PERASAAN CINTA tu. Itu dah jadi dosa!!

Layan bermaksud kita ‘merelakan’ perasaan tu, dan kita buat sesuatu yang menyebabkan perasaan cinta tu semakin membuak-buak. Seperti kita sembang dengan dia, chat dengan dia, follow dia kat twitter/instagram, friend dia di FB, stalk gambar dan status dia, luahkan perasaan, bayangkan muka dia time nak tidur, dengar lagu cinta sampai teringat dia, dan lain-lain.

Ini semua dosa kau tahu!

Dan ia bukan dosa biasa-biasa. Ia dosa yang menghancurkan. Ya, ia amat bahaya!

Saya nak nyatakan bawah:

“Semua orang yang couple itu di kira melayan cintanya. Tetapi tak semua orang yang melayan cinta itu bercoupla. Ada orang yang dia layan cinta dia senyap-senyap. Tetapi, apa jua bentuk ‘LAYAN’, maka ia tetap berdosa!”

Fahami lah, dan jangan tipu diri sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience